Salam dears… Tak lama lagi dah nak cuti sekolah, Mama dok fikir ke mana laa nak bawa anak anak jalan jalan. Masa cuti Tahun Baru Cina hari tu, dah bawa diorang ke Langkawi. Kali ni rasa nak jalan dekat dekat je lah, jimat sikit duit tol ngan minyak hehe. So Mama pun Google lah, mencari apa tempat menarik di Kuala Lumpur untuk keluarga terutamanya untuk anak anak.
Hmm banyak yang kitorang dah pernah pergi, tapi ok jaa kalau nak repeat lagi. Sebab pergi tu dah lama dah. Dan memang ada yang si kembar ni dok minta repeat pun. Ehh meh laa nak kongsikan ngan korang, kot kot korang pun dok mencari apa tempat menarik di KL untuk keluarga dan anak-anak korang jalan jalan kan….
10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Untuk Keluarga dan Anak-Anak
1. Petrosains
Dalam banyak banyak tempat menarik di Kuala Lumpur ni, Mama boleh katakan yang Petrosains ni ialah favourite si kembar. Kitorang dah 4 ka 5 kali dah ke Petrosains, tapi si kembar masih dok minta nak pergi lagi. Mama pun suka dan rasa tak boring walaupun banyak kali pergi sebab ada macam macam benda dan aktiviti yang anak anak boleh buat, bermain sambil belajar kat situ. Memang best!

Dah banyak kali pergi Petrosains, tetap teruja main kat skrin Interactive Art ni.

Ntah berapa kali ulang naik slide ni hehe
Harga Tiket Petrosains (pemegang MyKad):
- Dewasa RM20.00
- Kanak-Kanak RM8.00
- Warga Emas RM10.00
Waktu Operasi:
- Isnin tutup (kecuali cuti umum dan cuti sekolah)
- Selasa – Jumaat: 9:30 pagi hingga 5:30 petang (last admission 4 pm)
- Sabtu – Ahad: 9:30 pagi hingga 6:30 petang (last admission 6 pm)
Maklumat Lanjut: Petrosains
2. Taman Rama-Rama KL
Kitorang pernah ke Taman Rama-Rama KL ni masa si kembar berumur 4 tahun, lama giler dah tu! Masa pergi tu memang si kembar ni teruja sangat dapat tengok rama-rama secara dekat. Teringat si Faris menggedik takut bila rama-rama hinggap kat dia haha. Agaknya sekarang ni apa perubahan yang dah dibuat kat situ ye? Kena pergi tengok sendiri lah kan…

Alolo comelnya si kembar masa ni kan, muka teruja masing masing.

Takut rama-rama hinggap kat dia hahaha
Yang menariknya Taman Rama-Rama KL ni adalah taman rama-rama terbesar di dunia yang merangkumi lebih dari 80,000 kaki persegi taman landskap dengan lebih 5,000 rama-rama hidup, tumbuh-tumbuhan eksotik, tumbuhan rama-rama dan paku-paku. Tarikan-tarikan lain adalah ikan koi jepang, penyu air tawar, serangga hidup dan sebuah muzium dengan koleksi rama-rama dan serangga besar dari seluruh dunia.
Harga Tiket Taman Rama-Rama KL (pemegang MyKad):
- Dewasa RM12.00
- Kanak-Kanak RM7.00
Waktu Operasi:
- 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Maklumat Lanjut: Kuala Lumpur Butterfly Park
3. Taman Burung KL
Ini pun kitorang pergi masa si kembar masih kecil dulu. Masa tu pergi ramai ramai dengan parents dan adik Mama gak. Teringat penatnya laa hai mengejar si kembar kat dalam tu, sebab kawasan luas! Dan diorang plak excited yang amat tengok macam macam spesis burung. Lari bertempiaran kena kejar ngan burung pun ada hahaha.

Muka excited kan? Kalau pergi sekarang pun sure excited gak.

Taman Burung KL (sumber gambar)
Harga Tiket Taman Burung KL (pemegang MyKad):
- Dewasa RMRM27.00
- Kanak-Kanak RM13.00
Waktu Operasi:
- 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Maklumat Lanjut: KL Bird Park
4. Kidzania Kuala Lumpur
Ok…ini salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang nak masuk memang kena ada bajet, kena siap duit. Sebab harga tiketnya bagi Mama tak lah murah huhu. Tapi ianya memang berbaloi! Anak-anak akan enjoy masuk situ. Bukan setakat bermain, tapi dapat pengalaman ‘bekerja’ juga. Nak jadi doktor? Saintis? Polis? Bomba? Posmen? Haa semua ada!
Cumanya Mama rasa Kidzania ni lebih sesuai untuk kanak kanak berumur 6 tahun ke atas. Kalau kecil dari tu, mungkin tak dapat appreciate semua yang ada kat situ. Kali pertama si kembar ke Kidzania pada tahun 2014, masa tu kitorang di jemput untuk Majlis Pelancaran Majalah Genius Pa&Ma. Kali ke-dua pergi plak tahun 2017, sebab masa tu ada promosi, haruslah grab bila tiket murah kan hehe

Kali pertama ke Kidzania, pakat jadi abam polis hehehe

Kali ke-dua pergi terus buat lesen memandu, leh bawa kereta dah hahaha

Besar nanti leh jadi doktor yer kembar…
Harga Tiket Kidzania (pemegang MyKad):
- Dewasa RM47.00
- Kanak-Kanak 2-3 tahun RM43.00
- Kanak-Kanak 4-17 tahun RM89.00
- Warga Emas RM36.00
Waktu Operasi:
- Ahad – Jumaat: 10:00 pagi hingga 5:00 petang
- Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 10:00 pagi hingga 7:00 petang
- Ramadan: 9:00 pagi hingga 4:00 petang
- Isnin: Tutup (kecuali cuti umum & cuti sekolah)
Maklumat Lanjut: Kidzania
5. Zoo Negara
Ini lagi satu tempat yang kena siap bajet gak kalau nak pergi ramai-ramai bersama keluarga, sebab harga tiketnya puluh puluh ringgit jugalah untuk dewasa. Tapi, sangat berbaloi! Ye lah, nak maintain habitat yang sesuai, nak jaga makan minum, kesihatan haiwan dan kebersihan dalam tu bukannya mudah. Jadi, sebenarnya ok lah harga tiket tu.
Kitorang pergi ke Zoo Negara ni dulu dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari, seharian juga lah dalam tu. Sebab kawasannya luas dan anak anak mesti teruja dapat tengok singa, harimau, gajah dan macam macam lagi lah. Ehh…bukan anak anak ja tapi mak bapak pun sama naik excited gak lah hehe

Bagus anak anak dapat tengok sendiri macam macam haiwan yang ada kat Zoo Negara ni

Suka sangat dapat tengok panda comel ni.

Ini budak takut masa tu kena kejar ngan burung hahaha
Harga Tiket (pemegang MyKad):
- Dewasa RM44.0
- Kanak-Kanak RM16.00
- Warga Emas RM21.00
Waktu Operasi:
- 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Maklumat Lanjut: Zoo Negara Malaysia
6. Muzium Negara
Mula mula nak bawa si kembar ke Muzium Negara, Mama risau gak kot diorang tak minat. Ye lah, tengok artifak dan benda benda lama je, best ke Muzium Negara untuk budak budak? Tapi sangkaan Mama salah! Diorang punyalah seronok kat dalam tu, kagum tengok itu ini. Siap main tembak tembak bila nampak meriam dan pistol semua haha. Lagi seronok sebab masa kitorang pergi tu dapat cuba mewarna batik juga. Bangga sungguh masing masing dengan hasil seni sendiri hehe.
Harga Tiket (pemegang MyKad):
- Warganegara RM2.00
- Warga Tua & Orang Kelainan Upaya RM1.00
- Kanak-Kanak 12 tahun kebawah (warganegara) Percuma
Waktu Operasi:
- 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Maklumat Lanjut: Muzium Negara
7. Aquaria KLCC
Kitorang dah dua kali masuk ke Aquaria KLCC, tapi dah laaaama dah la. Masa si kembar tiga ni masih kecil lagi. Masih ingat betapa terujanya diorang dapat tengok bermacam jenis hidupan laut, terutama sekali ikan jerung. Teringin nak pergi lagi sekali. Apa agaknya tarikan baru kat Aquaria tu yer?

Si kembar kecil lagi masa tu…

Besarnya ikan jerung tu (sumber gambar)
Harga Tiket (pemegang MyKad):
- Dewasa RM49.00
- Kanak-Kanak dan Warga Emas RM39.00
Waktu Operasi:
- 10:00 pagi hingga 8:00 malam (last admission at 7 pm)
Maklumat Lanjut: Aquaria KLCC
8. Muzium Polis Kuala Lumpur
Mama pun baru tahu tentang wujudnya Muzium Polis DiRaja Malaysia ni lepas Google cari apa tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh masuk percuma. Muzium Polis ni terletak di Jalan Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana. Kalau bawa anak anak ke muzium ni, mesti diorang teruja tengok segala koleksi senjata yang dipamerkan kat situ.
Harga Tiket:
- Masuk percuma.
Waktu Operasi:
- Selasa – Khamis: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
- Jumaat: 10.00 pagi – 12.30 tengahari dan 2.30 petang – 6.00 petang
- Isnin: Tutup
Maklumat Lanjut: Tiada website.
9. Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
Pusat Sains Negara ni lagi satu tempat menarik di KL yang si kembar dok sebut nak pergi lagi. Tahun 2012 dulu kitorang pernah kesana dan diorang enjoy sangat. Dah pernah nak repeat, tapi masa tu tengah renovation laa plak. Ni sekarang dah dibuka semula, boleh laa rancang untuk pergi masa cuti sekolah nanti.

Macam macam aktiviti menarik ada di Pusat Sains Negara dulu. Apa agaknya yang ada sekarang ye?

Minum susu dalam botol lagi masa ni hahaha

Pusat Sains Negara (sumber)
Pusat Sains Negara (PSN) adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal dengan menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan di PSN adalah direka untuk setiap lapisan umur dan latar belakang sama ada individu mahupun lawatan berkumpulan.
Harga Tiket (pemegang MyKad):
- Dewasa RM6.00 / Kanak-Kanak RM3.00 / Kanak-Kanak & Bayi (6 tahun kebawah) Percuma / Warga Emas RM3.00
Waktu Operasi:
- Sabtu hingga Khamis: 9:00 pagi – 5:00 petang.
- Tutup pada hari Jumaat.
- Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4.30 petang.
Maklumat Lanjut: Pusat Sains Negara
10. Mini Zoo KL Tower
Sejak tengok geng KBBA9 buat lawatan ke Mini Zoo KL Tower ni dulu, Mama dok pasang angan angan nak kesana juga. Siapa sangka, ditengah tengah kota pun ada tempat untuk anak anak melihat dan mengenali haiwan dengan lebih dekat. Boleh pegang dan bagi makan kura-kura, burung, rabbit dan haiwan lain yang ada kat situ juga. Ni petting zoo macam Farm In The City juga ni, mesti best!

Boleh cuba longkang fishing (sumber).

Teruja dapat tengok dekat dekat (sumber)
Harga Tiket (pemegang MyKad):
- Dewasa: RM32.00
- Kanak-kanak dan warga Emas: RM27.00
- Bagi kanak-kanak ketinggian bawah 90cm: Percuma
Waktu Operasi:
- 10:00 pagi hingga 9:00 malam
Maklumat Lanjut: KL Tower Mini Zoo
Nak Kena Pergi Lagi Ni….
Ishhh bila buat entry ni baru Mama perasan yang banyak juga tempat menarik di Kuala Lumpur yang kitorang pergi tu lama bertahun tahun dulu! Dah laa tak tulis cerita kat blog, pastukan…gambar yang save kat laptop pun dah rosak sebab virus huwaaa.
Rugi lah tak tulis kat blog kan, kalau tak ada gak kenangan huhu. Nasib baik lah ada juga buat Photobook. Hmm nampak gaya memang kena repeat pergi lagi lah camni! Pastu tulis kat blog kan, kan?
Haaa kalau nak murah, rajin rajin tengok kat website macam 11Street.my tu sebab kadang kadang ada voucher diskaun. Dapat laa jimat sikit kan bila nak bawa keluarga ke tempat menarik di Kuala Lumpur ni kan? Tapi baca review dan rating seller dulu, pastikan yakin seller tu ok baru beli tau 😉
Psttt…nak tahu tentang lebih banyak tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan? Boleh tengok kat laman web Kelab Blogger Ben Ashaari juga yer…
3,129 total views, 2 views today
Wahhh semua Nani dah pi, ai belum pi Petrosains tu. Cuti sekolah ni cadang nak bawak anak², mesti depa seronok.
Pi laa Mas, Petrosains memang best!