Salam dears…Jumaat lepas kitorang pergi tengok wayang, cerita Jumanji. Best! Kelakar dan tak boring. Puas hati lah tengok. Tapi ni Mama bukan nak tulis review cerita tu ehhh. Nak berleter pasal benda lain ni hehe

Best cerita Jumanji ni, kelakar!
Kitorang tengok show pukul 9.30 malam, kira lewat laa juga bagi Mama yang bawa anak anak ni kan. Tapi ok laa sebab si kembar dah besar, dah darjah 4 kan. Tapi…ada juga mak pak yang bawa anak kecil pergi tengok wayang sama ngan kitorang malam tu. Rasanya budak budak tu umur dalam 3 ke 4 tahun lah kot.
Yang tak syioknya, budak budak tu buat bising dalam panggung! Bukan takat borak sikit sikit, tapi siap dok main menjerit jerit tau! Kalau takat borak sikit bisik bisik tu, ok lagi. Tak lah menggangu sangat kan. Tapi ni jerit jerit hoih! Tak kusyuk kita ni nak tengok wayang huhu. Si kembar ni pun bisik kat Mama “bisingnya budak budak tu…”
Ramai gak yang dalam panggung tu marah tau. Ntah berapa orang dok sound “shhh! shhh!”. Yang direct cakap “jangan lah bising!” dan “bawak laa keluar!” pun ada. Tapi mak pak budak budak tu macam biar je anak anaknya bising. Mama duduk satu row ja belakang diorang, rasa tak selesa.
Mama tak marah ke budak budak tu. Biasa laa budak kan, Mama pun ada anak anak gak. Jadi faham lah budak budak memang payah nak duduk diam. Tapi yang Mama tak fahamnya, perangai mak bapak budak tu. Anak anak dok bising menjerit jerit, kenapa dibiarkan je?
Adehhh…kenapa laa tak cuba kawal anak anak tu suruh jangan bising? Dan…kalau anak anak tu tak dapat dikawal, tetap bising menjerit jerit tu…sila lah angkat anak tu bawa keluar! Senang cerita. Bagi anak tu bertenang dulu baru masuk balik. Ataupun bawa balik je lah.
Masa si kembar ni kecil dulu, beberapa kali juga bila diorang bising dalam panggung Mama angkat bawa balik je. Korang tak leh duduk diam? Balik! Sebab Mama sendiri rasa tak selesa kalau dah sampai ganggu orang lain huhu.

Throwback…kali pertama si kembar pergi tengok wayang dulu. Bertahan sejam je, pastu balik!
Bukan tak boleh bawa anak anak ke panggung tengok wayang. Boleh ja. Tapi kalau anak kecil tu, pilih laa masa yang sesuai. Mungkin show lewat tu anak anak dah ngantuk tu pasal bising. Dan kalau tak dapat nak kawal anak anak tu, sebaiknya bawa keluar je dari panggung tu.
Tolonglah…jangan pentingkan diri sendiri jer, fikir rugi duit. Ingatlah orang lain pun bayar gak nak tengok wayang dengan aman kat panggung tu. Jadi hormat lah sikit kat penonton lain okey?
5,886 total views, 1 views today





salam mama..
pernah jugak alami suasana camtu masa zaman rajin tengok wayang dulu2.. ada sekali tu, budak2 kat belakang siap tendang2 kusi kite..mula2 tu buat derk jugak la sebab kita faham budak2 kan..mana la blh duduk diam..tp sepanjang2 tengok wayang tu mmg keje menendang kusi jer.. banyak kali toleh belakang kasik mak pak dia paham..tp xde jugak dengar mak pak dia tegur or marah2 anak.. last2 cakap kat budak tu, “..adikkk..adik duduk elok2 yer…acik x selesa orang tendang2 kusi ni.. sakit kepala acik goyang2 camni kusi. tak boleh tgk wayang camni.. ” tau ape ending dia..?
sama jer dari mula sampai abis mmg kusi kite tu bergegar2.. ya Allah mmg menguji kesabaran betul la mak pak camtu… bengang jer rasa..
Boleh bayangkan stress bila jd camtu
Sebab tu tak berani lagi bawak Rayyan tgk wayang , takut gangguan kat orang lain ..
Tunggu besaq sikit kan.
Salam Mama Kembar Tiga, GV baru di sini. Wah, ada kembar tiga ya kak. Hihi. GV pun sama tak suka ada orang buat bising dalam pawagam. Sepatutnya parents tu tak leh bawa budak kecik masuk pawagam sebab dorg mmg jarang nak duduk diam. Orang kata tgh aktif kan. huhu.
Yup, parent patutnya tahu dan kenal perangai anak sendiri, boleh bawa atau tidak.
saya pun tak pernah lagi bawak anak tengok wayang..tahu dah anak tak kan nak nye duduk lama-lama setempat.
Bila dia dah besar skit lagi boleh laa bawa