Salam dears… Lima tahun yang lalu, Mama pernah alami sakit belakang yang agak teruk. Berdiri sakit, duduk sakit, baring sakit…senang cakap, buat apa pun sakit lah! Sampai asyik MC je, sebab nak berjalan pun seksa kan, macam mana nak pergi kerja?
Ingat lagi, masa tu siap kena jumpa pakar ortopedik dan x-ray bagai. Risau slipped disc, nasib baik lah bukan. Tapi doktor kata sakit belakang Mama tu disebabkan oleh masalah otot apa ntah, dan kemungkinan besar sebab Mama kekurangan kalsium. Iya…itu aja – kurang kalsium! Hmm ingatkan kalsium untuk tulang je kan? Sebenarnya tidak, untuk otot pun penting wooo.

Mama sakit kat bahagian tu lah lebih kurang (sumber gambar).
Okeh, berbalik kepada cerita tadi. Doktor suruh Mama ambil supplements. Tapi…supplements yang doktor cadangkan tu mahal sangat, makan beratus ringgit lah sebulan. Serius Mama tak mampu. Jadi, Mama mula mencari alternatif lain.
Nasib baik lah kebetulan masa tu ofismate Mama ahli Shaklee. Bila Mama cerita kat dia, dia cadangkan Mama ambil Shaklee OsteMatrix. Mama pun mengGoogle cari maklumat. Yup, ramai gak yang cadangkan OsteMatrix ni. Harga pun mampu milik. So, Mama pun amalkan lah.
Setelah beberapa minggu, memang hilang sakit belakang tu. Lega! Cumanya…biasalah, bila sakit dah hilang dan badan dah rasa kuat…aii pun berhenti lah ambil OsteMatrix tu. Tapi, sampai bila pun Mama akan ingat keberkesanannya…dan sekarang Mama rasa menyesal sangat berhenti! Nak tau kenapa? Haaa meh nak cerita…
Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Shaklee, Home Office
Baru baru ni Mama dijemput ke pemeriksaan kesihatan percuma di Home Office Shaklee. Bila dengar je ‘Shaklee’, berdesup Mama kata “yesss, saya nak!” hehehe. Tapi sebelum pergi health check tu, berdebar debar gak Mama rasa. Risau kang kena cucuk ke apa ke, siap tanya “nak kena puasa ke?”. Ye lah, kan sesetengah pemeriksaan kena puasa kan? Nasib baik lah yang ni tak payah.

Teruja Mama masa sampai kat Shaklee ni tau. Teruja tapi berdebar debar hehehe
Bila sampai di pejabat Shaklee di Sunway Geo Tower Bandar Sunway tu, lepas dengar penerangan dan tengok alat yang akan digunakan, barulah aii hilang risau sebab tak payah cucuk ambik darah bagai, legaaa! *lap peluh* hehehe. Malah, pemeriksaan tu mudah dan kejap je. Rasanya tak sampai setengah jam pun, dah siap dapat keputusan semua, termasuklah…
1) InBody Analysis
Mula mula sekali, kena ukur tinggi dan berat. Pastu disuruh berdiri atas alat InBody machine. Senang je, kena tanggalkan kasut dan berdiri atas tu sambil depakan tangan pegang handle yang ada.

Ukur tinggi dulu yer

Ni lah alat untuk buat InBody Analysis
Ohh yaa…kena tanggalkan lah apa apa alat besi ka emas yang dipakai agar tak ganggu aliran elektron dari alat tu. Dalam masa beberapa minit saja, dah dapat keputusannya termasuklah:
• Body Composition – analisa berat badan (weight), berat otot (muscle mass), jumlah air dalam badan (total body water) dan protein. Untuk ini, semuanya Mama lulus cemerlang. Kecuali….iyaa seperti yang dijangka – berat berlebihan yang amat! Huwaaa *nanges*.
• Obesity Diagnosis – analisa indeks jisim badan (body mass index), peratusan lemak dalam badan (percent body fat), nisbah pingang-pinggul (waist-hip ratio) dan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate). Untuk obesity diagnosis ni plak…semuanya Mama gagal dengan ‘cemerlang’. Iya, saya obese dan perut saya buncit! *nanges lagi uhuk uhuk*
• Muscle-Fat Control – daripada segi muscle control, Mama ok. Otot dalam badan Mama dah cukup. Tapi daripada segi fat control, gagal! Mama kena kurangkan lemak dalam badan. Maksudnya walaupun aii gemuk, tapi body aii tak lembik hokey hahaha. Tapi tu lah, secara amnya…fitness score Mama tak cantik sebab lemak banyak! Tu lah sapa suruh suka sangat makan ayam goreng selalu kan kan…adeh….

Berdiri camtu je dah boleh dapat keputusan tu semua, senang sangat.
2) Ultrasound Bone Mineral Density Diagnosis System
Haaa tu dia nama punya laa panjang kan? Secara ringkasnya, ujian ni adalah untuk analisa tahap kepadatan tulang (bone density), untuk nak tahu samada tulang rapuh atau tidak. Kalau keadaan tulang rapuh, itu tak bagus!

Ni lah alat untuk bone density analysis tu, letak gel untuk memastikan bacaan yang dibuat tiada “error”.

Letak je tapak kaki kat situ
Dalam masa beberapa minit dah dapat keputusan. Dan…keputusan Mama buat Mama rasa menyesal sangat sangat berhenti amalkan OsteMatrix dulu tau. Sebab…

Mama ada osteoporosis! Tulang Mama rapuh *nanges*
Selama ni Mama ingatkan orang tua umur 50++ je yang berisiko kena osteoporosis ni. Dok ingat diri ni masih muda, tak payah risau lagi laa pasal ni. Rupa rupanya…huwaaa! Tu lah, dah tahu diri sendiri jarang minum susu, kurang sumber kalsium…tapi tak ambil supplements. Padan muka sendiri!
Tapi takpa, Alice, pakar nutrisi tu kata Mama masih belum terlambat untuk menjaga kesihatan tulang. Fuhh lega gak dengar ni tau.
3) Multi Skin Analysis
Ini adalah untuk analisa kulit muka kita. Ujian dibuat pada bahagian dahi, pipi dan ekor mata. Basically, bahagian ni yang biasanya bermasalah kan?

Analisa kulit muka dibuat kat bahagian dahi, pipi dan ekor mata.

Hasil analisa kulit Mama
Hasil analisa keadaan kulit Mama tak lah teruk sangat, tapi boleh diperbaiki. Terutama daripada segi pori tersumbat, phlogosis (inflamasi kulit sebab masa tu Mama ada jerawat halus) dan skin complexion. Kata Alice, kulit Mama ni agak pucat mungkin sebab peredaran darah yang tak berapa elok.
Jadi Alice cadangkan Mama ambil supplements yang ada minyak ikan, flaxseed oil, omega 6 dan omega 3. Dan juga mesti pakai sunblock setiap kali keluar rumah! Berkali kali Alice pesan ni kat Mama tau, pakai krim yang ada SPF pun dah ok dah katanya.
Disamping tu, Mama juga dicadangkan untuk ambil beberapa produk Shaklee. Nak tau apa? Nanti Mama cerita dalam entry lain yer. Kang panjang sangat plak nak cerita semua dalam ni hehehe. So, tunggu… 😉
Pergilah Check…Percuma Je!
Haaa korang pun boleh pergi buat health check ni tau, percuma je. Bukan ahli Shaklee pun boleh. Telefon je untuk buat temujanji. Kalau kat hospital, ntah berapa laa nak kena bayar. Kat Shaklee, percuma je! Tu pun tak nak ke? hehe. Ehh jangan risau, tak kena beli apa apa pun lah!

Ada jadual untuk free health check ni, jadi telefon dulu yer

Ada ruang untuk duduk kat sini, jadi kalau pergi dengan kawan ke keluarga ke boleh lepak sini sementara tunggu korang buat health check tu

Boleh ‘cuci mata’ tengok apa produk yang ada
Kalau boleh, pergi je buat pemeriksaan tu untuk ketahui tahap kesihatan diri. Kalau keputusan semua cantik berseri, Alhamdulillah. Tapi kalau keputusannya tak berapa cun (macam Mama), pakar nutrisi boleh cadangkan apa yang sesuai. Tiada paksaan untuk beli. Terpulang pada kita lah…
Tapi sekurang kurangnya kita tau apa yang perlu dibuat. Boleh tahu apa supplements yang diperlukan oleh badan kita. Daripada sesuka hati main ambik je supplements itu ini, vitamin itu ini…tapi sebenarnya benda lain yang diperlukan oleh badan, betul tak? Betul, betul, betul! 😉
Maklumat Lanjut:
Shaklee Malaysia
Website: Shaklee Malaysia
Facebook: ShakleeProductsMalaysia
Instagram: ShakleeProductsMalaysia
Alamat:
Shaklee Home Office
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 1 800 88 6577 / 603-5622 3188
Email: customerinquiry@shaklee.com
3,183 total views, 1 views today
kebanyakkan supplement yg doc cadangkan kebanyakkan mahal
Nasib baik ada supplements Shaklee ni, mampu beli dan boleh amalkan
Produk Shaklee memang bagus.. Masa pantang anak ke4 ni saya memanga amalkan set lantang Shaklee.. Alhamdulillah badan memang rasa bertenaga…
Alhamdulillah serasi kan 🙂
wah..bestnya pemeriksaan kesihatan percuma..memang tgh cri pon..
Haa boleh laa pi buat kat Shaklee nanti
Kann.. kadang mampu senyum je depan doc bila dia sebut harga supplement..
Tu lah, senyum tahu tak mampu haha
Cantikkkknya tempat… Dulu pernah jd ejen shaklee. Tp stop. Hahaha… Tak reti la. Jd pengguna reti. Baru tahu boleh buat pemeriksaan macam ni. Best!
Yup best, pi laa buat hehe
huhu, teringin nak cek kesihatan, kalau buat ni, agak2 menimbun supplement kne makan..huhu
Demi nak jaga kesihatan kan
Bestnya… kalaulah kt sini ada juga
Mana tau kot kot nanti Shaklee buat kat JB gak kan Lisa
Tak sangka boleh pi check percuma kat sana. Nanti nak pi laa….
TQ Nani
Pi laa Nina, bagus untuk tahu tahap kesihatan diri sendiri
Wahhh bagusnya dapat pemeriksaan kesihatan camni, boleh tahu apa masalah body kita.
Yup, dan boleh tahu apa yang kena buat untuk perbaikinya
yeayyyy kita pun makan shaklee gak sejak2 bersalin doktor kata kurang kalsium sampai gigi dan gusi asyik berdarah,sakit pinggang krem malam2 huhuuu
Haaa lepas makan Shaklee ni dah tak krem kaki dah, Alhamdulillah
Kalau dekat memang selalu jer saya pergi sana kak buat health check up
Kalau ada pergi area tu, try laa singgah buat
Sebenarnya ramai yang diluar sana takut nak buat pemeriksaan kesihatan kerana tidak berani menerima keputusan pemeriksaan tersebut. Tanniah berani dan ambil tindakan untuk perbaiki kesihatan.
Yup, biar tahu apa yg perlu diperbaiki. Sebab mencegah lebih baik daripada mengubati
pemeriksaaan kesihatan memang wajib kena buat sekali setahun kan. supaya kita alert dengan sebarang perubahan pada diri kita
Yup betul, lagi cepat alert insyaAllah ada masa perbaiki
wah ada pemeriksaan secara percuma ye..bagusnyaa
Ada,kalau ada masa pi laa Nad
Thanks for sharing the Article