Salam dears… Bila pergi ke buffet Ramadhan, apa hidangan yang korang cari? Kambing golek? Itu salah satu menu yang ‘hot’ kan? Tapi kalau korang ke Buffet Ramadhan di Me’nate Steakhub, ada hidangan yang lebih istimewa dan berbeza. Haaa nak tau apa? Jeng jeng jeng….

Ada Rusa Golek uolls! Menu rare ni…

Daging rusa ni sedap!
Pertama kali dalam hidup Mama ni makan daging rusa, tak sangka sedap! Dagingnya lembut dan juicy ja, macam ‘melt in the mouth’ gitu. Ditambah plak dengan perapan yang secukup rasa, memang nikmat lah mengunyah.
Buffet Ramadhan di Me’nate Steakhub
Kalau tahun tahun yang lalu Restoran Me’nate Steakhub buat set menu saja untuk Ramadhan, tahun ni ia tampil dengan ‘full spread’ buffet pula untuk memenuhi permintaan pelanggan. Bertemakan ‘Western & Local Delicacies Buffet’, tiga set menu yang berbeza bakal disajikan silih berganti setiap hari.
Akan ada hampir 40 jenis hidangan setiap hari dan menunya menggabungkan sajian barat dan masakan Melayu. So kalau yang ‘tekak Melayu’, makanlah hidangan nasi ngan lauk pauk. Kalau tekak rasa nak makan ala ala mat salleh plak, ada pasta, salad, sandwich dan macam macam lagi lah. Korang makan lah sampai buncit hehehe

Tu dia penuh meja!
Nasi dan Lauk Pauk

Nasi Arab ni superb sedap!

Ayam Kabsah ni makan ngan Nasi Arab tu memang kena sangat lah

Budak budak mesti suka Ayam Goreng ni

Lamb Shabu ni antara favourite Mama malam tu, 3 kali ulang tambah ni tau hehe
Mee dan Pasta

Mee pun ada

Kuey Teow Goreng basah basah sikit

Mee goreng ni sedap, simple but nice lah omputih kata.

Fettuchini Carbonara yang kuahnya memang lemak berkrim, yummy!

Baked Penne ni Mama tak sempat rasa.
Salad dan Sandwich

Salad…section ni Mama tak singgah dah lepas ambil gambar, aii not on diet hahaha

Sandwich pun ada, Mama rasa jarang buffet ramadhan hidang sandwich. Kalau tak nak terus makan berat, boleh lah mulakan dengan makan sandwich ja pastu pergi solat dulu kan?
Kek dan Kuih Muih

Kuih cara berlauk, rasa macam jarang jumpa dah sekarang.

Macam macam jenis kek ada.

Aneka pencuci mulut
Harga Yang Berpatutan
Bab harga Mama rasa berpatutan dan berbaloi dengan menu yang disajikan. Hanya RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan di Me’nate Steakhub ni akan bermula jam 6.30 petang hingga 8.30 malam di semua cawangan Me’nate. So korang boleh pilih lah nak pergi ke cawangan mana paling dekat ngan korang. Kalau tak nak makan buffet pun jangan risau, selepas jam 8.30 malam korang boleh order steak dan hidangan ala carte yang lain.

Cantik kan deko dalam restoran Me’nate ni. Selesa nak lepak lama.

Opkos tak lepaskan peluang bergambar dengan Haji Nabil yang sporting giler. Dia jadi duta Buffet Ramadhan di Me’nate Steakhub tahun ni, mana tau kot kot masa korang pergi tu dapat jumpa ngan dia kan?
Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh hubungi nombor kat bawah ni. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Rusa Golek yang awesome tu naaa, kat tempat lain belum tentu ada. Menu rare ni kot, rugi tak cuba tauuu.. 😉
Maklumat Lanjut dan Tempahan:
Facebook : https://www.facebook.com/menatesteakhub/
Instagram : https://www.instagram.com/menatesteakhub/
Telefon : Cik Aidah 012-2944425 / Encik Farid 011-27058455
9,680 total views, 2 views today
6.30 ptg – 8.30 malam je?
buka puasa jam 7.20 lebih kurang, makan sekejap solat, pastu sambung makan tak sampai sejam, waktu buffet dah habis…
hmmmmm
Tempahan untuk bufet sampai 8.30, tapi makanan buffet masih ada lepas tu. Cuma pelanggan yang datang lepas 8.30 malam boleh order ala carte, bukan buffet.
nampak sedap betul menu dia kan?hari tu tak sempat nak rasa habis, fettucini carbonara tu memang superb! kalau bukan tengah diet, dah berkali2 makan tu. haha!
Nasib baik lah i tak diet, semua bedal hehehe
bestnya, nampak sedap semua makanan dia. kena cuba ni
Memang sedap!
perghhhhh rusa golek tu rare betulll..
Yup, jarang jumpa kan
tak pernah lagi gi menate nih.
beli kambing bakaq sendiri ajela jawabnya.
haha
Sesekali pi laa try, sedap ooo
Saya suka dengan macam kek. Cuba lah buat resepi kek tu, saya nanti ya.
InsyaAllah