Salam dears… Sebaik saja penutup botol dibuka, bau bawang putih menerpa hidung. Uishhh ni kaw kaw pure punya garlic balm ni, fikir Mama sambil calit dan sapu Garlic Balm ZM Beauty kat tepi kiri dan kanan hidung, dan juga pada dahi sekitar ubun ubun.
Tak lama lepas tu…ehhh dah clear lah hidung ni, dah boleh bernafas! Padahal tadi selsema bersin bertalu talu dan hingus meleleh leleh macam air terjun kot! Cepatnya lega selsema ni, nak joget joget je rasa masa tu tau hehehe
Disebabkan teruja dengan kesannya, Mama terus post kat Instagram dan Facebook. Ada kawan tinggal kan komen kata bawang putih memang banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Teringat, ya lah….Mama sendiri pernah Google dan cuba petua rawat selsema dan batuk menggunakan bawang putih.

Garlic Balm ni cara lebih mudah untuk rawat batuk dan selsema dengan khasiat bawang putih.
Cara Mudah Rawat Batuk dan Selsema Dengan Khasiat Bawang Putih Garlic Balm ZM Beauty
Seingat Mama, masa tu si kembar ni batuk berkahak sampai tak boleh tidur malam. Petua yang Mama jumpa tu caranya bakar dan tumbuk bawang putih, dan campurkan dengan minyak zaitun (olive oil). Pastu sapu kat tapak kaki dan dada. Alhamdulillah masa tu petua tu berkesan. Tapi, Mama jarang buat sebab 1) terlupa petua tu atau 2) malas. Errr sebenarnya lebih kepada malas kot hehehe
Sekarang ni bila dah ada Garlic Balm ZM Beauty ni, lagi mudah lah nak amalkan petua guna bawang putih untuk rawat batuk dan selsema kan? Tak payah nak susah susah kecah kat dapur tu bakar dan tumbuk bawang putih bagai. Jimat masa pun ya juga. Cuma calit dan sapu je balm tu. Tak payah risau minyak tertumpah ke apa ke. Senang!

Sekarang dah lebih mudah nak rawat selsema dengan khasiat bawang putih, guna je Garlic Balm ZM Beauty ni. Tak payah nak bakar, tumbuk bawang putih bagai dah kan. Aii like!
Ohh yaa Garlic Balm ni fungsi dia lebih kurang macam vicks. Tapi balm bawang putih ni menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia. InsyaAllah selamat digunakan dan tak ada kesan sampingan. Ehh meh laa Mama nak cerita sikit pasal Garlic Balm ni…
Kegunaan Garlic Balm untuk membantu:
- Merawat batuk dan selsema
- Menghilangkan kahak
- Menghangatkan badan
- Merawat kembung perut
- Boleh dijadikan minyak bayi
Kelebihan Garlic Balm ZM Beauty:
- #GarlicBalm ini adalah alternatif #GarlicOil untuk memudahkan mak-mak bantu redakan masalah selsema, kahak, batuk, masalah kembung perut anak-anak.
- Tak berangin dan tak panas. Jadi InsyaAllah sesuai digunakan untuk anak semasa dalam pantang.
- Sesuai untuk semua peringkat usia, daripada bayi hingga ke dewasa boleh menggunakannya.
- 100% homemade, tiada bahan terlarang atau bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam balm ni.
- Tiada sebarang penggunaan essential oil dalam balm ini. Ia adalah 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu bawang putih asli, minyak zaitun dan beeswax (lilin lebah).
- Produk Muslim dan telah mendapat kelulusan KKM. Sebab ni Mama rasa lebih yakin nak guna Garlic Balm ZM Beauty ni.
Cara Guna Garlic Balm:
Cara guna Garlic Balm ni mudah je. Sapukan di telapak kaki, belakang badan, dada (rusuk kiri dan kanan), tengkuk, ubun-ubun, bahagian sinus (dahi dan tepi kiri & kanan hidung).
Nak lagi berkesan, sebelum tidur sapukan pada telapak kaki pastu pakai stokin semasa tidur. InsyaAllah lena tidur malam tu Zzzzzz 😉
Testimoni Garlic Balm ZM Beauty
Alang alang dah guna Garlic Balm ni Mama pun mengGoogle cari testimoni, nak juga tahu apa kata pengguna yang lain kan. Betul ke berkesan? Orang lain guna serasi atau tak? Dan ini diantara testimoni yang Mama jumpa…

Haaa…ni sama kes cam Mama, angin keluar dengan jayanya hahaha

Dapat legakan batuk dan selsema anak, bagus lah!

Boleh guna untuk kurangkan sakit kepala juga katanya, menarik. Pasni kalau sakit kepala boleh laa cuba sapu.
Ada banyak lagi testimoni, korang boleh Google sendiri cari okay? 😉
Setiap Rumah Patut Ada Garlic Balm Ni!
Dah seminggu lebih Mama dok cuba guna Garlic Balm ZM Beauty ni. Setakat ni, memang puas hati lah, serasi. Macam hari tu, lepas sakan pulun makan masa food review rasa sebu dan kembung perut. Entah apa yang tersilap makan ka minum pun tak tahu lah, mungkin gak sebab terlebih makan kot hehe.
Bila sampai je rumah, Mama terus cari Garlic Balm ni…calit sikit Garlic Balm dan sapukan pada perut yang tengah rasa kembung. Beberapa minit ja lepas sapu tu, terus ‘membuang’ angin dengan jayanya. Kurang rasa sebu perut tu, fuhh legaaa!

Mama order 2 botol, dapat bekas pink comel tu gak, suka! Senang nak simpan gini.
Haaa selain daripada tu, Mama ada gak sapukan Garlic Balm ni untuk kurangkan gatal gatal akibat gigitan serangga. Macam hari tu si Fauzi kena gigit ngan apa ntah, tak pasti lah semut ka nyamuk ke, tapi dia asyik dok tergaru garu kat leher dia.
Dia mengadu kata sakit dan gatal. Mama ambillah Garlic Balm ni dah sapu kat leher dia tu. Tak lama lepas tu bila tanya, dia kata “tak sakit dah Mama, tak ada rasa gatal dah pun”. Alhamdulillah, lega. Kalau tak, risau gak dia dok menggaru ja kerjanya. Risau kalau sampai luka dan berparut, jatuh plak saham dak encem tu kang hehehe

Garlic Balm ni best!
Ehh ok lah, panjang plak aii membebel ni. Senang cerita, Mama dah guna dan puas hati dengan Garlic Balm ZM Beauty. Kalau korang nak cuba juga, boleh order dari Ayu. Whatsapp je dia kat www.wasap.my/60163100050. Tanya lah apa korang nak tanya kat Ayu tu haaa. Jangan risau, dia tak makan orang punya lah hehehe 😉
Maklumat Lanjut:
Facebook: Garlic Balm_Klang
Instagram: GarlicBalm_Klang
WhatsApp: www.wasap.my/60163100050
16,103 total views, 10 views today
Bagus nya.. Tapi takut lak bau bwg putih ni hahahaha.. ssuai la utk flu.. idung kita x bau sgt. heeee
Ok ja bau bawang putih tu, lepas sapu bau tu akan hilang hehe
ramai org cakap elok balm ni
Yup, elok
Aslmualaikum. Berapa harga sebotol?
W’salam. RM25 ja sebotol, tak termasuk postage. You boleh wassap ke http://www.wasap.my/60163100050 untuk order ye.
Oooo..balm. Memula baca tajuk ingatkan bawang putih asli. Rupanya balm. Makin mudah sekarang.Cari saja maklumat yang berada dihujung jari dengan bantuan internet.
Yup betul, makin mudah dah sekarang