Salam dears… Malam semalam ntah apa pasal ntah, si kembar ni mood nak gaduh. Pakat dok ungkit mengungkit sesama sendiri. Bermula dengan benda kecil ja, tapi end up jadi kecoh. Pakat menjerit bergaduh lawan cakap sesama sendiri. Haishhh pening!
Faris: Fahmi tolong kemas beg Faris, Faris kena buat homework ni.
Fahmi: Eh Faris kemas laa sendiri, Fahmi penat lah.
Faris: Hari tu kan dah tolong Fahmi, hari ni Fahmi tolong laa Faris pulak.
Fahmi: Ehhh hari tu Fahmi dah tolong Faris dua kali tau! Faris tu baru tolong Fahmi sekali ja!
Faris: Apsal Fahmi taknak tolong Faris ni? Faris penat tau ni, tadi Faris sesat kat sekolah kena jalan banyak tau, penat!
Fahmi: Fahmi pun penat lah! Tadi Fahmi kena berdiri tengah panas lama tau ngan main badminton!
*Gaduh lagi ntah apa apa*
Tak leh jadi ni, puan pengadil pun masuk campur…
Mama: Faris, Faris sesat tu salah Fahmi ka? Yang Fahmi pun, Fahmi kena berdiri tengah panas tu salah Faris ka?
Fahmi & Faris : Tak laaa *buat perangai*
Mama: Habis tu nak marah sesama sendiri pasal tu buat apa?
Faris & Fahmi: Dia laa…orang penat ni, dia tak nak tolong. Hari tu dah tolong dia…bla bla bla bla…
Mama: Haaa ungkit ungkit! Meh Mama nak mengungkit gak lah. Mama ni tiap hari pergi balik kerja kena berdiri sejam tau dalam MRT, penat tau! Dah tu balik kerja tak sempat rehat dah nak kena basuh pinggan kamu sarapan pagi tadi, masak air untuk kamu bawa ke sekolah esok, basuh baju kamu pakai tadi, gosok baju sekolah kamu lagi. Kamu ada nampak Mama balik keja, duduk rehat ja ka?
Fahmi & Faris: Tak…Mama tak rehat *huwaaa start nangis*
Mama: Kamu ingat Mama tak penat ka?
Fahmi & Faris: Penattt *huwaaa!*
Mama: Haaa tau pun, tapi Mama buat juga untuk kamu. Kamu ada tolong Mama? Esok kamu iron sendiri baju sekolah! Mama nak duduk rehat ja!
Fahmi & Faris: Tapi kita mana tahu iron baju! Huwaaaa *nangis lagi*
Mama: Haa tu blum cerita pasal dulu perut Mama ni kena potong untuk lahirkan kamu. Kena potong berdarah darah sakit tau sebab kamu, tapi sekarang ni kalau Mama minta kamu tolong sidaikan baju sendiri pun menjawab. Mama dah siap basuh, tinggal angkat kepit kat penyidai ja pun payah…
Fahmi & Faris: Mamaaaa….kita sayang Mama! Kita sayang Mama! Mamaaa…… *Huwaaaaa drama air mata lagi*
Sudahnya, tiga tiga pakat meraung. Dengan Fauzi yang tak terlibat tadi pun join sekaki nangis hahaha. Last last Mama ni juga yang kena pujuk diorang hahahaha.

Adeh…kembar oh kembar…macam macam hal! Nak ungkit sangat? Haaa meh Mama ungkit jugak, baru kamu tau! Hahaha
Hmm macam ni lah manusia kan, kadangkala kita sibuk mengira apa yang kita buat, sampai terlupa pengorbanan orang lain. Terlupa yang orang lain pun ada bantu dan support kita juga.
Malah, ntah ntah apa yang kita buat tu, hanya sedikit saja berbanding apa yang orang buat untuk kita. Kadang kadang kita rasa kita ni hebat, tapi kita lupa yang mungkin kita jadi hebat tu sebab ada orang lain yang bantu. Jadi tak payah laa nak ego sangat dok fikir betapa hebat dan bernilai nya diri sendiri je. Betul tak?
Ehh dah termelalut ke lain plak dah hehe. Peringatan untuk diri sendiri juga ni, agar jangan jadi umpama ‘kacang lupakan kulit’ 😊
5,852 total views, 1 views today
Haa mengungkit lagi, kan dah kena. Tapi kalau depa tak gaduh, sunyi pulak kan..
Tu pun betul gak, sunyi hehehe
Haaaa Mas sama macam Nani, kalau anak² dok mengungkit memang cerita je sakit camne beranak kan diaorang. Terus tak jadi nak ungkit itu ini.
Memang taktik mak mak agaknya ni kot hehehe
hahaha…senyum2 baca ni..kembar saya pun mcm ni…nasib 2 jer…tapi memang la..kalo diorg wat perangai kita pakat jer cerita sian perut mama kene belah sebab nak kuarkan kembar mama….tapi nape la gaduh2 ..pastu memang la terus minta maaf terus baik plak..tapi tak bertahan lama la …Hahaha
Bab tak bertahan lama tu betul, 5 minit kemudian gaduh balikk hahaha
peringatan untuk diri sendiri jugak..sebelum mengungkit, ingat dulu apa orang dah buat yang baik untuk kita..
Yup, betul
ragam kembar ni.. kadang2 mencuit hati betul kan mama. Seronok tengok.. 3 orang lelaki
Tu lah, yang memeriahkan hidup ni diorang lah hehe