Salam dears… “Apa aku nak makan dulu ni?” tercengang cengang menonong jalan dok ulang alik pusing 4, 5 kali sambil blur tak tahu nak makan apa dulu. Serius, Mama jadi ‘rambang mata’ masa hadiri Buffet Ramadhan Media Review di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton KL baru baru ni tau.
Sebabnya…punya lah banyak pilihan dan semua nampak sedap! Tanya lah Kak Azni tu haa, dia jadi saksi betapa confiusnya Mama malam tu. Rasa teruja tengok semua makanan yang ‘menggoda’, seboleh bolehnya semua benda nak rasa! Hahaha

Jom makan π
Jom Makan Buffet Ramadhan di DoubleTree by Hilton KL
Kalau korang suka makanan ala ala ‘street food’ atau pasar malam…haaa korang mesti enjoy dan puas makan kat Buffet Ramadhan di DoubleTree by Hilton KL ni nanti. Sebab untuk tahun 2018 ni, Makan Kitchen menyediakan Buffet Ramadhan bertemakan Bazaar Pasar Malam. Kalau sebut pasar malam tu korang boleh bayangkan sendiri lah betapa banyak pilihan juadah yang ada. Memang rambang mata lah weh!
Ada hidangan tradisional, juadah ‘masakan ibunda’, Chinese dan Indian Cuisine serta macam macam lagi lah. Diantara yang bakal disajikan termasuklah Sup Kawah Meletop, Char Kuey Teow Basah, Ayam Penyet Berlada, Crispy Apam Balik, Kambing Golek, Popiah Basah, Ayam Percik, Nasi Beriani, Roti Nan, Ayam Tandoori dan macam macam lagi lah! Meh nak tayang gambar bagi korang terliur hehehe

Kambing Golek harus lah ada kan. Dagingnya lembut dan juicy ja.

Bakar bakar pun ada.

Rasa perapan satay ni fuhh sedap! Mama makan gitu je tak cicah kuah pun.

Berapi api tu haaa…memang ambik feel pasar malam lah hehe

Bermacam macam jenis lauk pauk masakan Melayu ada tau.

Kari ni power, pekat, cukup rasa

Udang, sapa suka angkat tangan *high five*

Seksinya posing hehehe

Yong Tau Foo

Crispy Apam Balik

Popiah Basah gemoks gemoks, tak kedekut inti.

Indian Cuisine pun ada. Nasi Beriani dan Ayam Tandoori tu sedap!

Tak lengkap kalau tak ada papadom kan?

Chinese Cuisine

Lai Chee Kang ni sedap yang amat! Makan semangkuk tak puas wehh

Aneka pilihan kuih muih tradisional. Bubur pulut hitam dan pengat pisang pun ada gak tau, cuma lupa nak snap gambar jer hehe.

Macam macam pilihan kek ada.

Chocolate Fountain, yummy!

Macam macam minuman, teh tarik pun ada.

Ruang makan yang selesa (gambar cilok dari Lan Careno).

Romantiknya suasana… (gambar dari Lan Careno juga hehe)

Muka happy, kenyang perut senang hati hehehe
Haa menarik kan, kan? Sebenarnya ada baanyakkk lagi tau. Tak dapat nak tepek semua gambar kat sini, soΒ masa bulan Ramadhan nanti korang kena pergi cuba sendiri lah kalau nak tahu betapa menggodanya semua menu kat situ. Nak dapat harga special, buat tempahan awal awal early bird. Hubungi ja nombor yang tertera kat bawah ni yer…
Harga Buffet Ramadhan di DoubleTree by Hilton KL:
~ Minggu Pertama (17 β 23 Mei 2018) -bermula dari RM148 nett
~ Minggu KeduaΒ & Ketiga (24 Mei β 7 Jun 2018) – bermula dari RM158 nett
~ Minggu Keempat (8 β 14 Jun 2018) β bermula dari RM148 nett
~ Early Bird (tempah dari 15 April β 15 Mei 2018) β bermula dari RM128 nett
Maklumat Lanjut:
Website: flavoursbydoubletreekl.com
Telefon: 03-2172 7272
Alamat:
Makan Kitchen, Tingkat 11
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
The Intermark
348 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400 Malaysia
3,548 total views, 4 views today
Ayam seksi tu betul betul menggod. woww
Kannn hehehe
Presentation hidangan menyelerakan sungguh .. teruja lak nak booking untuk family nti..
Tu lah, presentation tu buat lagi tertarik nak cuba semua
Ooiiiii !!! Sedap-sedap semua menunya. Tazabarr nak berbuka poser kat Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton KL bulan Mei nanti
Sila sila Pakya π
Banyaknyaaa makanan. Berbaloi ni berbuka kt sini
Yup, memang berbaloi
Wahhhh… kalau Haida pun tak tahu nk pilih yang mana satu. Semua nampak sedap. Apatah lagi kalau bulan puasa kan.
Kalau bulan puasa lagi lah rasa semua nak telan kot hehe
Fuhhhh … Memang terliur nengok nya.
Kalau nina pun tak tahu nak start yg mana dulu. Huhuuu
Tu lah pasal, konpius aii masa tu hehehe
Teringat makanan dia aritu.. Tambah-tambah lagi kambing golek…
Kan…sedap sedap!
Fuhhh semua sedap, kalau ai pi habis 50% rosak diet. Hahahaaa!
Tak yah fikir diet, rugiii hehehe
Popiah basah gemuks tu menarik Allahhhhh….cpt lah puasa hahahhaha…menarik la berbuka kt sini nanti. Doakan juju dpt simpan duit belanja suami tercinta tau kak nani haha
Aaminn… InsyaAllah π
hahhaa mmg sgt blur aritu .. terkejut tgk makanan yang best bestkan…..
Tu laa terkejut tengok banyaknya best best hahaha
pergh. menggoda betul. makan ja semua. huhuhuhu.. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Memang sedapppp hahaha
terliur sekejapppp perut pun dah berkeroncong ni..
Hehehe π
Memang rambang mata..makan sampai jadi ular sawa hahaha..
Kannn…semua nak telan haha
Bulan Ramada pun dah tak lama lagi. Sudah boleh rancangan untuk menghadiri buffet Ramadan bersama keluarga dan rakan taulan.
Betul tu, rancang & booking awal supaya dapat harga istimewa ni.
huwaaaaaa menariknya segala jenis hidangan…nak2 popiah gemoks tuuuu
Tau takpa, semua menarik menggoda hehe
Wah… Cantiknya makanan.. Boleh tahu pakai kamera apa tu sis? π
Guna handphone Huawei P10 je π