Salam dears… Korang pernah dengar nama Geno Hotel tak? Mama ni baru tahu wujudnya hotel ni di Subang Jaya. Masa mula mula dapat jemputan ke Media Preview Buffet Ramadhan di Geno Hotel, Mama macam hmm…nak pergi ke tidak eh?
Fikir punya fikir, ehh pergi je lah. Teringin juga nak tahu kat mana hotelnya dan best ke tak makan kat situ. Dan…nasib baik pergi, sebab Mama enjoy sangat! Makanan sedap, tempat selesa, staff yang mesra dan suasana santai membuatkan kitorang geng #KBBA9 lepak lama kat Taste Cafe di Geno Hotel hari tu.
Dari pukul 6 petang hingga 9 malam kitorang kat sana tau. Sampaikan staff kat Taste Cafe tu bagitau kafe dah nak tutup lah baru gerak! Sambil makan sambil berborak ‘membawang’ ngan kawan kawan memang syiok, sampai kan tak sedar masa berlalu hehehe.

Muka ada senyum, perut kenyang hati senang ler tu 😉
Semarak Ramadan Buffet di Geno Hotel
Semarak Ramadan nama diberi, buffet Ramadhan di Geno Cafe untuk tahun 2018 ni bakal menyajikan lebih daripada 80 jenis hidangan. Diantara signature dish yang korang mesti cuba ialah Ekor Masak Asam Pedas, Sup Ekor, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Nasi Briyani dan Kambing Bakar (Whole Roasted Lamb) dengan sos Rosemary yang serius sedap! Mama sendiri dah cuba dan kena dengan selera tekak Mama.

Kambing Bakar dan Satay, tak ada hidangan ni tak lengkap lah Buffet Ramadhan kan?

Kambing bakar dengan sos rosemary dan sos black pepper ni serius sedap sangat!
Mama sempat berbual dengan Chef Jamal yang menyediakan hidangan enak disini, katanya 7 jenis lauk pauk kegemaran para pelanggan termasuklah Kari Kambing, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ekor Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Ayam Kurma, Ikan Keli Goreng Berlada dan Sayur Campur akan dihidangkan setiap hari sepanjang buffet Ramadhan nanti.
Kata Chef Jamal, dia tak nak ada pelanggan yang kecewa bila datang nak repeat makan, sekali tengok tengok lauk yang diidamkan tu tak ada. Ye tak ye gak kan, kalau dah ‘aim’ nak makan benda tu tapi tak ada, kang nangis tepi pintu plak tak ke naya hehehe. Ehh meh laa nak tayang gambar kat korang, bagi korang terliur hehehe

Nasi putih pun gebu dan lembut ja.

Nasi beriyani ni sedap hoiih!

Lauk pauk Melayu yang menyelerakan. Tengok cara hidang dalam kuali gitu pun dah mengundang sangat kan?

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Ekor Masak Asam Pedas, Ikan Keli Goreng Berlada dan Kari Kambing.

Daging Masak Lemak Cili Padi, Sayur Campur, Ikan Bakar dan Sup Ekor.

Aneka roti.

Salad, ulam-ulaman, pelbagai jenis sambal, ikan masin dan keropok.

Roti jala, kalau ada ni Mama konpem akan rasa. Favourite aii ni!
Aneka Pilihan Pencuci Mulut Yang Enak
Haaa lagi satu, pencuci mulut atau desserts kat sini jangan lupa rasa tau. Ada beraneka pilihan yang semuanya nampak comel cantik menarik di mata, sedap di mulut gitteww. Inilah diantara penyebab kenapa kitorang lepak lama kat sana. Lepas satu…satu…dessert kitorang nak rasa. Paling Mama suka ialah Apple Crumble dan Bread & Butter Pudding. Perghh kecur air liur lah bila teringat ni!

Banyak pilihan pencuci mulut, kek dan kuih muih tradisional.

Yang coklat kat atas tu korang kena cuba, dalamnya soft melting je. Sedappp!

Kuih muih tradisional, Bubur Pulut Hitam, Bread & Butter Pudding dan Apple Crumble ada kek coklat moist kat bawah tu, fuhhh sedap!

Buah buahan segar.

Siapa suka jeruk mesti ulang ulang kat sini.

Ais kacang yang ‘meriah’ dengan bahan bahan.

Kaunter minuman panas dan sejuk.
Tarikh dan Harga Buffet Ramadhan di Geno Hotel
Buffet Semarak Ramadan di Geno Hotel ni akan berlangsung dari 17hb Mei 2018 hingga 12hb Jun 2018. Nahh Mama coretkan kat sini, korang take note siap siap tau nanti senang laa nak buat tempahan kan?
Harga Buffet Ramadhan di Geno Hotel 2018:
- Dewasa: RM110 bersih (seorang)
- Kanak-kanak (5-10 tahun): RM55 bersih (seorang)
- Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma.
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM71.50 bersih (seorang)
Tawaran Pembelian Awal Baucar ‘Early Bird’ (15 Mac – 30 April 2018):
- Dewasa: RM88 bersih (seorang)
- Kanak-kanak: RM44 bersih (seorang)
- Warga Emas: RM 57.20 bersih (seorang)
Lepak Sampai Kena ‘Tegur’
Mama lepak kat Taste Cafe di Geno Hotel tu hampir 3 jam tau, sampai kafe tu dah nak tutup lah baru kitorang balik. Itu pun sebab ada staff datang bagitahu “lagi 10 minit kafe nak tutup yer puan”. Giler lah kan, syiok sangat melepak makan makan sampai kena ‘tegur’. Buat malu kompeni ja hahahaha.
Pastu kan…boleh plak masa dok jalan nak keluar tu, dah sampai kat depan pintu…patah balik sebab ternampak aiskrim plak! So Mama, Kak Long Saidila, Kak Azni dan Yulia buat ‘u-turn’ patah balik pergi ceduk aiskrim dan duduk makan lagi dengan selambanya hahahaha. Adehhh…memang enjoy betul lah kitorang malam tu 🙂

Ruang makan yang selesa di Taste Cafe, Geno Hotel buat rasa releks je nak lepak lama pun.

Surau ada kat basement parking. Jadi senanglah boleh pergi solat pastu sambung makan balik.
Haaa kalau korang pun nak rasai keenakan Buffet Ramadhan di Geno Hotel ni, silalah buat tempahan segera yer. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan hubungi nombor yang Mama senaraikan kat bawah ni hokey….
GENO HOTEL
Alamat: Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas
47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Laman Web: Geno Hotel
Facebook: Geno Hotel
Instagram: Geno Hotel
Email: info@genohotel.com
Telefon: +603 5033 6666
Faks: +603 5033 6677
Psstt…kalau lepas makan tu terus check-in bilik kat situ mesti lagi best kan? Terbayang tilam dan bantal hotel yang empuk, perghhh syoknya lena tidur dibuai mimpi indah gitteww…😉
4,691 total views, 1 views today
U-turn tuuu yang tak boleh tahan tu… Hahaa…
Tengok cafe nya memang santai dan selesa.
Tu lahh selamba ja letak beg pi sambung makan hahaha
First time jugak dengar nama hotel ni. Banyak juga pilihan menu untuk bufet dia, berbaloilah dengan harga.
Yup berbaloi
bestnya. tp jauh sgt nk p mlm tu
Rugi tak pi tau
Sedapnya semua ..
Memang sedap!
tiap ramadhan ni mesti aim kambing golek . aummmm.. ok la tu harga pun tk mahal sangat. berbaloiii sungguhhh.. rasa nak pergi. kak nani belanja please hahaha
Kambing golek tu sos nya memang aummm sangat hehe
Alaa.. Tak sempat nak lepak lama masa tu.. Tapi makanan dia memang sedap-sedap..
Kan…puas hati makan
Alaa..tak cuba aiskrim
Kami nak keluar dah baru prasan ada aiskrim hehe