Salam dears… Ada kawan kongsikan video ni dalam Whatsapp, bila tengok ni…okeh terasa! Dan Mama nak kongsikan untuk korang tengok juga…
Dushhh setepek kena batang hidung aii huhuhu. Bukan semua yang dikata dalam tu, tapi ada benarnya. Kadang kadang leka dengan handphone, sampai anak anak diketepikan. Bukan lah ketepikan terus, tapi…contohnya bila telefon bunyi, kelam kabut jawab. Bila anak panggil, “nanti jap!”. Haishhh patutnya anak anak dulu! Serius, sentap dengan diri sendiri huhuhu
Kadang tu memang tak dapat elak, terpaksa mengadap phone. Sebab phone dan laptop tu jadi punca pendapatan tambahan Mama juga. Blogger kan, update blog…update media sosial tu penting. Tapi…lepas ni kena ingatkan diri sendiri, mesti bahagikan masa dengan lebih bijak. Perhatian pada anak anak mesti diutamakan, InsyaAllah.
Hmm sebenarnya sebab ni lah, walaupun si kembar dah Darjah 3, Mama masih temankan diorang tidur. Pukul 10.30 malam ja pakat kiss kiss hug hug, masuk bilik dan baca surah Al-Fatihah sama sama. Pastu borak borak sikit, si kembar nanti ceritalah pasal apa yang jadi hari tu. Atau apa apa sajalah, borak kosong. Mama layankan je, perhatian masa tu memang untuk diorang saja. Handphone ka kerja ka semua letak tepi. Sebab Mama tahu kadang kadang sibuk dengan tugas seharian, mungkin kurang perhatian untuk diorang.
Jadi sebelum tidur, khas kan masa untuk anak anak. Walaupun sekejap, tapi mungkin boleh buat anak anak lena dengan rasa bahagia dan ingat bahawa kita ni sebenarnya sayang sangat sangat kat diorang!
5,463 total views, 1 views today
Macam Mas akan pastikan pukul 8 sampai 10 malam offline jap, layan anak buat homework, ulangkaji, borak² dan tengok tv. Bila mereka dah tidur barulah sambung online sampai kul 11 malam.
Bagus buat camtu, khaskan masa untuk anak anak
Ya betul… Ada kalanya kita terlalu banyak luangkan masa bersana Handphone lebih dari anak-anak….
Muhasabah diri..
InsyaAllah lepas ni lebihkan masa untuk anak anak
peringatan juga kan yang ni
Yup, bagus aada peringatan camni
huhu, terasa jugak, kadang banyak ngadap hp dari ngadap anak. hurmm
Kan…sama sama kita ubah diri kita jom