Salam dears… Mama geram betul lah kalau masa nak minum, tuang air je tengok tengok ada semut dalam tu. Atau baru buka mulut nak ngap makanan, tiba tiba nampak semut dok merayap atas makanan tu. Haishh boleh bikin hangin ja rasa! Semut dalam gula, dalam air, merayap rayap kat dapur. Stress! Dah bermacam macam jenama racun serangga Mama cuba untuk ‘berperang’ halau semut kat rumah ni, tapi tak berkesan!
Racun yang jenis sembur, yang jenis ketulan tabur (ntah apa panggil ntah), semua tak berjaya nak atasi masalah semut. Ehh serai wangi pun Mama dah cuba, tapi geng semut masih dengan gembiranya bermaharajalela kat dapur aii. Geram aihh!
Sampai lah sekali tu masa dok borak borak ngan Nina, dia kata dia guna spray jenama ‘Landshield’ dari Cosway untuk halau semut kat rumah dia. Sembur keliling rumah, kat pintu dan dapur katanya. So Mama pun opkos laa terus pergi beli, dah kawan yang rekemen kan. Aii kalau kawan rekemen, memang mudah percaya hehehe

Ni lah spray yang Mama guna untuk halau semut
Dan hasilnya…memang berkesan halau semut! Dah jarang sangat sangat nampak semut merayap kat dapur tu. Tinggal minuman atau makanan manis kat atas meja pun, tak dak semut hurung dah. Yesss, aii telah berjaya jumpa cara berkesan untuk halau semut, yahooo!
Ohh yaa Mama guna seminggu sekali ja rasanya. Sembur kat tempat yang dulunya banyak semut dok merayap. Masa beli spray Cosway ni ada dapat macam ‘straw’ kecil juga yang boleh sambung kat botol tu, jadi senang laa nak sembur kat tempat yang kecil dan sempit.
Jadi kat mana nampak ada lubang atau ‘crack’ yang macam boleh jadi sarang semut, Mama bantai spray banyak banyak kat situ. Kasi halau semut tu semua, nyah kau semut! Jangan kau berani datang rumah aku lagi, satu keturunan kau aku bunuh nanti! Ehhh dengan semut pun nak berdrama? Hahahaha
Kalau korang pun ada masalah semut macam Mama dulu, boleh cuba spray Landshield ni. Beli kat Cosway, harga pun murah. Sebotol tu belas belas ringgit ja, rasanya tak sampai RM15 pun. Lupa plak harga betul hehe. Ehhh Mama tak jual Cosway, bukan ahli Cosway pun. Kalau nak, sila pergi beli sendiri lah ye, jangan order dari aii plak hehehe 😉
5,004 total views, 1 views today






JANGANKAN MINUMAN MANIS… AIR KOSONG PUN SEMUT DOK HINGGAP HAHAHA ADEH
Tu lah pasal, hangin ja rasa
Kat rumah ai pun sama, pantang ada makanan atau minuman atas meja mesti berkerumun semut. Nak cuba jugakah spray ni.
Cuba laa Mas, hopefully berkesan.
aiseh.
kesian semut tuh.
Semut tu notty hehe
Ooo… Dah beli ehh? Best kann Berkesan!
Yup berkesan! TQ Nina sbb rekemen
kat rumah nad pun banyak..haishh penin kadang..boleh beli ni..
cuba la Nad, berkesan!