Salam dears… Terkejut? Hmm nak kata terkejut yang amat tu tak kot, tapi rasa seolah tersentap tersedar dari lamunan juga lah bila apa yang dibayangkan tu dapat dilihat dengan mata sendiri. Mama memang dah agak, kemungkinan keputusan tak berapa cantik. Tapi…tu lah, bila tengok sendiri hasil ‘Live Blood Analysis’ semasa program Vitacare Health & Wellness Discovery Journey hari tu, tetap rasa “ya Allah macam ni ka darah aku??” Huwaaa…*nanges*
Periksa Tahap Kesihatan Diri Melalui ‘Live Blood Analysis’
Alkisahnya Mama dan beberapa orang blogger #KelabBloggerBenAshaari iaitu Saidila dan Ema telah dijemput untuk hadiri sesi pertama ‘Vitacare Health & Wellness Discovery Journey’ anjuran Vitacare Pharmacies di The Gardens Mall. Semasa majlis tu, kitorang diberi penerangan tentang penjagaan kesihatan dan juga berpeluang untuk buat analisa sel darah ‘Live Blood Analysis’ (LBA), dimana sedikit darah diambil dan kita boleh lihat sel sel darah kita menggunakan mikroskop.
Bagi Mama, menariknya LBA ni ialah melalui bentuk dan keadaan sel darah tu je pakar tu dah boleh agak tahap kesihatan dalam badan kita ni. Sebab selain daripada sel darah merah, boleh nampak juga keadaan sel darah putih, ‘good and bad bacteria’, ‘undigested fat’, ‘fungus’ dan macam macam lagi lah. Dan dari situ pakar nutrisi dapat cadangkan apa makanan yang perlu dilebihkan atau dikurangkan demi meningkatkan tahap kesihatan diri kita.

Ini contoh sel darah yang sihat, bulat bulat cantik je.
Kat bawah ni plak contoh darah yang tak sihat dan berasid (acidic blood). Sel darah merah yang tak sihat akan melekat lekat dan kepek gitu akan menyebabkan kadar oksigen dalam badan berkurangan. Bila kurang oksigen kita akan mudah letih, tak bertenaga, sakit kepala, hilang fokus dan lain lain penyakit.

Melekat rapat rapat sungguh. Takut tengok kan?
‘Live Blood Analysis’ Membuka Mata Mama!
Sebenarnya mula mula tu Mama risau juga nak buat LBA ni, segan dengan bloggers lain pun ada. Ye lah, aii kan montel bam bam, dok fikir malunya nak tengok results darah aku yang entah macam mana laa rupanya huhuhu. Tapi kan, bila tengok keputusan orang lain…ehhh tak semestinya kau kurus bermaksud kau tak ada masalah kesihatan. Dan kalau kau montel, tak semestinya kau tak sihat. Macam blogger Saidila tu, saiz dia lebih kurang sama ‘comel’ ngan Mama tapi darah dia sihat wooo *jeles*.

Nasib baik cucuk sikit je kat hujung jari, tak sakit pun hehe
Sebelum ni Mama pernah gak buat ujian darah kat klinik, alaa yang boleh check tengok kadar kolesterol dan gula dalam darah la apa laa tu. Selalunya lepas dapat keputusan, Mama ni acuh tak acuh je dengar doktor mengomel, sekadar ‘masuk telinga kiri, keluar teling kanan’ lah orang kata. Tapi berbeza dengan kali ni, lepas dapat results tu Mama rasa insaf lah juga hehe. Sebabnya dah tengok dengan mata sendiri kan, rupa dan keadaan sel sel darah dalam badan. Dan inilah hasil ujian LBA Mama…

Acidic blood *nangesss*
Nampak kan bentuk sel darah merah yang kepek dan melekat lekat, betapa saiz sel darah putih lebih kecil dari sepatutnya, ada fungus dan macam macam lagi lah huhuhu.

Dapat keputusan bertulis juga masa tu, boleh jadi rujukan untuk nak tahu apa yang perlu dibuat
Serius Mama rasa berbaloi sangat buat ‘Live Blood Analysis’ semasa program ‘Vitacare Health & Wellness Discovery Journey’ hari tu, sebab dapat banyak tips dan nasihat daripada pakar nutrisi tentang macam mana nak memperbaiki tahap kesihatan diri sendiri.
Sebelum ni Mama memang ada amalkan makan vitamin, tapi main ambil je laa ikut sesuka hati. Tapi lepas dan buat LBA ni, dan dapat nasihat daripada pharmacist tu baru lah Mama tahu sebenarnya apa vitamin atau supplement yang sepatutnya Mama ambil.
Contohnya kan, Mama dok makan Vitamin C dan pil bawang putih (garlic) untuk masalah sinus Mama. Tapi pharmacist tu kata (lepas tengok keadaan darah Mama) dicadangkan seeloknya Mama ambil pil halia juga untuk dapatkan kesan yang lebih baik. Haaa balik tu terus aii mengGoogle cari mana nak beli pil halia *semangat*.
Ohh yaa macam yang Mama kata tadi, fizikal luaran tak menggambarkan tahap kesihatan dalaman kita. Sebabnya ada blogger yang datang hari tu body kurus cun melecun, yang amalkan diet tanpa karbohidrat dan rajin bersenam tapi tengok keputusan darah diorang fuhhh lebih teruk daripada Mama pun ada! Sebabnya faktor faktor lain seperti stress, keadaan persekitaran, diet yang tidak seimbang, tak cukup rehat dan tidur pun boleh mempengaruhi dan menyebabkan kadar asid dalam darah yang tinggi.
Macam Mana Nak Kurangkan Keasidan Darah?
So…macam mana nak kurangkan keasidan darah tu? Salah satu cara ialah dengan mengambil enzim sebagai makanan tambahan setiap hari. Enzim juga boleh membantu menaikkan sistem imunisasi dalam badan. Hari tu Mama dapat cuba minum RIN Enzyme dan tengok sendiri betapa berubahnya keadaan sel sel darah selepas 30 minit saja!

Mama diberi minum 20ml je RIN Enzyme tu, yang dah dibancuh dengan air kosong sejuk
Haa nampak ketara kan perbezaannya dengan darah Mama sebelum ni? Itu baru lepas 30 minit minum RIN Enzyme tu. Kalau lepas sebulan? Tentu lebih cantik keputusannya kan.

RIN Enzyme
RIN Enzyme ni adalah minuman phyto-enzim premium dari Jepun yang diperkaya dengan lebih daripada 36 jenis sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, alga dan sayur-sayuran. Ia adalah suplemen enzim yang sempurna untuk keadaan persekitaran hari ini dan gaya hidup yang sibuk.
Dengan 20ml sehari, RIN Enzyme boleh membantu meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien, menggalakkan metabolisme, meningkatkan imuniti badan, mengurangkan keasidan darah, menormalkan hormon, memperbaiki kulit, membantu mengurangkan berat badan dan menggalakkan kesejahteraan umum. Best kan? Rasanya pun sedap tau, memang boleh telan lah hehehe.
Vitacare Health & Wellness Discovery Journey
Program ‘Vitacare Health & Wellness Discovery Journey’ ni akan berlangsung sehingga 13 Ogos 2017 dan ‘Live Blood Analysis’ ni akan diadakan di Vitacare cawangan The Gardens Mall dan di Suria KLCC pada setiap hari Sabtu pertama bermula dari bulan Ogos 2017 ni, dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Jadi kalau korang nak tahu macam mana keadaan sel sel darah dan kesihatan dalaman badan korang, silalah pergi buat LBA ni ye. Selain daripada LBA, ada macam macam lagi program lain termasuklah health talks dan promosi barangan terpilih kat Vitacare tu.

Diantara produk kecantikan dan makanan kesihatan yang dijual di Vitacare

Mama sukaaa sangat dengan produk Trilogy ni, kulit rasa lembut ja bila pakai. Haaa Kate Middleton Duchess of Cambridge pun pakai Trilogy Rosehip Oil ni tau
Ohh yaa, harga ‘Live Blood Analysis’ ni pun bagi Mama tak mahal pun, ‘a small price to pay’ lah omputih kata. Sebab kalau pergi klinik pun belum tentu akan dapat tengok dengan mata sendiri keputusan darah tu kan? Takat dapat baca keputusan atas kertas je, yang entah entah kita tak faham pun (aii ler tu hehehe). Tapi bila dapat tengok sendiri sel darah ‘menari nari’ di skrin, feel insaf dia tu lain sikit tau. Percayalah hehehe
Harga ujian ‘Live Blood Analysis’:
– Ahli VCard semasa VCare Day: Percuma
– Ahli VCard semasa hari biasa: RM10.00
– Bukan ahli VCard: RM30.00
Tempat LBA: Vitacare The Gardens Mall dan Vitacare Suria KLCC
Tarikh LBA: Sabtu pertama setiap bulan
Masa LBA: 10 pagi hingga 6 petang
Maklumat Lanjut Vitacare Health & Wellness Discovery Journey:
Facebook: Vitacare Pharmacy
Website: Vitacare
8,739 total views, 1 views today
lame gak tak check darah ni
Sekali sekala check ni elok, boleh pantau tahap kesihatan diri
Bila nampak struktur darah tu buat kita lebih termotivasi untuk ubah mana yang perlukan mama…
Yup, dah tengok baru sedar diri hehe
Bagus jugak buat ujian camni, at least kita tahu kesihatan dalaman sendiri kan.
Betul, dan boleh buat sesuatu utk perbaiki
Cam best je..tp cam takut je…tp cam kena buat je..eh..camne ni eh
Buat je lah 🙂
alaa sinitakde vitahealth. lama dah nk tengok darah ..huhu
Tu laa kat Vitacare je ada ni skarang
Tak mahal rupanya… Terminat nak buat ni
Yup murah je
Ya Allah seramnya mama..
Seram tapi bagus sebab lepas tu boleh tau apa yg perlu dibuat utk perbaiki
Salam kenal….
Bab bab nak check darah mmg seram…bukan seram pasal nak ambik darah tp seram nak tunggu result…
Saya kurang percaya bab bab supplement ni… tp yelah kadang tu kena jugak makan untuk kesihatan kan
Wsalam, kalau pemakanan seimbang maybe tak perlu supplement dah. Tapi kena pastikan badan dpt segala yg diperlukan lah kan
Lahaiii….saya rasa teringin nak cek juga tapi rasa takut la pulak…=(
Tak yah takut, sikit je cucuknya hehe
trilogy tu best pakai…lembap jer muka.
Kan…rasa kulit makin licin gebu pun ya gak
tak pernah cek darah..adoii kene cuba ni
Kalau ada masa pi laa try check