Salam dears… Kerja ke tu? Ke sedang berholiday bawa keluarga jalan jalan sempena cuti sekolah ni? Hmm Mama kerja, tapi hujung minggu lepas sempat juga lah bawa si kembar bercuti di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Hari Sabtu check-in, hari Ahad dan check-out dah. Walaupun kejap je tapi jadi lah, dapat gak lepas gian nak jalan jalan dan duduk hotel hehe.
Bercuti di De Rhu Beach Resort, Kuantan
Ini adalah kali kedua Mama sekeluarga bercuti di De Rhu Beach Resort ni. Kali pertama dulu kitorang datang dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari masa Hari Keluarga #KBBA9. Balik dari tu, anak anak asyik dok sebut je, asyik dok teringat bestnya mandi kolam kat sana.
Maka cuti sekolah kali ni kitorang kembali lagi ke De Rhu Beach Resort, Kuantan! Atas permintaan anak anak lah katanya. Padahal Mama nya ni pun sama naik teruja gak nak kesana, nak tidur atas tilam dan bantal yang empuk, nak berendam dalam kolam berjam jam walaupun aii is tak tahu berenang hehehe
Sebenarnya Mama beli voucher murah semasa MITA Fair bulan Februari lepas. Untuk bilik Super Deluxe harganya RM170 satu malam. Tapi lepas tambah service charge dan Government tax, jumlah harga jadi RM198.20. Bagi Mama ok lah harga tu, sebab biliknya luas dan selesa.

Puas hati bilik luas

Kitorang dapat yang 2 katil Super Single. Malam tu kitorang rapatkan dan tidur lima beranak

Ada TV flat screen

Peti ais, kopi, teh, gula, cerek, seterika, sejadah dan Al-Quran pun ada kat sini.
Ada 2 bantal juga., so total ada 4 biji bantal lah dalam bilik tu. Tapi Mama minta tambah lagi sebiji, sebab kitorang berlima kan. Jadi kena bayar RM5 untuk 1 bantal extra.

Buka tingkap ja, ku lihat hijau. Tenang rasa…
Bilik Super Deluxe ni tak banyak beza rasanya dengan bilik yang kitorang dapat masa Hari Keluarga KBBA9 dulu. Kalau tak silap Mama, yang ni antara bilik yang baru renovate jadi perabut semua nampak baru. Tandas pun elok bersih, cumanya tak ada bathtub je. Tapi tak kisah lah, sebab kitorang bukannya nak lepak dalam bilik mandi pun. Dah puas berkubang kat swimming pool dah pun hehe
Sarapan di De Rhu Beach Resort
Ohh yaa voucher yang Mama beli tu ada termasuk dengan sarapan untuk dua orang juga. So pagi Ahad tu nak save time punya pasal, kitorang buat keputusan makan kat hotel je. Kena lah tambah bayaran untuk si kembar ni. Mula mula rasa macam nak pergi sarapan kat kedai luar je, sebab kat hotel ni sarapan untuk kanak-kanak pun dah RM16.30 sorang. Untuk tiga orang, dekat RM50 lah gak kan.
Tapi memikirkan nak jimat masa sebab nak mandi kolam, dan si kembar pun dah semangat nak makan nasi lemak kat situ, siap dah pakat ambik pinggan bagai, maka pejam mata dan bayar je lah. Lagipun bukannya selalu makan kat hotel kan.

Mentang mentang leh ambik sendiri, pulun nak letak kacang banyak banyak
Dan Mama rasa pilihan menu sarapan kat situ pun not bad. Masa kitorang pergi tu ada nasi lemak, kuey teow goreng, bubur nasi, cereals, pelbagai roti, mee soto, puding, buah buahan dan apa ntah lagi Mama dah tak ingat hehe.

Yup, belum mandi lagi dah turun makan dulu haha
Masa makan tu kan, berkali kali pesan kat Ayah suh makan banyak banyak, cover portion budak budak tu supaya tak rasa rugi hehehe. Ikut hati nak ja makan semua yang ada, tapi risau plak kalau masuk kolam kang terus tenggelam ja hehehe
Kolam Yang Best!
Pukul 7 pagi sarapan, pukul 8 pagi kitorang dah terpacak kat tepi kolam. Tunggu je masa kolam bukak, air kat mainan semua belum pasang lagi tapi kitorang dah pakat berkubang dah. Rakus betul macam tak pernah mandi kolam je hahaha. Padahal petang Sabtu pun dah sakan berendam dah, well…budak budak dapat main air, terjun berjuta kali pun tetap rasa excited kan? hehehe 😉

Kolam ni lah salah satu tarikan yang buat Mama suka sangat bercuti di De Rhu Beach Resort ni.

Gaya macam baru menang acara renang ja hahaha

Kolam kanak-kanak di De Rhu Beach Resort

Si kembar paling lama mandi kat sini, syok kena simbah air tu

Tuan putera naik buai hehe

Alolo sweetnya, turun slide pun berpegangan tangan hehe
Dari pukul 8 sampai pukul 11.30 pagi si kembar ni pulun mandi kolam. Mama dah give up awal lagi dah, sejuk oii. Sebab tepi laut kan, terasa angin laut bertiup sepoi sepoi bahasa, gigil gak lah. Tak tau laa kulit budak budak ni tebal camna, boleh tahan berendam lama gitu. Nasib baik bila ajak balik, semua redha je. Dah puas laa tu hehehe
Hmm walaupun pergi kejap ja, tidur semalam je kat sana tapi puas hati laa dapat juga bawa anak anak pergi bercuti. Si kembar pun berulang kali cakap “terima kasih Mama, sebab bawa kitorang tidur hotel”. Pastu pakat kiss kiss pipi Mama, owhhh bahagianya rasa. Syukur sangat masih diberi rezeki untuk gembirakan anak anak macam ni. Moga lepas ni ada lagi lah rezeki kami untuk kesini lagi, InsyaAllah…
9,096 total views, 1 views today
Bestnya dapat bercuti ke sini… Tempat pilihan percutian terbaik untuk seisi keluarga…
Betul tu, sesuai untuk bawa keluarga
wow.. macam menarik gak tempat ni.. boleh try
Sila sila 🙂
Wahhhh best, rindu kolam kat De Rhu!
Ada rezeki repeat laa pi lagi Mas
Bestnya kembar dpt bercuti .. seronok tgk diaorang..
Alhamdulillah, diorang seronok sgt pi sana
selalunya nak pi bercuti ni..kita fikir lebih kepada anak2..nak bagi anak2 happy..depa happy kita pun happy…
Betul tu, yg penting percutian tu best utk anak anak