Salam dears… “Korang ni…bagi laa Mama duduk kejap! Mama penat laa!”. Itu kata-kata yang ada kalanya terbit dari mulut Mama bila balik rumah je, belum sempat buka tudung pun si kembar ni dah start minta itu ini.
Nak makan lah, nak minum lah, nak suruh dengar cerita itu ini…ehh macam macam lah! Ada saja benda yang diorang nak. Belum masuk lagi bab bergaduh berebut barang. Haishhh memang bikin hangin je, ye laa kita ni penat kan baru balik balik kerja.
Tapi…kadang kadang Mama ni terlupa, bukan Mama ja yang penat seharian bekerja. Anak anak pun penat juga. Bangun pagi dan keluar awal sama ja macam Mama Ayah pergi kerja.
Rutin Mereka Dan Kita Sama Penatnya!
Si kembar ni pagi pergi sekolah agama sampai jam 11.30 pagi, pastu balik taska kejap kelam kabut makan, mandi dan bersiap pergi sekolah kebangsaan plak. Habis sekolah kul 6.30 petang, tapi hampir pukul 7 malam baru sampai ke taska. Bila dikira, jumlah jam nya lebih kurang sama je dengan Mama Ayah pergi kerja.

Ngantuk. Sian…
Tu belum kira bab usung beg berat, panjat naik turun tangga sekolah ntah berapa kali sehari, duduk dalam kelas kena tumpukan perhatian dan perah otak belajar. Dan…mungkin ada masanya kena marah ngan cikgu kat sekolah. Pastu balik rumah buat homework plak, dan kena marah lagi sebab tak tahu buat homework tu huhuhu
Kalau kita ni stress sebab penat bekerja dan kena marah ngan bos kat ofis, tak mustahil anak anak pun letih dan stress dengan apa yang diorang lalui seharian kan?
Dah laa kat sekolah mungkin kena marah ngan cikgu, balik rumah kena marah lagi dengan mak ayah. Adehh siannya huhu *nanges*
Makan Apa Lah Agaknya Kat Sekolah Tu?
Lagi satu, waktu rehat kat sekolah sekejap je. Entah sempat makan ke tidak masa waktu rehat tu. Si kembar ni pernah cerita, perut lapar tapi tak sempat nak beli makanan. Sebab budak budak ramai kan berebut rebut kadang kadang tu.
Kalau waktu rehat tu terleka main main dulu ka pi tandas lama, tak sempat lah nak beli makanan. Biasa laa budak kan, ingat nak main jer kadang tu. Sebab tu lah Mama biasanya akan siapkan bekal untuk si kembar bawa ke sekolah. Alah bekal simple simple atau pun beli je roti dan air MILO sekotak bagi diorang bawa.
Dan paling penting, Mama pastikan diorang makan sarapan siap siap kat rumah. Sarapan pun yang ringkas dan mudah nak siapkan – samada roti bakar dengan secawan MILO suam atau cereal MILO dengan susu segar. Tapi selalunya si kembar akan minta cereal MILO sebab itu favourite diorang.

Masa cuti sekolah ni pun bangun pagi dengan tak mandi terus mintak nak sarapan dengan MILO dulu hehe

Biskut cicah MILO, sedap ooo
Mama Kembali ke Sekolah Bersama MILO
Ohh yaa…Mama teringat nak membebel tentang semua ni sebab tengok video ‘Moms Back To School’ atau ‘Mama Kembali ke Sekolah’ di saluran YouTube MILO Malaysia masa blogwalking kat blog UmmiNani….
Serius, Mama terkesan dengan kedua dua video tu. Satu peringatan yang bagus untuk kita sebagai ibubapa kan? Kalau kita rasa kita penat seharian bekerja, sila ingat…anak anak pun penat juga dengan segala aktiviti yang mereka lalui setiap hari!
Lepas ni kalau tahap kesabaran dihujung tanduk lepas balik kerja, Mama akan ingatkan diri Mama bahawa sebenarnya hari mereka lebih mencabar daripada apa yang kita sangka!
Hmm berjayakah aku sebagai seorang ibu memahami anak anak ku? Berjayakah aku sebagai seorang ibu, memberikan yang terbaik untuk anak anak ku? Entah lah, tapi InsyaAllah Mama akan cuba sehabis baik!
1,867 total views, 3 views today
Qoid, anak Lynda memang sarapan dengan MILO kak.. utk tenaga sepanjang hari di sekolah.
Geng laa kita hehe
Ye Mama..macam manapun tanggungjawab pd anak² tetap kena buat walau dlm apa jua keadaan sekalipun…huhuhu
Betul, cuma kdg kdg kita terlupa…tak sengaja huhu