Salam dears… Setiap tempat yang menyediakan buffet Ramadhan pasti ada keistimewaan yang tersendiri kan? Haaa begitu jugalah dengan buffet Ramadhan di The 39 Restaurant di hotel PNB Perdana On The Park ni. Bagi Mama, apa yang menarik kat sini bukan setakat sajian yang memikat selera, tetapi juga pemandangan indah dan suasana restoran yang selesa. Omputih kata very nice and cosy ambiance lah!
Pemandangan Indah di The 39 Restaurant
Berada nun tinggi di tingkat 39, serius cantik pemandangan dari ruang luar atau balkoni The 39 Restaurant tu tau. Masa kitorang mula mula sampai lebih kurang jam 6.30 petang, terus keluar ke balkoni. Cuaca redup, angin bertiup sepoi sepoi bahasa…wahh terasa tenang ja lepak situ sambil menikmati pemandangan panorama indah bandaraya Kuala Lumpur.

Opkos, harus lah bergambar sedas dua gak kan…
Dah puas hirup udara kat luar tu baru lah masuk ‘lawat kawasan’ kat dalam restoran plak, tinjau tengok kat mana ruang tempat makan dan kat mana tandas. Rasa lega sangat bila tengok tandas terletak dalam restoran tu sendiri.
Jadi senang lah nak uruskan si kembar ni yang kejap kejap nak pergi basuh tangan lah, nak buang air kecil lah apa lah. Biasa laa budak budak kan, ada je hal nak ‘melawat’ tandas tu hehehe

Kitorang duduk dalam bilik yang ada TV, syok la si kembar ni sambil makan sambil layan movie gak
Sajian Enak Buffet Ramadhan di The 39 Restaurant : Nostalgia Ramadhan
Ok…dah habis cerita pasal susunatur dan suasana restoran, meh nak cerita pasal makanan plak. Bertemakan ‘Nostalgia Ramadhan’, buffet Ramadhan di The 39 Restaurant ni menyajikan seleksi juadah aneka pilihan berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa.
Seleksi menu yang ada memang membangkitkan selera betul lah. Antara menu utama ialah Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang Goring Taugeh.
Kambing Bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill pun ada. Menu ni akan ditukar setiap hari. Jadi kalau nak rasa semua, kenalah datang setiap hari kan? Ehh meh laa nak tayang gambar makanan banyak banyak bagi korang terliur gak hehe
Aneka Juadah Tradisional Melayu Yang Memikat Rasa

Sambal sotong ni serius sedap! Sotongnya lembut ja tau

Mama berulang kali makan Gulai Kawah Pak Long ni. Dagingnya lembut, kuat pekat elok..sedap wehhh! (cilok gambar dari Juju).

Bubur lambuk haruslah ada, baru feel bulan Ramadhan kan

Kuah sup gearbox ni fuhh terangkat!

Dalam semua hidangan yang ada, satay lah yang Mama ulang makan banyak kali. Terasa perapannya tau.

Satay daging ni Mama suka sangat, dagingnya lembut elok ja. Tak liat langsung
Pelbagai Pilihan Manisan dan Pencuci Mulut

Tapai pulut pun ada uolls! Favourite aii ni. Sedap!

Ayah ngan si kembar siap tapau aiskrim potong ni masa nak balik, pakat makan dalam kereta. Syok betul hehehe
Tak Perlu Ragu Ragu
Ohh yaa… hotel PNB Perdana On The Park ni berkonsepkan syariah Islam dan telah diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi tau. Jadi tak perlulah risau atau ragu ragu tentang status Halal masa makan kat sini yer.

Seronok tengok si kembar ni pulun makan kat Buffet Ramadhan di The 39 Restaurant ni. Syukur Alhamdulillah 🙂
Disamping tu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5. So senang lah nak makan makan dan lepak lama sikit kat situ. Makan seround, pastu pergi solat dulu…pastu sambung makan lagi dua tiga round pun tak dak masalah punya lah hehehe

Tenang ja rasa menjamu selera kat sini bila dengar alunan zikir dan tazkirah daripada ustaz dari Masjid Asy Syakirin ni. Pihak hotel menaja penginapan diorang kat hotel PNB Perdana On The Park ni sepanjang Ramadhan ni tau, terbaik!
Puas Hati!
Overall Mama boleh katakan yang kitorang sekeluarga puas hati lah berbuka puasa di The 39 Restaurant ni. Hidangan yang enak, suasana yang selesa, layanan mesra daripada staff kat situ, ditambah plak dengan alunan suara lunak merdu dari Asy Syakirin…haiii memang syiok sungguh lah!

Tak tahu nak berbuka puasa di mana? Haaa mai lah makan kat Buffet Ramadhan di The 39 Restaurant ni yer
Hmm ni rasa teringin nak cuba makanan kat Restoran 10 Binjai plak, sebab ada buffet Ramadhan gak kat 10 Binjai. Dan teringin nak bawa anak anak menginap kat hotel PNB Perdana On The Park ni juga. Tengok gambar bilik penginapannya kat website, nampak cantik sangat! Terpikat aii tau…
Ehh banyaknya teringin hahaha. Well...bila benda best dan kita suka sangat, tentulah rasa teringin nak pergi lagi dan lagi dan lagi, kan kan? 😉
Maklumat Lanjut:
Harga Buffet Ramadhan di The 39 Restaurant
Dewasa : RM123.00
Kanak-kanak (umur 4-12 tahun) : RM61.50
Tarikh: 18 Mei hingga 15 Jun 2018
No. Telefon : 03-7490 3939
Harga Buffet Ramadhan di Restoran 10 Binjai
Dewasa : RM98.00
Kanak-kanak (umur 4-12 tahun) : RM49.00
Tarikh: 18 Mei hingga 15 Jun 2018
No. Telefon : 03-7490 3838
Website: http://www.pnbperdanaonthepark.com/
Facebook: PNB Perdana Hotel KL
Instagram: PNB Perdana Hotel KL
9,270 total views, 2 views today
pagi-pagi dah sesat masuk sini..sedapnya tengok makanan. arghhh!!
Harap bersabar hahaha
Alaaa x perasan tapai pulut tu ada
Rugiii…sedap ooo kak
Paling nina suka kambing golek dia. Lembut juicy dan ada 2 sos yang nina gabungkan buat kambing golek tuu lagi terangkat!
Alaaa hari tu terlupa nak rasa, dok pulun gulai kawah ngan satay ja
Yup, setuju sangat! Buffet ramadan kat PNB ni memang best! Semoga murah rezeki dapat makan kat sini lagi.
InsyaAllah
Menyelerakan sungguh menunya. Pemandangan tu best la. Tp Haida penggayat juga org nya.hehehe
Akak pun, tapi tetap nak jenguk luar sbb cantik hehe
Wauu tapai pulut seronok layan makanan kat sini kan kak nani…sambil layan view cantik kl
Betul betul, enjoy sangat
Bestnyaaa kak. makanan byk pilihan, suasana pun bestt
Yup, selesa
Menu dia menarik sungguh..nak ajak jugakla Mr Hubby buka sana
Ajak laa
Aduhhhhnyesal bukak siang2 hari sedapnyaaaa…..
Hahaha nasib lah
Lemang tu betul-betul menggoda la mama. Makan pulak dengan serunding. Hancus pahala posa. Hahaha.
Hahaha sabar sabar haha
wow..banyak betul pilihan.Kerabu dan tapai tu my pebret. Geram nye tengok.
Tapai tu sedap ooo
Fuhhh banyak betul pilihan menu, tempat pun cantik dan selesa.
Selesa bawa famili mai sini Mas
banyak juga menu makanan yang ditawarkan disitu ye .. menarikkk
Yup banyak dan sedap
woww, meamng puas hati nampak makanan tu
Alhamdulillah, puas hati semua sedap sedap belaka
Sedap2 menu dia. Pemandangan pun cantik. View klcc
Tu yang buat lagi best kat situ tu
Sedapnyaaa , view pun cantik
Yup memang cantik
memang best sebab dapat tengok KLCC dan KL Tower..hehe..makanan pun sedap..suka sup dengan daging percik
Alaa hari tu terlupa nak rasa daging percik
best yer buffet ramadhan kat pnb …
Yer…best!
Wohoo…satay daging tu sangatlah menggiurkan.
Dayyum!
Satay daging tu memang sedap!
Berulang-ulang ambil makanan…sedap sangat..lebih-lebih lagi sate tu…
Kan…terus lupa pasal diet haha
Fuhh.. terliur tengok sambal sotong ngan sate tu..
Dua tu memang sedap!