Salam dears… Sebaik saja Mama melangkah masuk ke ruang makan Checkers Cafe untuk media preview buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur, mata terus tertumpu ke kek dan kuih muih yang tersusun cantik. “Uishhh banyaknya pilihan!” teruja sangat dan terus ambil gambar sambil buat mental note yang mana nak ‘kena’ makan.

Masuk ja nampak macam macam kek, terus teruja hehe

Comel comel nya laa haii

Aneka kuih muih tradisional

ABC pun ada

Aneka buah buahan tempatan
Lauk Pauk ‘Masakan Bonda’ di Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur
Lepas selesai ambil gambar dessert, terus bergerak ke hidangan nasi dan lauk pauk plak. Puyuh Goreng, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Rendang Ayam Minang Kuala Kedah, Telur Itik Gulai Belimbing Buluh, Sambal Ikan Bilis Petai…fuhhh itu baru sikit je daripada menu yang dihidangkan tau.

Telur Itik Gulai Belimbing Buluh, rare kan lauk ni kan

Puyuh Goreng terasa rempahnya

Pajeri Terung ni serius sedap, kuah pekat elok ja

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi ni memang perghhh sedap!

Sambal Bilis Tempoyak Petai ni mesti rasa, boleh buat bertambah nasi ni wehh hehe

Aneka sambal dan ulam ulaman

Assam Laksa pun ada
Aduhai, masa tu perut dah berkeroncong, serius terliur nak rasa semua tu! Cepat cepat snap gambar dan terus cedok nasi. Ambil lauk tu sikit, ini sikit…sedar sedar penuh pinggan! Hehehe
Bukan setakat lauk pauk kampung yang rare, tapi pencuci mulut pun yang style kampung juga. Bubur pulut hitam, serawa durian, serawa pisang, cekodok durian (yup, fisrt time Mama jumpa), lempeng cicah sambal….perghhh rambang mata nak memilih!

Bubur Pulut Hitam, Serawa Pisang dan sira…teringat kat kampung plak bila makan ni semua

Serawa durian dan cucur durian, sedappp!

Lempeng cicah ngan sambal ikan bilis…perghhh!

Ni kena sangat dengan tekak Mama, rasa lemak manis. Bercawan cawan aii langgah tau hehe
Serius…hidangan buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni sungguh memukau selera. Dengan tema ‘Masakan Bonda’, terubat rindu pada masakan lauk pauk ala kampung yang asli. Memang sedap sungguh! Terbaik lah Kak Shikeen & team chef di Dorsett Kuala Lumpur ni, good job uollss! *tepuk*tepuk*

Ruang makan yang selesa di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur

Jom berbuka puasa di buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur jom!
Para peminat masakan Melayu dan lauk pauk kampung, korang kena pergi cuba rasa hidangan ‘Masakan Bonda’ di Checkers Cafe, semasa buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur tahun ni. InsyaAllah puas hati punya lah, terubat rindu nak jamah hidangan lauk pauk kampung tau.
Nak buat tempahan ka nak tau lebih lanjut kaa, hubungi ja nombor kat bawah ni yer. Selamat menjamu selera di Checkers Cafe 😉
Maklumat Lanjut:
Harga Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur:
Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak (umur 4-12 tahun) : 50% off
Warga Emas (umur 55 tahun dan keatas) : 50% off
Website: Dorsett Hotels
Telefon: +03 2716 1010
E-mel: info.kualalumpur@dorsetthotels.com
14,563 total views, 2 views today
Dessert dia banyaknya!!
Daging salai masak lemak dia tu bikin terliur. Huhuuu
Sedap oiii
sdp sgt daging salai tu.. aduhhh
Kan..sedap!