Salam dears… Bila dapat duduk semeja dan berbual dengan orang yang hebat, maka kita pun akan terinspirasi untuk jadi hebat juga, kan? Well, itulah yang Mama rasa bila berpeluang lepak santai bersama beberapa orang blogger #KBBA9, Ben Ashaari dan orang orang kuat dari Cosmoderm baru baru ni.
Mama ni pengguna tegar produk Cosmoderm, terutamanya krim Vitamin E Cosmoderm tu memang teman setia Mama. Dah bertahun tahun guna. Jadi bila dapat duduk berbual dengan CEOnya sendiri, hadir satu rasa yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata. Rasa bertuah! Macam menang hadiah kot hehehe

Dari kiri Pn Ateeqa, Pn Mawarni, Nina Mirza, Shehan, Mama, Saidila dan Ben Ashaari.
Mendengar Pn Mawarni Hassan CEO Cosmoderm berbicara, mendengar idea ideanya, melihat cara beliau melayan para bloggers dan juga staff yang hadir, rasa…kagum! Mempertahankan dan memajukan produk keluaran tempatan yang dah 16 tahun dalam pasaran, dan boleh didapati difarmasi farmasi terkenal di seluruh Malaysia, tentu bukan satu tugas yang mudah kan?
Makin Yakin Dengan Produk Cosmoderm
Bila Pn Mawarni dan Pn Ateeqa bercerita tentang bagaimana diorang mengambil kira feedback daripada pengguna dan berusaha untuk memperbaiki produk, Mama dapat rasa keikhlasan diorang dalam memberikan yang terbaik untuk pengguna. Dan…Mama rasa bertambah yakin untuk terus menggunakan produk Cosmoderm!

Peluang bertemu dengan orang orang kuat Cosmoderm jadi kenangan indah buat Mama (kredit pic Ben Ashaari)
Diorang berusaha untuk memastikan produk keluaran Cosmoderm menggunakan bahan yang berkualiti, berkesan dan selamat…tapi tetap mampu milik supaya ramai yang dapat manfaat daripada produk diorang. Bukannya mementingkan keuntungan semata mata. Haaa macam ni lah kita nak kan, kan?
Jadi tak hairanlah, kalau ramai pengguna yang berpuas hati dengan produk Cosmoderm ni. Dan Mama adalah salah seorang daripadanya! Ehh korang boleh Google cari testimoni dan nilai lah sendiri.Β Nak lagi best, cuba guna sendiri produk Cosmoderm, baru tau syiok ka tak kan? InsyaAllah nanti leh join Mama guna #ILoveCosmoderm hehehe

Diantara produk Cosmoderm yang Mama guna.
Apa apa pun, terima kasih pihak Cosmoderm kerana mengeluarkan produk yang mampu milik, berkualiti dan paling penting, Halal! Moga akan ada lebih banyak lagi rangkaian produk yang best best. Mama nak request lipbalm ka…syampu kaa..atau make-up plak, boleh tak? Ewah ewahh kemain sesuka hati nak requestΒ ehh…hahaha *berangan itu free* π
7,804 total views, 7 views today
yeahhhh !!!! kita geng …..memang i love cosmoderm
Hi-five skit hehehehe
Bestkan kalau kita berangan.. kemudian apa yg terlintas di fikiran kita jadi kenyataan.. umpama mimpi dalam mimpi pulak.. π
anuar recently posted…#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Hahaha macam magik!
Wow… bestnya… semoga produk cosmoderm terus menapak di hati pengguna…
Aaminn π
Nina pun suka guna produk Cosmoderm. Berkualiti! Harga pun amat berpatutan, mampu beli gitu. Paling best sebab Cosmoderm Halal dan selamat!
Betul betul betul hehe
tentu produk ni bagus kan.. dapat liputan hangat kat blog hangat ben… kekadang klu kita dah pengguna setia, testimoni diri sendiri pun ok, tu yg kita kekal dengan produk tuh…
Betul tu, sebab produk tu elok dan serasi InsyaAllah kita akan kekal guna
Fiza pernah jumpa CEO dia sekali masa event kat PICC. Peramah sangat, siap bagi gift kat kami.hihi. Cosmoderm memang terbaik!
Setuju! hehe
produk-produk cosmoderm ni memang best.. saya suka tapi cepat sangat habis stok kat watson tu. huhuhu
Hot item kan hehe. Selalu beli online lagi senang
Nak tanya, yang Cosmoderm active protection spf50 ok ke?
Barangan.cosmodeem mama memang percaya kerana sesuai utk kulit sentlsitif
Mama pun guna ye, good good hehe
Billboard pun dah nampak naik Cosmoderm ni, makin dipercayailah produk ni sekarang
InsyaAllah, sbb produk Cosmoderm mmg bagus
suka dengan produk cosmoderm jugak! sangat sesuai digunakan!
Kita geng lah camtu hehe
Nak beli shower gel la…lately juju x leh pakai sebarangan sabun…kulit sensitif…harap sesuai dgn juju nanti
Shower gel yang tee trea tu best Juju, guna sikit je dah cukup
cosmoderm semakin digemari dan disukai
Setuju π
Memang best produk2 cosmoderm ni .. hari tu ruam2 kat badan Rayyan sapu produk cosmoderm tak lama okey dan xtinggal parut pun
Utk budak pun sesuai kan