Salam dears… Ewahh tajuk…pilihan hati gitu. Tapi memang betul pun, kalau cakap pasal kasut sekolah, memang kasut Pallas lah pilihan Mama. Sebab kasut sekolah Pallas ni berkualiti dan tahan lasak, bak kata si kembar “kasut Pallas Jazz ni legend wooo!”.
Haa ni dah dekat hujung hujung tahun ni mesti ramai mak bapak yang dok buat persediaan untuk persekolahan anak anak kan? Mama pun sama lah, dah mula siap kan sedikit demi sedikit. Tapi bila bab kasut, Mama tak fikir panjang dah…terus pilih Pallas je!
Sebabnya tahun ni kan si kembar pakai kasut Pallas, memang tahan lasak lah. Dah hampir setahun pakai, masih elok lagi tau. Tak koyak pun. So, untuk tahun depan pun memang kasut sekolah Pallas juga ler yang jadi pilihan hati Mama!

Tak koyak pun, walau dah hampir setahun pakai. Tahan lasak betul kasut Pallas ni tau, berbaloi!
Beli Online Je Kasut Sekolah Pallas…
Walaupun kasut si kembar masih elok, tapi Mama nak tambah kasut lagi untuk diorang. Sebab kaki diorang dah makin besar, kasut tu tak lama lagi ketat lah tu. Lagipun, elok ada lebih kan…boleh tukar tukar tak payah kalut nak basuh tiap kali kasut kotor.
Macam sebelum ni juga, Mama order online je dari website Pallas. Senang, tak payah pening fikir nak pusing melilau cari parking. Tak payah jalan dua tiga kedai semata mata nak cari stok kasut yang ada saiz untuk design yang sama. Cuma duduk depan laptop, klik klik klik…siap! Pastu tunggu je kasut sampai, senang hidup aii tell u! hehehe
Ehh kalau korang tak biasa beli kasut online, risau pasal saiz ke apa ke, boleh baca entry Mama sebelum ni. Mama ada cerita macam mana nak ukur saiz kaki semua bila beli kasut sekolah secara online.
Panduan cara nak ukur saiz kasut yang sesuai.
Mama ikut je ‘size guide’ yang ada kat website Pallas tu. Pastu masa nak pilih saiz kasut, tambahkan 1 cm kepada ukuran panjang tapak kaki tu. Alhamdulillah kasut yang dipilih muat elok je untuk si kembar ni. Tapi ingat yer, bila nak pilih saiz tu kena tengok betul betul tau, sebab kadang tu lain design lain ukurannya walaupun saiz yang sama. So, pastikan pilih saiz yang betul sebelum check out tau.
Ehh ok lah, meh nak tunjuk kasut Pallas pilihan kali ni…
Pallas Jazz Three Velcro Straps 205-0166
Mama rasa design ni nampak smart sangat. Berkenan sungguh lah dengan garis warna biru ngan merah tu, boleh gitu? hehehe. Dan juga sebab ada ‘zap-on’ atau ‘velcro strap’ ni, jadi senang nak pakai. Lagi satu sebab Mama berkenan model ni ialah pelapik dalam kasut atau insole diperbuat daripada getah macam kusyen. Jadi InsyaAllah selesa dipakai walaupun berjam jam lamanya kat sekolah nanti.

Lapik dalam atau insole ni macam kusyen getah, jadi selesa nak pakai lama.

Ntah kenapa laa Mama berkenan sangat dengan garis biru merah tu, nampak smart!

Suka tapak getah camni, penting untuk cengkaman yang kuat jadi tak lah risau sangat anak anak mudah tergolek kalau lantai licin.

Lawa!

Berkenan sungguh laa dengan design Pallas Jazz Three Velcro Straps 205-0166 ni.
Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7028
Ikutkan Mama ni suka kasut yang jenis ‘zap-on’ tu. Tapi si kembar terbekenan dengan yang jenis tali ni juga. Diorang kata “barulah nampak macam kasut budak besar ni Mama!”. Amboiii budak besar laa sangat ye, pergi tandas pun dok terjerit jerit panggil Mama lagi hahaha.
Tapi, dah diorang berkenan…hmm ok lah apa salahnya kan. Tahun depan si kembar dah masuk darjah 4 dah. Boleh laa nak latih ikat tali kasut. Baru lah fefeeling ‘budak besar’ gitu kannn ;-). Lagipun memang lawa pun design ni. Mama rasa dalam banyak banyak kasut Pallas, jenis tali dan ‘lo-cut’ macam ni lah ‘signature design’ Pallas. Memang legend sangat lah Pallas Jazz camni kan, kan?

Kasut sekolah Pallas Jazz – kasut legend ni wooo!

Tapak getah gak, grip bagus ni.

Ada arch support kat pelapik dalam kasut tu, alaa kat lekuk kaki tu tinggi sikit.
Nampak tak tu, kat insole atau pelapik dalam kasut tu ada arch support. Bagus tau pelapik kasut yang jenis macam ni, sebab arch support tu boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Jadi akan rasa lebih selesa dan tak sakit tumit bila dipakai.

Bila tengok gambar ni, ingatkan anak remaja yang pakai kan? Haishh dah besar dah anak anak Mama…
Puas Hati Dengan Kasut Sekolah Pallas, Berbaloi!
Dulu dulu Mama pernah gak beli kasut sekolah jenama lain untuk si kembar ni. Masa tu beli yang murah murah tak branded. Tapi…baru beberapa bulan pakai, dah koyak! Pastu kena beli baru lagi. Rugi jer rasa.
Lepas tu lah Mama fikir, lebih baik beli yang harga lebih sikit tapi boleh tahan lama. Beli sekali, tahan setahun…lagi jimat! Dan lepas dah ‘jatuh cinta’ dengan Pallas, memang Pallas lah yang jadi pilihan hati aii ni! Gitteww hehehe

Tiga dak encem yang tak sabar nak melaram kasut baru. Pergi taman pun nak pakai kasut ni dah, adehhh…

Boleh jadi model kasut Pallas tak ni? hehehe 😉
So…kalau korang dok mencari kasut sekolah gak, Mama cadangkan tak payah pening pening, pilih je kasut Pallas. Setakat yang si kembar ni dok pakai, memang tahan lasak, Mama rasa berbaloi lah beli. Harga berpatutan dengan kualiti!
Nak senang, usha je online kat website Pallas yer… InsyaAllah mesti ada yang berkenan dihati nanti tu hehehe 😉
6,605 total views, 2 views today
Comel giler model.. X koyak pn setahun? Fuhh
Yup, bila basuh tu rendam kejap je & jangan gosok kuat sangat. InsyaAllah tahan lama.
Nanti nak tgklah website Pallas. Tq share kak Nani
Sama sama 🙂
Memang legend kasut Pallaz ni sebab dulu masa sekolah qaseh pakai yang tu jugak
qaseh recently posted…Botaneco Garden Baby | Produk Penjagaan Organik Bagus Untuk Bayi
Qaseh sekolah dulu pun pakai eh? Betul betul legend! hehe
legend sangat kasut ni..design ni nampak menarik..line merah tu..wah bergaya si kembar..
Bergaya perasan hensem terus hahaha
Menarik! Nak shopping kasut lagend gak la
Sila sila 🙂
Wah menarik ni.. beli secara online..sebelum ni mmg tak oernah beli kasut sekolah anak2 secara online sebab takut lari saiz hahaha.. boleh try gak.la beli kat pallas..
Ikut cara ukur kaki dlm website Pallas tu je, insyaAllah ok
mama, i pilih pallas juga, tahan lama
Betul betul, berbaloi!