Salam dears… Mama ni jenis yang tak berapa rajin memasak. Bila sesekali masuk dapur tu, Mama nak benda yang senang dan cepat dimasak je. Terutama sekali bila balik kerja nak cepat cepat masak untuk berbuka puasa, memang cari menu yang simple simple je lah. Dan salah satu hidangan yang jadi pilihan Mama ialah Spaghetti Goreng mudah tapi sedap.
Well ikut tekak kitorang anak beranak ni lah sedap hehe. Tapi serius wehhh…si kembar memang suka sangat lah kalau Mama masak spaghetti goreng ni tau. Favourite diorang. Kalau tahu je Mama nak goreng spaghetti, mesti pakat excited yang amat.
Sampaikan Mama baru tumis bawang je pun, diorang dah kecoh “sedapnya bau…tak sabarnya nak makan!”. Pastu pakat dok ulang alik jenguk “dah siap ke belum Mama?”. Adehhh kacau aii nak masak tau hehehe
So ni saja lah nak share ngan korang, resepi Spaghetti Goreng Mudah versi Mama Kembar 3 ni. Bagi lah chance aii sesekali nak perasan chef kan hehehe 😉

Spaghetti Goreng mudah dan sedap 🙂
Resepi Spaghetti Goreng Mudah
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
3 ketul fishcake – dipotong
3 ketul sosej – dipotong
2 biji telur
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Sedikit squid sauce (Mama letak 2-3 titis ja)
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Rebus spaghetti hingga kembang, tapi jangan sampai kembang sangat nanti lembik. Masukkan sedikit minyak semasa merebus supaya spaghetti tidak melekat. Tos kan airnya dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga naik bau wangi/bawang kekuningan.
3. Masukkan sosej dan fishcake, goreng hingga agak garing.
4. Masukkan kicap, sos tomato, sos cili, sos tiram dan squid sauce. Mama biasanya sukat siap siap dalam satu bekas, pastu tuang je serentak semua dalam kuali. Kalau sos kering sangat, masukkan sedikit air. Kacau kacau sampai mendidih.
5. Masukkan telur dan kacau sedikit.
6. Masukkan spaghetti yang telah ditos tadi dan gaul semua hingga sebati.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan goreng sehingga masak elok. Angkat dan siap untuk dihidang.
Haaa senang sangat kan? Kalau nak masukkan lebih banyak bahan macam carrot ka isi ayam ka udang ka ikut suka korang lah. Kalau nak pedas, tambah lah cili boh skali. Macam Mama ni guna sos sikit sikit je sebab si kembar tak tahan pedas. So bila memasak, biasanya Mama ikut selera diorang.
Asalkan anak anak suka dan makan bertambah, Mama happy dah. Tambah plak bila ada yang puji “memang paling sedap lah Mama masak!”. Ewah ewahh terus terasa macam chef hebat gitu hahahaha 😉
64,772 total views, 2 views today





Jarang jumpa Spaghetti goreng ni… Biasa jumpa spaghetti rebus jer..
Try laa buat, kot kena dengan selera 🙂
kekadang menu simple2 pun dah ok kan puasa2 ni
Yup, janji kenyang hehe
bes. nk cuba lah nt
Sila sila
Wah kembar suka makan spagetti goreng rupanya…terliur baca resepi…adehhh ni mesti abg Qi suka gak ni lama x buat spagetthi menu kt rumah
Try laa buat, kot abg Qi suka ke kan
petang ni jugak buat…thank besan…..ahahahahaha
Haaa ni favourite bakal menantu you tau hahaha
Wahh…. Selera omputeh kembar 3 eh…
Nanti nak datang rumah aunty Nina kasitau eh, aunty masakkan spaghetti goreng gini gak eh …
Mama lah chef depa… Masak apa pun semua terbaik terhebat di hati depa 👍👍
Yayy unty Nina nak masakkan, mesti lagi sedap hehe
Dah try pagi tadi..sedapp sangat abang yg cerewet tu pun pujiii
Alhamdulillah, happy dengar ni hehe
Terima kasih untuk resepsi simple yg sedap. Kami buat untuk sahur. Alhamdulillah. Semoga anda dan keluarga serta pembaca sentiasa di rahmati Allah.
Aamiin. TQ 😊