Salam dears… “Ya Allah sedapnyaaa!” Itu lah yang terdetik dihati Mama sebaik saja suapan pertama masuk ke mulut. Patut lah kawan kawan yang pernah hadiri Buffet Ramadhan di Zende Restaurant, Hotel Seri Pacific ni pakat kata mesti cuba rasa Kuey Teow Goreng kat sini, memang serius sedap wehh!

Kuey Teow Goreng ni sedap sangat! Memang cukup rasa, adoiii terliur lah pulakk
Kalau ikut hati masa tu, Mama nak ulang makan Kuey Teow Goreng tu saja tau. Tapi rugilah kalau tak rasa hidangan lain yang ada gak kan? Dah laa semua nampak menggoda belaka!
Buffet Ramadhan di Zende Restaurant, Hotel Seri Pacific
Untuk tahun 2018 ni Zende Restaurant di Hotel Seri Pacific bakal menyajikan Buffet Ramadhan dengan tema ‘Santapan Buka Puasa’. Diantara menu masakan tradisi yang bakal dihidangkan termasuklah Kambing Bakar, Kacang Pool, Briyani Gam, Nasi Kandar, Sup Gearbox dan macam macam lagi lah!
Cerita banyak tak payah, kita layan gambar je lah yer…bagi korang terliur hehehe 😉

Kambing golek haruslah ada kan?

Briyani Gam yang power! Nasinya lembut dan rempahnya secukup rasa.

Sambal Tumis Udang ni kena sangat dengan selera tekak Mama, pedas tapi tak terlalu pedas. Sedap!

Masak Lemak Telur Itik

Asam Pedas Ikan Pari

Daging Masak Hitam, lembut ja dagingnya.

Ekor bakar.

Tumis Siput Buluh Sos Pedas

Kacang Pool

Ulam ulaman dan sambal.

Aneka Kerabu

Lok Lok

Aneka Goreng Satay Skewer

Pizza pun ada.

Shellout

Bubur Lambuk buat santapan berbuka puasa, barulah syiok kan.

Chocolate fountain pun ada.

Aneka kuih muih.

Mama tak tau ni durian gred apa, yang pasti isinya rasa manis lemak berkrim ja.

Cendol durian ni sedapnyaaa!
Kemudahan Lain
Selain daripada makanan yang enak dan ruang makan yang selesa, Mama suka Hotel Seri Pacific ni sebab nak datang sini pun senang. Boleh naik LRT turun kat stesen PWTC dan jalan kaki dekat ja, ada laluan berbumbung.
Kalau memandu ke sini pun ok ja, parking banyak. Nak park kat Hotel Seri Pacific boleh, atau nak parking kat Sunway Putra Mall pun boleh pastu jalan sikit ke sini.

Ruang makan yang selesa.
Ohh yaa, nak solat pun tak risau sebab surau selesa. Sepanjang Ramadhan nanti, sebanyak 4 buah bilik akan dijadikan Surau untuk kegunaan para pelanggan buffet. Kalau nak solat Tarawih, boleh ja kat salah satu function room di hotel ni.
Harga Buffet Ramadhan di Zende Restaurant, Hotel Seri Pacific
Haa tu korang dah terliur ler tu kan, kan? Dah tau dah, mesti terliur punya hehehe. So apa kata tahun ni korang cuba berbuka puasa di Zende Restaurant? Sekali sekala reward diri makan sedap sedap, apa salahnya kan.
Dengan harga RM120 nett untuk dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak, InsyaAllah berbaloi lah dengan pilihan santapan buka puasa yang bakal disajikan bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 nanti.
Kalau tempah awal, boleh dapat harga istimewa RM90 nett. Nak tau lebih lanjut, korang hubungi dan tanya sendiri lah yer. Hubungi jer nombor kat bawah ni okey? 🙂
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Telefon : 03-4042 5555 / 4049 4351 / 4352
Email : sfbresv@seripacific.com
10,250 total views, 2 views today
mmg sedap. ruginyaaaa xle g thn ni..
Yes, anda rugi hehehehe
aduh. tak boleh betul tengok gambar kuew teow goreng ni. memang favourite. kena pergi cuba ni. sementara belum puasa.
Pergi buffet ramadhan nanti, berbaloi!
Betul kannn…. Dah cakap dah….
Kuey teow goreng dia sedap!
Tiap tahun kualiti rasa dia sama!
Alamak…. Dok teringat ni. Acaner
Jom buka sana tahun ni
Jom jom…nak repeat kuew teow tu dapnyaaa
Haah memang sedap Kuey Teow dia, last year pergi siap makan 3 pinggan tu! Hahahaa.
Wahh pulun sungguh tu hehe
terbaek.. sedap ni. :_
Jemput join segmen ejulz 🙂
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Alhamdulillah memang sedap 🙂