Salam dears… Pejam celik pejam celik, si kembar dah nak masuk darjah 4 dah tahun depan. Rasa macam baru semalam je dok teruja buat persediaan untuk masuk darjah satu hehe. Sekarang ni…buat persediaan untuk masuk darjah 4 plak! Haishhh cepatnya masa berlalu!
Ni dah bulan November ni, mak bapak yang lain pun mesti dok fikir pasal persediaan sekolah anak anak gak kan? Macam Mama ni, dua benda yang selalunya Mama siapkan awal ialah kasut dan baju sekolah. Kasut sekolah dah ready, baju sekolah pun dah ada. Semuanya Mama order online je.

Seronok si kembar ni ada baju sekolah baru hehehe
Baju Sekolah Kain Licin, Lembut dan Mudah Digosok
Ohh yaa.. untuk baju kemeja sekolah korang suka jenis kain macam mana? Mama ni spesis yang tak suka kemeja sekolah kain cotton, memang dari dulu lagi tak gemar. Sebab Mama rasa kemeja putih kalau kain cotton macam susah nak seterika. Nak bagi kedut kedut halus kat kain tu hilang kena sembur air lah bagai masa dok seterika. Aii is pemalas…hehehe.
Mama ni sentiasa nak yang cepat dan mudah diurus je, nak kain yang jenis sekali tenyeh je dah hilang kedut. Almaklumlah, sekali menggosok baju sekolah berpasang pasang macam kedai dobi dah kan hahaha.
Sebab tu lah Mama suka baju sekolah Matari School Uniform ni. Sebab baju kemejanya ada jenis kain licin, tak mudah berkedut dan senang nak digosok / seterika. Lagipun Mama rasa materialnya rasa ringan tapi tak terlalu nipis, lembut ja dan tak panas.

Mama suka baju kemeja sekolah Matari Uniform yang dari range Wrinkle-Free ni.

Jahitan kemas, kadang sesetengah brand tu kat poket jahit senget benget.

Jahitan bahagian dalam pun kemas, aii like!
Seluar Sekolah Yang Selesa Dipakai
Untuk seluar sekolah pun Mama order yang Matari juga. Opkos lah lagi senang order dari tempat yang sama gak kan. Kain seluarnya pun nice, bukan jenis yang keras kejung punya kain hehehe. Material seluar ni tak terlalu tebal, tak panas dan warna tak mudah luntur. Bila seterika pun senang hilang kedutnya.

Ambik saiz 28 untuk si kembar, harga RM33.90 sehelai.

Jahitan kemas.

Suka getah tebal dan besar camni. Tak cepat jadi longgar atau menggelebeh.
Sebelum ni pun dah biasa guna baju sekolah jenama Matari ni dan Mama puas hati lah dengan kualitinya. Harga berpatutan dan berbaloi. Si kembar pun suka uniform Matari ni, tak panas dan selesa pakai diorang kata.
Buat Persediaan Awal
Bagi Mama, baju dan seluar sekolah ni semua elok lah beli awal awal. Sebab kalau lambat kang takut saiz yang kita nak dah habis atau dah tak cukup set. Lagi satu, seluar mungkin kena alter kalau kaki seluar tu panjang sangat.
Mama tiap tiap tahun mesti kena alter seluar si kembar ni. Sebab diorang ni perut buncit, so beli seluar nak bagi fit perut tu, kaki plak panjang. Pasal tu lah Mama tak suka tunggu last minute baru beli, supaya tak kelam kabut nanti.
Ohh yaa…kalau korang nak usha usha tengok saiz ngan harga semua, boleh tengok kat website Matari tu yer. Kalau korang kat Pulau Pinang, boleh lah walk-in ke kedainya terus. Nah ni maklumat lanjut semua, happy shopping!
Maklumat Lanjut:
Facebook: Matari School Uniform
Website: www.matarishop.com
☎️ www.wasap.my/60164191491
www.wasap.my/60165206725
(Uniform dealers are welcome)
🏢 48, Jalan Lembah Permai 4, Taman Lembah Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Waze: https://waze.com/ul/hw0zqmvww9
Waktu perniagaan:
10 pagi – 8 malam Isnin hingga Jumaat
10 pagi – 7 malam Sabtu
10 pagi – 4 petang Ahad
16,825 total views, 1 views today
bagusnya mama kembar3 ni..dah beli awal2 persiapan tuk sekolah kembar3 tahun depan….
Suka siapkan awal, tak lah terkujat sangat rasa kena keluar duit banyak sekaligus hehehe
Makaseh nani… Nak pi usha web Matari.
Suka part seluar getah lebar tuu
A ahh tak risau getah cepat longgar
patutlah mama beli online, kedai dia dekat Penang, bagus info ni, boleh refer masa Qa’id sekolah nanti. hehehe
Mama memang online shopper tegar, senang shopping dr rumah je hehe
Bagus kalau dapat prepare awal-awal ni. nanti mama tak lah kelam kabut kalau last minute kan
Yup, nanti leh fokus siapkan buku sekolah plak, banyak nak balut nanti hehe
Kita pun suka beli baju sekolah anak² kain licin, senang nak iron.
Kan..tak yah tenyeh lama lama dah elok
betul tu persiapan awal lebih elok . teringat dulu dulu time sekolah… buat keje last minit last last tkde size yang sama badan lisak. adehh
lisak recently posted…Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?
Haaa bab takdak size tu yg Mama risau tu, tambah plak nak beli banyak pasang kan
Saya pun tengah mencari untuk anak sulung masuk darjah 1 nanti. Memang kena cari awal sebab nanti ibunya dah nak bersalin
Noriza Rahman recently posted…Percuma Ujian Pap Smear ! Sila Sebarkan Kepada Insan Tersayang!
Haa nnt ada baby takut lagi kelam kabut kan
cantik jahitannya. mmg puas hati la kalau mcm ni
Alhamdulillah puas hati 🙂
Wah kembar dah siap2 beli baju sekolah dah.. cepatnya.. tapi ok laa siap awal2 kan takde la kelma kabut nanti..
A aah nnt tak kelam kabut dah
memang tak sempat lagi nak beli. insyaAllah tunggu gaji suami november ni
Raihanah recently posted…Vivix Bantu Kuruskan Badan
Ada masa lagi tu
Pejam celik..pejam jelik cepat ja da besar…
Tu lah, kejap ja rasa
nak masuk darjah 4 dah?Pantasnya masa berlalu… Macam baaru semalam baca entry mama pasal persediaan darjah 1…
tahun nie kita pun kena prepare untuk anak darjah 1… Alhamdulillah hampir settle… saiz budakk darjah 1 selalunya cepat habis…
Kan..kejap je nak masuk darjah 4 dah. Tu laa elok beli awal, takut habis saiz.
tengok kain pun macam bagus je..boleh suggest dengan kakka dan abang
Sila sila suggest
untung depa, dah tak payah berebut beli baju lagi bulan 12 ni
Betoi, lega semua dah ready