Salam dears… Bila melancong ke luar negara, tak kan tak nak cuba langsung makanan kat negara tu kan? Sebab tu lah masa bercuti ke Korea hari tu, Mama tak bawa sangat makanan packed food dari Malaysia. Memang dah pasang niat “aku nak cuba makanan Korea!” dan dah berkira-kira berapa nak bajet makan di Korea.
Sebelum pergi tu ada kawan Mama dah cakap, makanan kat Korea mahal gak tau. Jadi Mama dan travel partner Mama dah set bajet, nak bawak duit banyak ni banyak ni untuk makan saja. Lagi satu, dah pesan kat diri sendiri masa makan tu sila jangan convert ke duit Ringgit Malaysia! Haaa jangan convert tau, kang takut tercekik plak masa tengah makan tu hahaha

Street food pun kitorang cuba gak,
Bajet Makan di Korea
Masa ke Korea tu Mama dan Kak Long dah plan, untuk tengah hari kita cuba makan hidangan Korea yang sebenar. Kiranya makan kat restoran lah kan. Untuk sarapan pagi dan makan malam, baru kita makan bajet murah murah asal kenyang je.
Hari pertama tu kitorang sampai dah lewat giler, jadi memang tak makan apa lah, terus tidur jer. Lagi pun dah melantak Nasi Lemak dalam flight Air Asia dah pun. Jadi Mama start cerita makan makan ni di hari kedua lah yer. Dan inilah bendanya yang kitorang makan sepanjang kat Korea…
Hari Kedua
Pagi tu kitorang sarapan makan roti bun yang beli dari Family Mart kat KLIA2 je. Kitorang dah beli beberapa ketul bun siap siap tu konon nak buat bekal masa berjalan nanti. Ni lah perangai geng risau pitam kalau perut kosong hehe. Harga roti bun tu dan gambar tak dak, lupa dah haha.
Tengah hari tu kitorang makan kat sebuah restoran Indian Cuisine di Insadong. Mama order Nasi Beriyani Ayam dan Kak Long plak ambil Nasi Beriyani Kambing. Pastu minum teh panas sorang secawan. Harga semua tu 44,000 won. Lebih kurang RM160++! Haaa kan dah kata jangan convert ke RM, kang tak tertelan makanan tu kang hahaha

Portion besar, makan tak habis jadi tapau bawa balik.
Disebabkan dah tapau lebihan Nasi Beriyani yang tak habis siang tadi, maka untuk makan malam kitorang beli mee ramen dalam cawan kat kedai GS25 dan makan kat hostel je. Harga mee ramen tu kalau tak silap Mama dalam 1,400 won sebekas. Tak berapa ingat plak dah hehe

Nasi beriyani tengah hari tadi dan mee ramen pedas berdesing sorang satu.
Hari Ketiga
Pagi hari ketiga ni kelam kabut nak gerak awal ke Nami Island jadi kitorang tak sempat nak sarapan pun. Tapi Mama kunyah jugak laa coklat Snickers seketul untuk elak daripada pitam kelaparan hehe.
Tengah hari di Nami Island ada banyak gak restoran Halal. Kitorang pilih untuk makan kat Korean Restaurant Nammoon. Order dua hidangan – Pajeon (Korean pancake) ngan lauk baby octopus apa ntah namanya. Lupa plak hehe. Harga 40,000 won. Yang side dish ngan air teh dapat percuma.
Makanannya portion besar, memang tak habis lah makan berdua. Siap tapau bawa balik. Pasni kalau pergi ke Korea lagi dah tau dah, order satu jenis dan kongsi makan je pun dah cukup. Jimat sikit.

Side dish

Portion besar! Berdua ja memang makan tak habis ni.

Sedap!

Banyak! Macam untuk makan 3-4 orang.
Balik dari Nami Island kitorang ke Lotte World Mall dan makan burger udang kat situ. Tour leader kitorang kata itu je makanan halal kat situ, so berminat lah nak cuba. Harga 1 set burger udang, kentang goreng ngan air ialah 5,600 won.

Beli burger udang ni Lotteria

Harga set burger udang tu 5,600 won
Mula mula nak makan kat restoran tu, tapi semua meja penuh. So merayau cari tempat duduk dalam Mall untuk nak duduk makan jap. Tapi bila tengok tak dak sesapa pun makan dalam mall tu rasa risau plak, kot kot lah diorang marah ke makan bersepah dalam mall kan. Sudahnya kitorang duduk makan tepi jalan je kat luar mall tu. Cuaca masa tu memang sejuk gedi, tapi disebabkan lapar kitorang belasah je lah duduk makan kat situ janji perut kenyang hehehe.

Pengalaman makan tepi jalan dalam cuaca sejuk gedi hehe
Hari Keempat
Hari keempat kitorang ke Itaewon, ni kawasan tumpuan penduduk Islam kat Seoul. Jadi banyak restoran makanan Korea halal kat situ. Tour leader kitorang rekemen Makan Restaurant.

Iyer…nama restoran tu ialah ‘Makan Restaurant’ hehe.
Masa ni kitorang dah semakin bijak nak estimate makan di Korea ni, dah boleh agak dah portion mesti besar. Jadi kitorang order satu set je makanan dan kongsi berdua. Order Bulgogi Bibimbap satu (8,000 won) ngan air teh panas secawan (2,000 won).
So total harga bila bahagi dua cuma 5,000 won seorang. Jauh lebih murah daripada sebelum sebelum tu masa tamak haloba dan kurang cerdik order sorang satu kan hahaha.

Bulgogi Bibimbap

Ni side dish, tak tau apa nama tapi satu seaweed dan lagi satu tu ikan bilis. Yang bilis tu Mama suka sangat, rangup dan manis manis.

Side dish opkos kena ada kimchi juga kan.
Hari ketiga tu untuk makan malam plak kitorang singgah kedai GS25 dan beli dua bekas nasi segera, harga 1,700 won sebekas. Balik hostel panaskan nasi dalam microwave kejap je dah masak elok. Makan ngan lauk sotong yang tapau dari Nami Island semalam tu dan mee ramen bawa dari Malaysia. Jimat bajet. Kenyang gak…burppp! hehehe.

Nasi segera, lauk sotong petang semalam dan mee ramen semangkuk. Makanan bajet 😉
Street food di Myeongdong dan Namdaemun
Selain daripada makanan yang ‘heavy’, masa jalan jalan kat Seoul tu kitorang ada gak cuba beli makan kudap kudapan dan ‘street food’ terutama kat Myeongdong Street dan Namdaemun Night Market. Opkos lah kitorang cari yang Halal dan boleh dimakan je kan…

Beli Egg Bun ni di Myeongdong Street. Harga seketul 2,000 won.

Ada inti telur rebus sebiji. Rasa? Lemak manis. Sedap!

Kat Myeongdong gak, Baked Cheese and Rice Cake, apa nama dalam bahasa Korea Mama tatau. Ni harganya 2,000 won kot kalau tak silap.

Dah tak peduli orang kiri kanan, lapaq!
Ni plak masa kat Namdaemun Night Market. Hotteok namanya, luar rangup, dalam gebu. Rasa lemak manis. Kitorang beli satu inti sayur saja dan lagi satu inti sayur dan keju. Makan panas panas memang layannn!

Yang ni inti sayur dan keju, harga 2,000 won. Kalau yang inti sayur saja 1,500 won.

Cheese tarikkk!
Jagung rebus ni beli kat dalam stesen tren Hoehyeon di Namdaemun Market. Harga 2,000 won setongkol tu. Mama tak tau apa rasanya, Kak Long je makan ni sebab Mama tak berapa minat jagung.
Masa kat stesen Myeongdong, ternampak orang dok berbaris beli ni. Bila tengok ada tulis Halal, apa lagi pantas je pergi membeli juga hehehe.
Siap ada tulis dalam Bahasa Malaysia tu, nampak sangat ramai orang Malaysia pergi Korea kan hahaha.
Kecil comel je kuihnya dan ada inti macam custard. Lemak manis. Mama rasa macam bahulu pun ye gak. Sebekas tu ada 8 ke 10 ketul ntah, tapi kitorang beli yang size M, harga 5,000 won.

Alang alang dah sampai Korea, kena lah cuba susu yang popular ni juga kan. Harga sebotol tu 1,300 won. Kitorang kongsi beli 4 botol sebab ada 4 perisa – pisang, epal, coklat dan strawberi.
Kalau dikira kira, semua kat atas tu…jumlahnya 125,500 won. Semua makan minum kitorang bahagi dua, jadi sorang 62,750 won. Lebih kurang RM231++, kira ok gak lah kan. Kalau dari awal kitorang ‘bijak’ dan share je makan tengah hari, mesti lagi murah belanjanya.
Kena Cuba Makanan Korea!
Hmm bagi Mama, bila travel ke luar negara tu bukan sekadar untuk tengok tempat dan shopping saja. Tapi juga untuk merasai sendiri budaya dan cara hidup diorang. Dan bagi Mama, makanan ni adalah salah satu daripada yang kita mesti cuba paling kurang sekali pun jadilah. So, masukkan dalam bajet dan bawa duit siap siap untuk merasa makan di Korea tu.
Ye, memang berlambak restoran makanan Korea kat Malaysia. Tapi tak sama aii tell you, rasa macam lagi sedap makan kat sana haha. Sebenarnya banyak lagi makanan sedap sedap kat Korea tu yang Mama tak sempat nak cuba hari tu. Sebab tak cukup duit, bajet lari terrrshopping kat Myeongdong huhuhu. Itu nanti kemudian Mama cerita naa.
Ishhh rasa macam nak kena repeat pergi Korea lagi jer ni. Kak Joyah ohhh Kak Joyah, bila lagi tarikh pakej bajet murah murah pergi Korea? Kalau buat trip jalan jalan cari makan kat Korea tu pun best gak ni. Ehhh marilah kita menabung untuk jalan jalan ke Korea hahaha 😉
23,001 total views, 1 views today
Banyaknya makan. Tapi nasi beriani tu macam tak sanggup je nak beli. hahaha
Makan banyak sebab sejukkk…lapaq memanjang haha
makan memanjang..heehe..
Opkos hehehe
memang cepat lapar..tak kira berapa habis bujet makan kat sana.susu pisang tu rasanya beli lebih 25 botol.sedozen bawak balik,sedozen minum kat sana.
Uish banyaknya beli susu tu! Hari tu bawak balik gak tapi 6 botol ja
Puashati kan dapat cuba makanan kat sana, harga pun takdelah mahal sangat. Oklah RM200++ tu untuk 5 hari.
Yup, sebenarnya ok juga utk sorang makan. Tapi kalau satu family pengsan gak haha
perghhhhh
nampak sedap pula makanan-makanan korea nih
Memang sedap!
syoknya laaa. tapi mahai berdesing harga dia. ahahaha. nsb x pnh amek tau harga. klu x, mmg btul tcekik..
Dah telan dulu baru ambik tau harga takpa haha
hehe btul tu kalau pergi luar negara jgn convert.. nti pitam haha. eh kak.. btul ke kalau kt kroea ni kena pakai bahasa sana sbb tk ramai lagi yang boleh brckp english ? penah baca dari sapa nth ritu
Tak pasti plak, sebab masa akak pi hari tu masa nak shopping ada jaa yg boleh cakap english cuma tak fasih lah. Pastu kedai souvenir plak tour leader bawak ke kedai yang peniaga pandai cakap bahasa malaysia terus hehe
mesti cara nasi jugak kan walaupun kat oversea pun..hehe
Perut melayu gini lah hehehe
Perghhh makan makan makan hahaha.. seronok gak layan makan2 sesekali terjah tempat orang kena la blajar makan makanan diaorang..
Yup, kena laa rasa gak makanan depa
assalamualaikum. pergi korea berapa hari ye ?
Wsalam. Pergi 5 hari 4 malam, ikut tour agen. Leh tengok kat https://www.instagram.com/pakejmurahmurahkakjoyah/