Salam dears… Korang dah buat plan untuk balik beraya nanti ke? Amboi amboi amboi…baru hari kedua berpuasa, dah tanya pasal nak balik raya? Hehehe. Alaa biasa lah kan, kena laa rancang perjalanan semua. Tambah plak yang dah berkahwin beranak pinak ni, kena fikir nak balik kampung mana dulu, nak balik berapa hari, nak balik naik apa, bajetnya berapa…eh macam macam lah fikir.
Dan..ada juga yang bila balik kampung tu sambil beraya, sambil ambil peluang bercuti jalan jalan gak kan? Cuti cuti Malaysia gitu. Macam Mama ni laa, dok fikir fikir ni…macam teringin plak nak pergi menginap satu malam kat hotel ker.
Alaa sehari ja pun, lepas dah puas berjalan ziarah rumah sanak sedara dan ‘melantak’ ketupat rendang, pergi lepak dan mandi kolam renang kat hotel plak, best gak kan?
Jimat Dengan Traveloka
Itu pasal lah, Mama dok belek belek website Traveloka ni kot kot lah ada promosi yang menarik dan kena dengan bajet. Korang pernah dengar pasal Traveloka tak? Ehh tak kan tak pernah, Traveloka ni glamer kot! Sana sini orang dok bercerita pasal untungnya buat tempahan guna Traveloka, banyak diskaun yang berbaloi baloi diorang kata.

Laman web Traveloka
Pastu kadang kat website lain hotel tu dah fully booked, kat Traveloka ada lagi. So itu pasal lah Mama ni rajin gak dok skodeng laman web Traveloka ni sambil berangan nak pergi holiday sana sini hehehe.
Promosi Raya Bersama Traveloka
Ni dah dekat nak Raya ni, Traveloka ada buat promosi Raya Bersama Traveloka. Boleh dapat tambahan lagi 10% diskaun menggunakan kupon kod bagi semua route, semua destinasi dan semua tarikh. Wahhh best best!

Macam macam promosi ada ni haa, yang terbaru ialah promosi Raya Bersama Traveloka tu lah
Macam mana nak dapatkan kod kupon diskaun 10% tu? Alaa senang ja, begini lah caranya:
- Langgan (subscribe) newsletter Traveloka sebelum pukul 3 petang pada 21 Mei 2018 dan dapatkan kupon tu awal pada 21-22 Mei 2018.
- Untuk subscribe newsletter tu korang daftar je kat link ni: www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama.
- Kalau terlepas peluang nak langgan newsletter pun masih boleh dapat juga kupon diskaun 10% tu sebab ia akan dibuka kepada umum (public access) pada 23 – 29 Mei 2018.
Cumanya…kalau tunggu dibuka kepada umum mungkin hotel atau flight yang korang nak pada tarikh sekian sekian tu dah habis je lah. Tu lah lebih baik langgan newsletter sebab dapat kupon awal dan dah boleh cepat cepat grab mana mana promosi yang korang berkenan sebelum habis diambil orang, kan kan?
Muat Turun Aplikasi Traveloka
Kalau nak lagi senang dan jimat, apa kata muat turun je lah aplikasi Traveloka kat telefon bimbit masing masing tu haaa. Kata ada smartphone, guna lah secara smart, ye dak? Hehehe.

Muat turun ja aplikasi Traveloka ni di Playstore
Bila dah install aplikasi tu, anytime, anywhere boleh search godek godek cari promosi best best kat Traveloka. Sambil dok melangut dalam LRT ka MRT ka Komuter ka, boleh laa survey harga promosi kat Traveloka tu juga.
Kalau ada yang menarik dan kena dengan bajet, boleh terus tempah ja. Tak payah nak tunggu duduk depan PC ka laptop baru buat, kang terlepas promosi tu nangis tepi bucu katil je laa jawabnya yer hehehe.
Tak Semestinya Semasa Raya Jer…
Ehh diskaun yang dapat masa promosi Raya Bersama Traveloka ni bukan untuk travel semasa musim Raya nanti je tau. So…kalau nak rancang untuk bawa anak anak bercuti masa lain pun boleh juga.
Hmm teringat masa cuti pilihanraya ke 14 yang lepas, alang alang Ayah pergi mengundi di Port Dickson maka kitorang pun ambil peluang tu untuk bermalam kat sana. Short trip gitu, kitorang menginap kat Klana Beach Resort.
Seronok sangat lah si kembar masa tu, sebab dapat mandi kolam dan juga mandi laut. Kitorang ni memang jarang bawa si kembar mandi laut. Jadi bila sesekali dapat tu, wahh bukan main happy lah dak encem tiga orang ni hehehe.

Sesekali dapat mandi laut, bangun pagi terus terjun dengan gembiranya hehehe
So ni Mama dok berkira kira nak bawa diorang ke Port Dickson lagi nanti. Kali ni berangan nak lepak lama sikit, dua tiga malam ke syiok gak kan. Atau satu malam di Port Dickson, pastu esoknya lajak ke Melaka ka pula. Kitorang ni dah banyak kali dah pergi Melaka, tapi tak pernah bosan. Bagi Mama, banyak tempat menarik kat Melaka tu untuk bawa anak anak bercuti. Jalan jalan cari makan pun syok kat Melaka tu.
Ehh apa apa pun, nak bagi senang plan ni eloklah subscribe dulu newsletter Traveloka tu. Subscribe sebelum jam 3 petang 21 Mei 2018 untuk dapatkan kod diskaun promosi Raya Bersama Traveloka. Dan…muat turun aplikasi Traveloka juga.
Pastu silalah berangan….ehh buat rancangan mana mau jalan jalan…yahooo! Hehehe 😉
7,366 total views, 2 views today
Cuti raya ni pi jalan bercuti pun syiokkkk gak ni. Nak tengok laaaa promo Traveloka
Sila sila..plan cuti cuti Malaysia hehe
huda pun suka skodeng Traveloka. memang jimat dan berbaloi, pernah tu jimat beratus ringgit untuk booking hotel 5 star.
Uish untung tu!
jimat banyak tu……kita punya trip pun bolehlah guna traveloka jugak
Kan…jom plan jomm