Salam dears… Mask Run? Lari sambil pakai topeng ke tu? Iyer, berlari sambil pakai topeng. Nak pakai topeng apa? Topeng apa pun boleh, ikut kreativiti korang lah. Lagi kreatif lagi bagus, ada harapan nak menang hadiah telefon bimbit plak tu. Haaa menarik kan? Meh baca Mama nak cerita ni…

Mask Run 2018, cantik plak topeng purple ni hehe
Apa Itu Mask Run 2018?
Mask Run ni adalah acara larian bertopeng anjuran Resilience Studios dengan sokongan daripada pihak DBKL. Acara ni akan berlangsung pada 15 April 2018 nanti. Bermula dari Dataran DBKL seawal jam 7 pagi, larian ni adalah sejauh 7 km.
Tapi jangan risau, Mask Run ni ala ala fun run juga. Maksudnya korang nak berlari boleh, nak jalan releks releks pun boleh. Sebab objektif utama pihak penganjur adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Hmm 7 km tu, jalan lenggang kangkung je pun boleh keluar peluh gak kan?

Sidang media Mask Run 2018
Tambahan pula aktiviti larian macam ni juga dapat menggalakkan aktiviti kekeluargaan dimana larian ini terbuka untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah boleh menyertainya secara percuma je. Boleh laa bawa anak anak join sekali, mesti seronok kan?
Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Dimenangi!
Selain daripada acara larian, akan ada aktiviti menarik yang lain juga termasuklah penampilan dan persembahan istimewa daripada Aiman Tino dan Shasha Saidin tau! Wahhh Aiman Tino tu, comelnya dia…sedapnya suara dia! (jerit jerit sikit macam fans anak dara hahaha).

Aiman Tino, Sasha Saidin dan Azza Elite pun ada nanti tau.

Aiman Tino ni sporting dan mesra, comel plak tu hehe
Disamping tu, akan ada juga acara Cabutan Bertuah di mana peserta berpeluang memenangi TV LED 26″, barangan elektrik bernilai sehingga RM500 dan wang tunai berjumlah RM600. Bukan itu saja, peserta yang membawa topeng paling kreatif dan menarik juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai, voucher dari Salon RATU KD dan banyak lagi. Fuhh menariknya hadiah!
Macam Mana Nak Sertai Mask Run 2018?
Berminat nak sertai larian Mask Run ni? Korang boleh mendaftar melalui laman web rasmi Mask Run. Yuran penyertaan hanya RM60 sahaja dan setiap peserta akan dapat 1 x MEDAL dan T-SHIRT EKSKLUSIF MASK FUN RUN 2018. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah boleh join secara percuma jer. Nahh ni ada mesej khas dari Aiman Tino untuk korang, dengar sampai habis tau.
Sedapnya laa haii suara dia menyayi live, terkesima aii hehehe;-)

Maklumat Lanjut:
7,658 total views, 4 views today



menarik kak. jom join. hehhehehehe
Join jalan lengkang kangkung ja pun boleh hehe