Salam dears… Baru baru ni kitorang ke Langkawi, saja ambil peluang masa Tahun baru Cina hari tu kan ada cuti sekolah juga. Masa bagitau kat si kembar kata nak ke sana, terus diorang tanya “kita nak pergi tengok penguin comel boleh tak Mama?”. Hmm lima tahun lepas kitorang pernah ke Underwater World Langkawi (UWL), tak sangka diorang masih ingat lagi ada penguin kat sana.
Yang Mama ni pula, masa mula mula buat plan ke Langkawi, tak dak laa fikir nak ke sana lagi sebab dah pernah masuk dah kan. Tapi bila anak anak minta…ok lah anak anak, jom ke Underwater World Langkawi! Dan…end up semua pakat enjoy kat sana, mak pak budak pun sama naik seronok hehehe

Seronok bawa anak anak ke Underwater World Langkawi ni đ
Sebab dah pernah pergi, Mama bajet akan habiskan masa kejap dalam sejam dua je kot kat sana. Pagi merayau tempat lain dulu, dalam pukul 2 petang baru lah ke Underwater World Langkawi. Tup tup…rupa rupanya 4 jam jugalah kitorang dok dalam tu, sampaikan bila keluar tengok tengok pintu masuk dah tutup! Barulah sedar rupanya dah pukul 6 lebih dah. Sakan betul enjoy sampai tak sedar masa hahaha.
Mana tak nya, si kembar ni nak cuba try test semua tarikan yang ada kat dalam tu. Mama Ayah pun layankan je lah, sebab seronok tengok anak anak seronok kan? Ehh bukan anak anak ja, Opah dan Uwan pun sama naik seronok cuba itu ini macam budak budak hahaha

Nasib baik gak kitorang pergi petang, sebab dapat tengok semua feeding time tu, yayyy!
Best ke Underwater World Langkawi Tu?
Bagi Mama, yang best nya bawa anak anak ke sini sebab diorang dapat tengok macam macam haiwan yang bukan selalu dapat tengok dekat dekat, macam lawatan berhibur sambil belajar lah kiranya kan. Bukan takat tengok pelbagai jenis ikan, tapi macam macam spesis hidupan laut yang lain pun ada kat sini.

Ni kat kawasan Hutan Hujan Tropika (rasanyalah, lupa apa nama haha). Tenang ja rasa jalan kat sini…

Ada akuarium besar kat situ.

Pakat teruja, nasib baik tak panjat masuk terus hahaha

Diantara spesis burung yang ada kat sini, banyak lagi tapi tak sempat tangkap gambar.

Melekap kat cermin terus si Faris ni, punya leka dok tengok ikan đ

Bukan selalu dapat selfie ngan ikan camni kan…

Macam macam jenis hidupan laut ada kat UWL. Syok dapat tengok sendiri. Ada banyak lagi,, tak dapat nak snap semua.

Mama suka sangat kolam ikan dan air terjun ni, tenang ja rasa.
Ada Penguin dan Anjing Laut Yang Comel!
Paling best, tak payah pergi jauh sampai ke Antartika tu haa nak tengok penguin, pergi Langkawi je pun dah ada, yayyy! Selamat duit tiket flight, ehhh? hahaha

Ni African Penguin, comel sangat! Rasa macam nak angkut balik buat gomol…ishh gerammm!

Si comel tengok si comel makan hehehe

Kemain lagi mendabik dada semua haha. Ni Rockhopper Penguin, tengok ni terus teringat kartun Happy Feet tu, alaa yang kartun penguin menyanyi menari tu…

Sabar…sabar…jangan berebut, banyak lagi makanan tu…

Comel dan bijak! Seronok tengok keletah anjing laut ni masa feeding time.
Apa Yang Menarik di Underwater World Langkawi?
Selain daripada pelbagai spesis haiwan dan hidupan laut, rupa rupanya sekarang dah ada beberapa tarikan lain dan aktiviti interaktif di Underwater World Langkawi ni tau. Ini yang buat plan dua jam terlajak jadi empat jam dalam tu haaa…

Diantara yang menarik di Underwater World Langkawi.
Life & Magic World
Rasanya kitorang paling lama habiskan masa kat sini, si kembar tak nak keluar! hahaha. Syok diorang dok ulang lukis kat Life Sketchbook dalam tu. Life Sketchbook tu mula mula kita pilih laa haiwan apa yang kita nak warnakan dekat skrin komputer yang ada, pastu nanti haiwan tu akan muncul ‘live’ kat skrin besar dalam bentuk 3D.
Contohnya, warnakan ikan kat komputer pastu nanti ikan tu akan ada dok berenang renang kat skrin besar. Ehh susah plak nak terangkan, korang pergi cuba sendiri je lah hehe. Tapi…itu lah yang si kembar seronok sangat tu, pakat jerit “Mama, tengok tu ikan kita lukis…tuu tengok tu!”. Kecoh tak peduli orang kiri kanan! hahaha

Pakat pulun lukis kat Life Sketchbook, ngan Ayah nya pun sama naik ja hahaha.
Ohh yaa…nak masuk ke tempat Life & Magic World ni tak perlu beli tiket asing. Jadi lukis laa puas puas kat Life Sketchbook tu. Tapi ada lagi dua aktiviti dalam tu kena bayar asing iaitu Magic Mirror (ambil gambar dengan haiwan virtual) dan main game Virtual Reality (VR).
Yang game VR tu si kembar ngan Ayah cuba main, harga seorang RM10, tapi kalau dua orang RM15. So apa lagi, 4 beranak semua bantai main lah jawabnya.

Main game VR. Tembak apa tu Ayah?

Nasib baik ada kafe kat depan tu, dapat laa Opah & Uwan duduk sementara tunggu anak cucu.

Fauzi kata best!
Pavillion Taufan
Nak masuk ke Pavillion Taufan ni kena bayar tiket asing, harga RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Sebelum masuk, staff situ akan bagi baju hujan yang pakai buang tu sorang satu. Mama ni macam…err kena pakai ka baju hujan tu? Tak cun laa nak ambil gambar kang, well…blogger kan, fikir nak ambil gambar je memanjang hahaha.
Tapi, bila masuk dalam tu satu gambar pun tak ambil…sebab tangan dua dua belah dok pegang kuat ‘railing’ kapal dalam tu! Bukan takat tangan pegang kuat, dengan lutut pun aii guna untuk tahan badan daripada jatuh tergolek masa hadapi ‘ribut taufan’.
Sepanjang dalam tu, Mama dok terjerit jerit kat si kembar ni “pegang kuat kuat, pegang kuat kuat!”. Mana tak nya, ‘kapal’ bergegar gegar bergoyang goyang ke kiri ke kanan, angin bertiuap kencang dan siap ada air tersimbah kat kita. Tu yang bila keluar ja, sakit tekak aii penat jerit hahaha

Nak masuk rileks, keluar pakat basah lencun. Si Fauzi paling teruk basah sebab baju hujan dia terkoyak ditiup angin kuat hahaha
Tapi kan…dalam dok jerit gelak gelak kat dalam tu, beberapa kali juga terlintas difikiran Mama “ini main main ja boleh laa aku gelak, kalau betul betul kena ribut taufan macam ni?”. Uishhh terus masa tu juga berdoa moga kitorang sekeluarga dijauhkan lah daripada segala bencana macam tu, takut! huhuhu
Lost World Tunnel
Yang ni si Fahmi kata best giler, dia bangga sangat dapat cari jalan keluar dari maze tu. Tapi Mama tobat tak nak masuk dah! Sebabnya Mama ni kan claustrophobic (takut tempat sempit), baru masuk ja terowong tu terus dah panik cakap kat Ayah “Saya nak keluaq! Patah balik, patah balik..saya nak keluaq!”.
Serius laa masa tu hilang terus segala keayuan wanita melayu terakhir aii tau huhuhu. Nasib baik lah Ayah ada dok pujuk “rileks, rileks, dekat je ni nak keluar dah”. Pastu Mama pulun berzikir sepanjang jalan bagi tenang diri.

Harga tiket masuk sini Mama dah tak ingat, panik sangat kot sampai lupa hahaha

Laluan sempit, dikelilingi cermin, tak tahu mana jalan mati, mana jalan keluar…ada berani? (sumber gambar)

Sebelum keluar kena lalu jambatan ni, kecoh pakat rasa macam nak jatuh jambatan tu je hehehe
Haishhh bila diingat balik, woiii serius malu woiiii! Pasal bukannya teruk sangat pun kat dalam maze tu, tapi Mama yang panik lebih. Sampai kan suruh semua pakat pegang tangan sebab takut ada yang tertinggal sesat dalam tu.
Pengunjung lain kat situ pun heran agaknya tengok apa laa mak budak ni over sangat huhuhu. Adeh…harap jangan laa terserempak ngan diorang kat mana mana pasni, aii maluuuu *sorok muka*.
Interactive & Panoramic World Virtual Reality
Kat sini pun best, ngan Opah pun join sekaki main Virtual Reality (VR)Â ni juga. Uwan je tak nak, sebab dia risau kot asyik terkejut terkejut kot jantung tak tahan. Uwan cuma duduk tengok dan gelakkan kitorang punya gelagat ja.
Tapi memang kelakar oii, terbahak bahak gelak kan orang. Pastu bila sampai giliran sendiri, haaa dok terhangguk hangguk mengelak asteroid jugak hahaha.

Kelakar tengok perangai masing masing masa tengok VR ni.
Untuk video VR tu harganya RM15 seorang dan ada tiga pilihan video iaitu cerita dinosaur, rumah hantu atau roller coaster. Mama pilih yang mana? Well…sebagai seorang yang sangat ‘berani’ opkos laa aii pilih yang dinosaur ja hehe. Ayah pilih yang rumah hantu, pastu dia kata agak menakutkan dan tak sesuai untuk budak budak. Jadi kalau korang nak bagi anak anak cuba VR ni, better pilih yang dinosaur je lah.
Tempat Membeli Belah Pun Ada
Dalam jalan nak keluar dari Underwater World Langkawi ni korang akan lalui satu kawasan yang ‘bahaya’…bahaya untuk ‘shopaholic’ macam Mama ni lah. Ada kedai cenderamata dan kedai bebas cukai juga.

Lapar? Ada Marrybrown sebelum sampai kedai kedai tu.

Tempat shopping pun ada, yahooo! *joget*joget*
Masa lalu sini, Mama jalan laju laju dan pandang sipi sipi ja sambil berzikir kat diri sendiri “bajet takdak…bajet takdak” supaya tak terbabas shopping kat situ hahaha.
Puas Hati!
Dari plan 2 jam, terbabas jadi 4 jam habis kan masa kat situ…memang puas hati lah. Anak anak seronok, parents Mama pun seronok. Letih juga diorang mengekor anak cucu yang macam tak ingat nak balik ni hehehe. Tapi Alhamdulillah, kitorang satu famili semua enjoy kat sana.
Si kembar ni dah dok minta nak repeat pergi lagi dah. InsyaAllah…bagi Mama kumpul duit ‘tabung jalan jalan’ baru kita pergi cuti cuti Langkawi lagi yer anak anak… đ
Maklumat Lanjut:
Facebook: Underwater World Langkawi
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang
Tiket Masuk (dengan MyKad):Â Dewasa RM36 / Kanak-Kanak RM26
11,104 total views, 2 views today
Aduh… Enjoy giler baca!
Terasa keseronokkan kat sana. Menarik!
Nak bawak the5Mirza ke sana gak laa…
Kalau kami kat dalam tu, dari waktu buka 10am sampai tutup kami kat dalam tu gamaknya! Haha
Ada kemungkinan gak tu, anak anak enjoy tamau keluaq. Mak plak sibuk posing hahaha
Part tunnel dengan taufan memang panik ai, pastu sakit tekak jerit. Lepas kuar dari taufan tak sempat amik gambar sebab semua dah pening, hahahaa!
Hahaha sama! Keluaq melelong lelong tu pasai gambaq pun blur haha
puas hati gila. tak sangka dah banyak sangat perubahan dlm ni. pi masa hannah umur 2 tahun kot. hahahaha. punya lama
Kena pi lagi laa nanti tu jawabnya hehe
belum pernah ke sini lagi…
Kalau ke Langkawi, pergi laa…best!
tak sabar nak pergi bulan 7 ni
Haaa have fun kat sana nanti Mimin đ
wah
dah makin maju underwater world langkawi
macam2 dah ada
lama dah tak pergi sana
nampak best pula dah
hehe
Yup, dah macam macam. Plan laa pergi lagi nanti hehe
Best juga ye. Berapa agak2 budget nk prepare ye.
Best! Tiket masuk dewasa RM36, kanak kanak RM26. Yg pavillion taufan, lost world tunnel & Interactive VR tu beli tiket lain. Bajet dalam RM70-100 seorang dah ok dah.
Bestnya bila lah dapat g , plan2 asyik tak jadi huhu tq for share kak , nnt de rezeki boleh jejak sini
InsyaAllah, ada laa rezeki u pi family holiday kat sana nnt
pernah pergi sekali underwater world langkawi..anak memang seronok tengok hidupan laut di situ.
Bagus kan untuk anak anak, dapat belajar gak
uish.. penguin tu hidup ye ? macam mana boleh hidup kat malaysia yang panas ni … huhu… menarik nk tengok depan2
Haaa tu laa yang menariknya tu, UWL buat supaya suhu & keadaan yang sesuai untuk penguin tu hidup kat dalam tempat tu
Salam kak. Ticket better beli online or senang je walk in?
Wsalam. Setakat ni akak walk-in ja.