Salam dears… Kulit tangan Mama jenis yang sensitif, tak boleh guna sebarangan sabun. Silap gaya, boleh mengelupas kulit dan pecah pecah sampai luka! Sebab tu Mama setia guna satu jenis je sabun pencuci pinggan kat rumah.
Tapi bila balik kampung masa cuti Raya Haji hari tu, tak fikir panjang Mama terus guna sabun pencuci yang ada untuk basuh pinggan. Tengah dok basuh tu tiba tiba rasa macam pedih kat tapak tangan. Mula mula Mama biar je, nak habiskan basuh lagi sikit pinggan mangkuk yang ada.
Tapi makin lama makin pedih, rasa macam panas terbakar ja! Bila tengok, aisehh merah menyala tapak tangan Mama! Ehh tak boleh jadi ni! Cepat cepat bilas tangan bagi bersih, buang semua kesan sabun. Pastu kelam kabut masuk bilik cari apa apa krim atau ubat nak sapu.
Nasib baik lah Mama ada bawa balik Set Travel Cosmoderm. Cepat cepat keluarkan dan sapu ‘Advanced Moisture Therapy Cream’ kat tangan. Beberapa minit ja lepas tu, terus kurang rasa panas pedih tu. Fuhhh legaaa!

Dah kurang merah lepas sapu ‘Advance Moisture Therapy Cream’, legaaa!
Hoihh serius panik gak Mama masa tu tau, sebab risau kalau pedih tu melarat sampai jadi lagi teruk. Rasanya dah lama juga lah tapak tangan Mama tak menggelupas teruk. Tak sanggup dah rasanya nak hadap tapak tangan yang pedih, kulit menggelupas, pecah pecah sampai luka. Seksa oiii…
Lagi pun bila tapak tangan camtu, sakit tu satu hal, susah nak buat kerja lagi satu hal. Ye lah, nak membasuh dan memasak pun payah jadinya. Pastu, segan sangat bila nak bersalam ngan orang. Masa kecil dulu, Mama pernah kena ejek. “Eiii tangan dia berkudis, geli lah!”…terngiang ngiang lagi ejekan kawan kawan tu tau uhuk uhuk.
Cosmoderm Advance Moisture Therapy Cream
Alang alang dah bercerita ni, meh laa nak kongsikan sikit info tentang ‘Advance Moisture Therapy Cream’ yang best ni. Mana tau kot kot korang pun dok mencari krim yang sesuai untuk kulit korang juga ke kan.

Advance Moisture Therapy Cream ni mengandungi Minyak Zaitun dan Lidah Buaya (Aloe Vera)
‘Advance Moisture Therapy Cream’ atau Krim Pelembap Terapi ni ialah penyelesaian cepat untuk tumit merekah dan tangan kering kerana:
- Melembap dan melembutkan kulit yang kering, kasar, gatal, keras dan merekah
- Memulih kulit merekah dengan cepat dan meredakan kepedihan disebabkan oleh rekahan
- Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak
- Tidak mengandungi Paraben, SLS/SLES atau pewangi
Dalam kes Mama, krim ni juga telah berjaya meredakan rasa pedih dan merah merah tapak tangan yang Mama alami disebabkan tersilap guna sabun pencuci pinggan, aii like! hehehe
Kat Mana Nak Beli Produk Cosmoderm?
Ohh yaa, kat mana nak beli krim yang best ni? Boleh cari di farmasi Vitacare, Guardian, Watsons dan AEON Wellness. Haaa kalau nak lagi senang, boleh beli online. Klik je kat link dibawah logo baru Cosmoderm ni yer…

Beli online je di website Cosmoderm, senang!
Serius Mama suka sangat ‘Advance Moisture Therapy Cream’ dari Cosmoderm ni. Bagi Mama, krim ni memang dah jadi teman setia Mama dah. Ehhh banyak lah produk Cosmoderm yang ‘sentiasa bersama’ ngan Mama gitu hehe. Well, produk yang murah tapi berkualiti dan elok, opkos laa kita akan terus guna kan, kan?
Hmm kalau korang ada masalah kulit kering ka tumit merekah ke, atau kulit tangan yang sensitif macam Mama, apa kata cuba guna krim ni? Mana laa tau sesuai dan boleh selesaikan masalah korang juga kan. Harga pun murah, RM17.90 saja. InsyaAllah mampu milik lah kan 🙂
8,357 total views, 1 views today
Bguna sgt2. Sy apply kt tumit n kasar free now. Hehehehe
Baru dok try sapu kat tumit, harap pasni kasar free gak lah
Suka jugak pakai ni, tumit merekah dah takde. Yeayyyy!
Legaaa kan
yup best pakai ….standby selalu dalam kit travel ….
Yup, nasib travel kit tu senang nak bawa kemana mana pun
Kulit telapak rangan sensitif ya mama..macam kawan PC..berdarah-darah..kesian tengok..dah jumpa pakar kulit pun masih begitu..boleh PC suggest therapy cream ni.Moga-moga membantu.
Yup, kulit tapak tangan Mama sensitif. Seksa oii bila berdarah tu huhu. Cuba lah suggest PC, kot kot serasi kan.
memang bagus cream therapy tu, tapi perlu guna pada masa memerlukan sahaja.
Yup nasib baik ada utk guna bila perlu
Produk cosmoderm tak pernah mengecewakan…
I love Cosmoderm…
I love Cosmoderm too hehe
Pernah alami mcm sis…seksa tangan pedih gitu kan…wahh bagus la nak cuba nanti
Try laa Juju
Dh byk tempat boleh cari…senang la lepas ni
Yup senang dah
Ha’ah kte pun suka pakai ni
Geng! Hehe
laa.. sensitif sgt tu erk… mmg dari kecik erk?
Yup dari kecik, kena sentiasa jaga tak leh tersilap sabun
Nagusnye produk cosmoderm ni
Yup Cosmoderm mmg best
Cosmoderm memg bagus kan
Yup, best!
Nasib baik ada awak bagi sapu krim Cosmoderm tu aritu. Lega gatal2 pedih2 tangan. Mmg best krim tu. 🙂
Haa kan awak guna gak hari tu kan, Alhamdulillah serasi