Salam dears… Terasa cepat benar cuti sekolah seminggu ni kan. Tup tup ehh nak sekolah dah? Bukan anak anak je lemau, Mama nya pun lemau ni haa memikirkan uniform sekolah berpasang pasang nak kena seterika tu huhu. Ehh sebenarnya nak cerita pasal seminggu lepas, Mama tak dapat nak cuti sebab tuntutan kerja. Tapi kesian memikirkan anak anak tak kemana mana, jadi Mama ajak Ayah jom sewa Airbnb murah di Kuala Lumpur ni je lah. Short weekend getaway gitu.
Bila Ayah kata ok je, apa lagi…bersemangat lah Mama dok belek survey kat Airbnb tu cari yang sesuai dengan bajet yang tak berapa nak banyak ni. Dan tentu sekali lah Mama cari yang ada swimming pool. Si kembar ni kalau dapat mandi kolam…hmm tak payah pergi jauh, asalkan boleh berkubang pagi sampai petang dah happy sangat dah. Pakat menabur kata kata manis Mama-lah-mak-paling-terbaik-didunia hahaha

Cantik kan? Fahmi tanya kenapa Mama tak beli rumah kat sini? Dia ingat murah agaknya kondo ni hahaha
Percutian Bajet ke Airbnb Murah di Kuala Lumpur
Sebelum ni Mama dah pernah booking guna Airbnb dah, masa tu pergi cuti cuti ke Putrajaya jer. Mula mula ingatkan kali ni nak ke area Putrajaya gak. Tapi masa dok search tu, entah macam mana terjumpa Airbnb murah di Kuala Lumpur yang harganya hanya RM102 satu malam! Lepas tambah service fee, total Mama bayar ialah RM112.53 saja.
Bagi Mama, harga ni murah sebab ianya kondominium tiga bilik di tengah tengah kotaraya dan ada swimming pool! Lokasinya bersebelahan dengan Sunway Putra Mall dan stesen LRT jadi nak ke situ senang, nak keluar pergi beli makan minum pun senang. Boleh turun jalan kaki je pergi makan kat Sunway Putra Mall tu haa.
Kalau rajin, boleh lajak jalan jalan ke kawasan Chow Kit juga. Tapi kitorang tak pergi pun Chow Kit, si kembar pun penat dah lepas berkubang sakan hehehe. Ehh meh laa nak share sikit gambar short weekend getaway kitorang 😉

Ruang tamu dan ruang makan. Lawa kan?

Bilik tidur utama. Mama berkenan sangat dengan set bilik tidur tu, cantik!

Bilik ni luas.

Bilik tidur ke-dua, ada katil dua tingkat.

Bilik tidur ke-tiga, kecil muat satu katil ja.

Dapur memasak pun ada, tapi kitorang tak guna pun.

Nak mandi sini kena berpakaian renang (swimming attire) tau, tak boleh pakai baju biasa.

Hari pertama tu Mama tak bagi si Fahmi ni masuk kolam lama lama sebab kaki dia terseliuh, takut lagi bengkak kang.

Alolo siannya budak ni, sanggup tu gitu hahaha
Berbaloi Atau Tidak Sewa Airbnb Murah di Kuala Lumpur Ni?
Secara keseluruhan, kondo yang Mama sewa melalui Airbnb tu ok lah dengan harganya. Kondo tu bukan kondo baru, jadi tak boleh laa harap segalanya perfect. Jangan lah expect semua perkakas dan perabot baru bersinar sinar plak tau.
Lagipun harga sewanya pun RM100++ ja satu malam untuk kondo 3 bilik. Kalau sewa hotel kat tengah KL ni, satu bilik pun ntah ntah harga lebih mahal daripada tu kan? So kalau orang yang jenis tak cerewet macam Mama ni, memang ok ja duduk situ. Setakat paip air berbunyi sikit sikit tu Mama abaikan je hahaha. Bilik air nya sedikit ‘lama’ tapi bersih, so ok lah. Tapi kalau owner dapat elokkan sikit bilik mandi tu, lagi cun.
Apa apa pun, yang penting bagi Mama ianya:
- Bersih dan selesa. Dekorasi minima tapi cantik.
- Harga berpatutan. Total Mama bayar RM112.53 satu malam untuk kondo yang ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, memang berbaloi. Mama harap owner tak naikkan harga, boleh aii repeat lagi nanti hehehe.
- Tempat tidur yang selesa. Mama duduk master bedroom, katilnya best. Kukuh dan tilam bantal pun empuk.
- Ada aircond di ruang tamu, bilik tidur utama dan kedua.
- Kelengkapan asas disediakan seperti peti ais, seterika, pinggan mangkuk, sudu garfu sikit, water boiler, microwave, mesin basuh dan tuala.
- Ada Wifi dan HyppTV, tapi malangnya masa kitorang pergi tu HyppTV kat area tu ada masalah jadi tak dapat nak tonton TV.
- Ada 1 lot tempat kereta khas. Kalau datang dengan lebih daripada sebuah kereta, boleh parking kat Sunway Putra Mall je.
- Ada kolam renang (paling penting untuk si kembar haha), gym dan mini-mart di tingkat 3. Jadi kalau nak beli air mineral ka roti ka biskut ka jajan ka, turun beli kat situ ja.
- Lokasi yang strategik, betul betul sebelah stesen LRT PWTC dan Sunway Putra Mall. Jadi senang nak keluar cari makan minum, jalan kaki je ke Sunway Putra Mall.
- Mudah berkomunikasi dengan owner melalui apps Airbnb, cepat gak dapat respons untuk apa apa soalan Mama.

Tuala disediakan, yang Mama dapat tu bau wangi baru basuh. Macam bau tuala kat hotel je.

Nampak tak dinding kuning oren kat sebelah tu? Sunway Putra Mall lah tu.
Haa nak dijadikan cerita, masa kitorang menginap kat sana tu boleh plak salah satu pintu bilik terkunci dari dalam dan kitorang tak ada kuncinya. Bila hubungi owner, walaupun dah lewat malam dia uruskan untuk datang hantar kunci. Lega! Kalau dia suruh tunggu sampai pagi esok baru hantar, naya gak lah pasal barang semua dalam bilik huhu. Terima kasih lah sudi hantar juga kunci walaupun dah tengah malam 🙂

Ada cermin besar, opkos kena selfie hahaha
Hmm adakah Mama akan menyewa kat situ lagi? InsyaAllah, kalau masih dapat pada harga yang sama Mama akan bawa si kembar ke sana lagi. Sebab kalau malas bawa kereta, boleh je kami anak beranak usung beg naik LRT ke situ. Tak sampai sejam dah sampai. Pastu terus terjun kolam, pastu malam boleh laa pergi tengok wayang kat sebelah tu ja. Yang penting, anak anak happy, ye dak?
Ehhh…korang pernah guna Airbnb tak? Kalau belum daftar, nahh boleh register kat link ni daftar AirBnb untuk dapatkan diskaun bagi 1st trip korang. Kalau nak tengok kondo yang Mama sewa tu plak, klik link ni Airbnb murah di Kuala Lumpur.
Korang tak tahu guna Airbnb? Ok lah…nanti rajin Mama buatkan satu entry cara dan tips untuk guna Airbnb yer 🙂
4,681 total views, 3 views today
Menarik juga kondo nie Nani, boleh lah kan kalau rasa nak rehat-rehat dengan keluarga..
Yup, sekali sekala nak short getaway ngan famili ok sini
Wahhh menarik ni, nak daftar jugaklah kat AirBnb tu. Nanti bolehlah try sewa kat kondo tu. Ada pool tu memang kesukaan anak² ai jugak!
Sila sila, budak budak jumpa pool tak payah pi mana pun dah happy dah kan hehe. Tapi nak masuk pool situ mesti pakai pakaian renang yang proper tau.
Boleh letak dalam list nak bercuti dgn anak2 ni😄
Sila sila hehe
Menarik..kadang nk bercuti tak perlu jauh sgt..budak2 skrg kalau dpt kolam pun cukup dah kan..
Yup betul, itu dah cukup syiok dah hehe
woah best. tepi sunway putra mall tu. mlm leh kua g ctu.. hehehe
Yup, malam pi lepak makan makan ngan tengok wayang situ
Menarik, macam nak cuba je nanti 🙂
Sila sila 🙂
Salam, best juga tempatya. Yang penting budget dan menarik.
Wsalam. Yup betul 🙂
airbnb memang dipercayai
Alhamdulillah setakat ni dpt semua ok.