Salam dears…. Setiap hari mesti ada dialog camni…
Kembar: Mama….
Mama: Yer…
Kembar: Mama?!…
Mama: Iyaaa….
Kembar: Mama…Mama ada?
Mama: Mama balik kampung!
Kembar: Tipu! Mama ada tu…
Mama: Habis tu, dah tau Mama ada, buat apa panggil lagi?
Kembar: I love you Mama…
Mama: Pfttt *nak marah tapi tak boleh*
Adehh…sila ulang ulang dialog tu setiap kali si kembar pergi bilik air. Boleh naik hangin gak lah rasanya! Ye lah, terjerit jerit dari toilet, selagi tak jawab selagi tu lahhh dok jerit! Kita nak buat apa pun rasa terganggu. Rimas gak lah huhuhu.
Bila ditanya kenapa laaa nak panggil Mama berkali kali camtu? Jawapan diorang “kita takut lah Mama”. Adehhh…rumah kecik seciput je, dari toilet tu korang kentut pun Mama boleh dengar, nak takut apa nya ntah?
Haishhhni lah perangai si kembar ni. Dah besar darjah 3 dah. Badan tinggi tegap, macho…tapi penakut! Yang sebenarnya, manja terlebih je ni kot? Hehehe

Tiga budak manja. Nanti Mama dah tua, Mama plak nak manja manja ngan korang tau….
Bila diorang ada, bikin fenin kepala sebab kecoh meriah sentiasa. Bila diorang tak ada pun, fenin kepala juga…sebab sunyi! Hmm ni lah penyeri hidup Mama hari hari sebenarnya. Diorang jadi budak budak pun tak lama, nanti dah remaja, dah dewasa…tak panggil dah kot ‘Mama! Mama!’ setiap masa. Time tu nanti, panggil awek ka bini ka, Mama nya ni yang jeles plak…ehhh? Hahaha.
Jadi…hargai dan nikmatilah setiap saat ni kan? Enjoy it while I can, ye dak? 🙂
2,927 total views, 1 views today
hahaha..adoii dah besar ni..kene jadi leboh macho dan tak penakut
tu lah pasal hehehe