Salam dears… Kecut perut, ketaq lutut! Adehhh Mama nervous la plak. Harap harap jangan laa ada adengan lari kejar mengejar keliling klinik nanti 😅 Ehh kenapa Mama kecut perut plak? Ni haa…InsyaAllah kalau tak dak aral, esok si kembar ni nak bersunat! Huwaaa Mama takut! Paling risau bab penjagaan selepas berkhatan tu lah. Tiga orang ni wehh…kalau ada yang merengek meragam sebab sakit acaner? Nak nak si Faris tu, cengeng sikit budak tu..dah boleh bayang dah dia punya ‘drama air mata’ nanti hahaha

Nak bersunat dah dak encem tiga orang ni 🙂
Penjagaan Selepas Berkhatan
Risau bab masa nak sunat tu satu hal, minta minta semuanya ok lah semasa berkhatan nanti. Pastu, bab penjagaan selepas berkhatan tu pun Mama dengar dari kawan kawan yang dah melaluinya…agak mencabar gak katanya. Fuhh risau!
Memang macam macam lah yang Mama fikir. Berapa lama ambil masa untuk baik? Nak kena berpantang makan apa apa ke? Nak pakai apa? Sapu ubat apa? Ehh macam macam lah risau. So Mama pun mengGoogle lah cari tips penjagaan selepas berkhatan. Ini antara infor yang Mama jumpa, dari Facebook Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar, Mama copy paste share kat sini yer…
1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu di buka setelah 48 jam. Paling lama pun 3 hari. Untuk 48 jam pertama, hujung lubang penis tu perlu di cuci bersih setiap kali lepas kencing.
2- Setelah balutan gauze dibuka, luka sunat perlu di cuci (wound dressing). Boleh cuci dgn normal saline yg boleh di beli diklinik/farmasi. Cuci lah 3-4 kali sehari, cuci perlahan lahan, dan tekap perlahan lahan dgn clean gauze untuk keringkan ia. Saya sendiri guna hair dryer kpd anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lps dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa, dan acukan angin tu ke kawasan penis. Dgn cara ini, kawasan tu akan lebih kering (kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jgn di gosok kuat / sental utk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu di dressing + kena air masa mandi, ia akan luruh sendiri.
3- Masalah yg kerap terjadi iaitu dtg ke klinik lps sunat “kulit keruping byk melekat” boleh di elakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Mmg ramai juga yg dtg dgn keruping byk gila bertempek kerana tak buat dressing langsung. Antara cara mudah nak luruhkan keruping yg byk ni, ialah rendamkan penis tu ke dlm bekas kecil (mcm bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dlm 3-5 min, ulang la 3-4 kali sehari.
4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yg masyarakat kita gelar bentan, actually normal process. Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal ( infection) ialah kalau bengkak besar sgt + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak mcm nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dgn demam, maybe kelenjar di groin boleh bengkak sekali.
5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi byk air ( mcm org lepas bersalin). Saya jumpa byk kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process utk sembuh, dan air yg diminum tak pergi kat penis tu( menyebabkan bentan, kononnya). Tentang berpantang makan, jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah buahan tu semua. Nutrisi yg mencukupi penting utk proses sembuh yg cepat. Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak mkn kicap, bagi lah. Kalau kulit mmg gelap, maka gelap la ia disitu, takde kena mengena dgn kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.
6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat. Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dgn kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu, dan buang dasarnya utk ventilation. Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dgn kain mmg normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat utk anak tu jadi disensitized kepala penis nya. Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah / abang tu perlu, sebab kalau mak, dia mmg terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga byk gerakan setelah 3 hari bersunat. Jgn asyik baring je layan tablet. Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan2 sikit. Jgn pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni mmg saja cari penyakit.
7- Ubat tahan sakit selalunya mmg diberi lps sunat. Makan la bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik, maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.
8- Jumpa doktor jika tak pasti dgn perkembangan lepas sunat. Antara simptom yg perlu di beri perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah byk keluar dari tempat jahitan / bengkak yg di suspect infection( rujuk no.4).
9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp. Sunat berjahit ambik masa yg lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yg jadi derita kali kedua. Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide. Kelmarin saya dpt satu kes si bapa bwk anaknya yg dah 5 hari sunat utk diperiksa. Saya saja tanya ” anak sunat guna clamp ke cara biasa?”. Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman😂
😂

Kain pelikat dah siap! First time ni nak pakai kain pelikat la laa la laaa hehehe
Moga Semuanya Berjalan Lancar…
Fuhhh…macam mencabar gak nak menjaganya kan? Mama rasa paling penting kena pastikan luka tu bersih dan kering, supaya tak jadi infeksi ka masalah lain plak kan.
Hmm kawan kawan Mama kata kali pertama nak buang air kecil tu yang paling ‘ngeri’ sekali, mungkin ada rasa ngilu pedih. Untuk 3 hari yang pertama, jangan bagi luka bersunat tu kena air. Jadi bila kencing, cuci hujung penis kat lubang kencing tu ja dengan dap dap skit air pelan pelan.
Korang ada apa apa tips lagi tak, tentang penjagaan selepas berkhatan? Kalau ada kongsikan lah kat komen yer, sharing is caring kan… 😉
Doakan moga proses berkhatan si kembar ni dipermudahkan dan berjalan lancar yer. Moga diorang tak banyak songeh dan cepat baik lukanya. Thanks uolss!
5,553 total views, 1 views today
Amin…insyaAllah..moga Allah permudahkan semuanya urusan mama dan anak-anak…moga cepat sembuh…kalau makan dijaga…berpantang…2 mggu dah ok…kawan PC pun ank dia sunat juga…ikut nasihat Dr…2 mggu ok..
Harapnya cepat baik camtu lah
semoga semuanya berjalan dengan lancar, kembar kuat! faris kuat InsyaAllah.
InsyaAllah…
seram dan ngeri pula baca ni … huhu
Tu lah kan huhu
Selamat menempuhi alam dewasa kepada anak-anak kembar 3 mama..
Terima kasih uncle Anuar 🙂
Ish ish biar betul kena berendam untuk kurangkan rasa pedih lepas kencing tu…. takut pulak mendengarnya… secara logik kalau berendam tu tu kan risiko infeksi lebih tinggi, lepas tu tempat jahitan akan mudah terbuka lagi haru…
Anak saya dulu bersunat secara konvensional, bukan menggunakan clamp, alhamdullilah lepas 5 hari dah ok boleh pakai seluar. Yang penting jaga kebersihan tempat sunat tu, sentiasa bersih dan kering selepas setiap kali kencing…
Ya ka? Tak pasti plak tp kawan Mama buat camtu kat anak dia. Kena pastikan sentiasa bersih dah kering lah ye.
semoga berjalan lancar berkhatan kembar tu..
Aaminn
berapa kos sunat sorang anak ehh? hehe
Si kembar ni bersunat cara biasa, kos RM140 seorang.
Anak saya pun mintak nak bersunat ni tapi sebab tengah batuk tak jadi la nampaknya..tunggu tahun depan la..
InsyaAllah..diaorang berani..tak kan nangia nya…heheh
A aah elok biar sihat betul baru bersunat
Semoga semuanya dipermudahkan. Mama sekali tiga, bukan mudah tu. Dura pun neves fikirkan anak lelaki yg sorang ni nanti😄
Alhamdulillah walaupun 3 orang tapi tak banyak ragam, lega…
Semoga dipermudahkan proses penyembuhan. Lynda pun ada 2 anak lelaki ni. memang Ibu nebes lebih kan kak
Opkos, mak mak mmg nebes saja haha
SELAMAT DAH SUNAT..TAPI NAK KENA JAGA TU..BANYAK JUGA YE..ADUH..HARAP KEMBAR BAIK-BAIK SAHAJA
Yup nak jaga ni seriau ni
masa ni la nak kasi budak mahir pakai kain pelikat.
kalau masa ni depa tak belajar, majoriti memang tak reti pakai kain pelikat.
Betul tu, si kembar ni first time pakai kain pelikat
nak bersunat da kembar 3 ni…da besar da korang yek… Moga dipermudahkan dan cepat sembuh ye nanti… Saya pun nanti berdebar gak agaknya ye..Dah ler anak bujang sorang jer..Hahaha
TQ Mamafarah, biasalah mak mak yg debar lebih hehe