Salam dears…. Susu kambing dan kurma – ini dua benda yang bila Mama dengar je rasa macam errkkk kembang tekak sikit. Iye, Mama tau susu kambing dan kurma tu makanan sunnah. Cumanya tu lah, kalau dah dari kecil tak gemar, agak susah gak nak ubah huhu. Tapi kan bila tengok kawan kawan dok bercerita pasal Lazz Susu Kambing ni sedap, langsung tak ada bau hamis ke apa ke…Mama pun jadi teringin plak nak rasa. Hmm betul ke sedap?
Bab khasiat susu kambing tu memang Mama tak persoal kan lah, sebab makanan sunnah ni mesti lah banyak kebaikannya pada kesihatan tubuh badan. Tapi bab rasa, bab ‘aku boleh telan ke tak ni’ yang buat Mama lambat nak try minum Lazz Susu Kambing ni.

Tak tahu nak cuba yang mana dulu – Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Kurma atau Lazzcafe?
Lazzcafe Untuk Peminat Kopi
Dah dekat seminggu sampai baru lah ‘berani’ nak cuba. Tu pun Mama start dengan Lazzcafe dulu, sebab Mama memang peminat tegar kopi jadi mindset kata ni mesti tak teruk sangat rasa susunya hahaha. Dan…bila dah rasa Lazzcafe ni, okeh…cun, sedap!
Rasa smooth, lemak berkrim dan tak terlalu manis sebab manisnya semulajadi dari kurma. Pastu rasa kopi tak terlalu kuat tapi tetap ada rasa laa kopi tu. Just nice untuk puaskan tekak ni yang nak minum kopi setiap hari. Bila Mama baca baca, banyak khasiat Lazzcafe ni untuk orang yang ‘ketagih’ kopi tapi pada masa yang sama nak juga jaga kesihatan. Ni haaa beberapa sebab kenapa Lazzcafe patut jadi pilihan…
Kebaikan Lazzcafe (Susu Kambing Kurma + Kopi Asli Kampung):
1) Rendah cafein sesuai untuk yang hadapi masalah ketagihan cafein, macam Mama ni. Haaa si Nina dan UmmiNani pun sama, geng ketagih minum kopi setiap hari hehehe
2) Sesuai untuk ibu hamil, berpantang, menyusu, juga lelaki dan warga emas.
3) Memberi tenaga dan menghilangkan kelesuan.
4) Terdapat khasiat susu kambing dan kurma yang menakjubkan.
5) Membantu kesuburan terutama untuk lelaki.
6) Mempunyai rasa yang sangat enak, tidak terlalu kuat kopinya.
7) Pengganti kopi terbaik untuk warga emas yang gemar minum kopi kerana terdapat kandungan kalsium didalamnya. Macam Kak Long Saidila, mak dia dah minta belikan stok Lazzcafe dah tu, padahal mak dia pun macam Mama ni haa geng tak gemar minum susu hehehe

Lazzcafe campur ngan Lazz Choco, jadi rasa mocha. Fuhh memang ada kelazz!
Ni lagi satu cara untuk menikmati susu Lazz ni, Mama campurkan Lazzcafe dengan Lazz Susu Kambing Coklat (Lazz Choco), sebab terpengaruh dengan Shehan yang kata nanti rasa lagi sedap…macam mocha katanya. Bila dah cuba, fuhhh memang sedap! Ehhh memang pilihan terbaik lah untuk Mama ni yang ada masalah kurang kalsium tapi tak gemar minum susu. Minum Lazzcafe je lah senang, yayyy!
Lazz Susu Kambing Asli dan Kurma Pun Sedap!
Ok…lepas dah cuba Lazzcafe dan Lazz Choco, baru lah ada ‘keberanian’ sikit nak minum Lazz Susu Kambing, tapi tu pun Mama mula dengan Lazz Kurma dulu. Hoihh teruk betul perangai mak budak yang tak suka minum susu ni kan? Hahahaha
Tu pun sebab kebetulan petang tu Mama kelaparan masa kat office. Nak keluar pergi beli makanan plak malas. So Mama bancuh ja lah secawan Lazz Susu Kambing Pracampuran Kurma. Baca kat kotak kata sukatan 3 scoop untuk secawan, tapi Mama bantai ja letak 3 sudu besar. Mama bancuh dengan air panas, larut elok je tak ada berkeladak macam sesetengah susu tepung tu kan.
Bila pertama kali teguk ja terus terlintas “yesss ini aku boleh telan!”. Ehhh sedap laa! Kejap ja langgah habis secawan tu. Tak sangka kena plak dengan selera tekak Mama ni. Masa tu Mama dah rasa happy dah, yayyy dah tau dah susu apa yang aku boleh minum pasni selain daripada ‘fresh milk’ sejuk gedi hehehe

Lapar punya pasal, minum secawan Lazz Susu Kambing…kenyang sampai balik kerja.

Lazz Susu Kambing Pracampuran Kurma, ada nampak butir butir halus tu kurma lah tu kot.
Kebaikan dan Khasiat Lazz Susu Kambing
Ehh asyik dok cerita pasal rasa ja, meh nak bagitau tentang kebaikan dan khasiat Lazz Susu Kambing, dan kenapa ia patut jadi pilihan:
1. Tiada Gula Sukrosa
- Gula subkrosa ni merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia.
- Bila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan dua kaedah – glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak. Which is tak berapa bagus laa untuk tubuh badan.
- Tapi yang menariknya Lazz Susu Kambing ni ialah ia tak ada kandungan gula sukrosa. Jadi, InsyaAllah Lazz Susu Kambing memberi kebaikan kepada pengguna.
2. Gula Laktosa
- Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.
- Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan. Tak ada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.
3. Vitamin C
- Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit.
- Vitamin C telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan.
- Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.
4. Vitamin E
- Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengekalkan kelembapan kulit, membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi.
5. Analisis Dilakukan di UKM
- Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai, satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini.
- Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna.

Yakini khasiat semulajadi Lazz Susu Kambing.
Berapa Harga Lazz Susu Kambing dan Kat Mana Nak Beli?
Harga? Bagi Mama, harga Lazz Susu Kambing ni tak mahal, masih mampu milik dan berbaloi dengan rasa dan segala khasiat yang ada.

Harga Lazz Susu Kambing
Kalau tak tahu nak beli yang mana, korang boleh gak cuba ikut set yang dicadangkan untuk memenuhi keperluan atau selera korang, iaitu:
- Set Mak Buyung – 1 Lazz Kurma + Lazz Choco. Sesuai untuk ibu hamil yang tidak boleh telan susu semasa hamil, tetapi mahu yang terbaik untuk kandungan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan organik.
- Set Sejoli (Ikhtiar Untuk Hamil) – 1 Lazzcafe+ 1 Lazz Kurma. Sesuai diamalkan sebagai salah satu ikhtiar untuk kehamilan, iaitu pengambilan 1-2 gelas susu sehari bersama rutin pemakanan sihat dan senaman.
- Set Combo Susu Meriah (Ibu Menyusu) – 1 Lazz Kurma + 1 Lazz Choco + 1 Lazzcafe. Kebaikan semulajadi pati ekstrak kurma dan susu kambing membantu menggalakkan susu badan.
- Pakej Jimat Stok Anak Sebulan – 6 kotak Lazz Asli, Kurma atau Coklat. Kebaikan semulajadi susu Lazz untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.
- Set Ikhtiar Kuning (Untuk Ibu Berpantang & Menyusu) – 3 kotak Lazz Asli. Untuk ibu menyusu minum sebagai salah satu ikhtiar elakkan kuning bayi.

Campur sepeket Lazz Susu Kambing Coklat dengan sepeket Lazzcafe, rasanya memang perghh sedap!
Haaa tu dah berminat ler tu. Nak beli? Senang jer, korang boleh hubungi nombor telefon kat bawah ni. Nanti diorang akan deliver terus ke pejabat atau rumah korang. Nak hantar ke rumah jiran korang pun boleh, tapi pastikan dah bagitau siap siap kat jiran lah kang tak pasal jiran korang yang minum sebab ingat dapat free hahaha 😉
Maklumat Lanjut:
Website: LAZZ Susu Kambing
Facebook: LAZZ Susu Kambing
Instagram: LAZZ Susu Kambing HQ
Whatsapp: +6010-8232600
Telefon: 1-800-88-5299
12,977 total views, 3 views today
Wah…. Nani pun dah terjebak! Hehe…
Serius sedap kannn? Ternyata Lazzcafe dah jadi teman setia Nina tiap hari.
Yeszaa terjebak sudah hahaha
Wahhh boleh jugak untuk milk booster, bolehlah minum.
A aah milk booster pun boleh, try laa Mas
Oh LazzCafe.. Sal dah repeat order pun..cepat giler penghantaran..tak senang buat keja kalau sehari tak pekena lazzcafe..huhuhu
Wahh pantas Sal hehe
ondeway nak p cari la ni. Berkenan betul dengan susu lazz. Dah pernah cuba sebelum ni. tapi orgamilk je. Heehhh.
Cuba lazzcafe ngan kurma plak, sedap!
sedap lazz ni . perut lisa punsesuai sangat sebab tak cery berry mcm kebnyakan susu yang lainnya
Haa bagus lah gitu
sedap.. sies rasa. nk order lg
Kan…ni si kembar suruh order yang coklat gak
wah sedap yer?
nak kena try nih
Sedap, suka yg pracampuran kurma & Lazzcafe
bagus la..sedap dan berkhasiat pulak tu..
Yup betul
Lazz cafe tu sedap dan fir boleh minum sebab low cafein. Kalau high cafein, terus sakit kepala. Tapi yg lazzcafe ni tak… Boleh terus minum lagi..
Bagus lah camtu, serasi.
nampak lazat tu.. rasa mcm nak cuba aje
Cuba laa, mana tau kot sesuai dengan selera u gak
Macam nak cuba Lazz Cafe jer.. nampak ramai yang bagitau sedap..kena cuba gak ni..
Cubalah Lya, sedap!
lazz susu kambing nie mmg sedap..mudah pula tu nak cari di pasaran
Yup betul tu