Salam dears… Mama tak biasa buat masak lemak, bukan sebab tak suka tapi sebenarnya tak berapa pandai. Tapi kan…masa Raya pertama hari tu, mak mertua Mama buat masak lodeh kuning dan si kembar ni pulun makan dengan nasi, bertambah tambah sebab kuah kuning sedap katanya. Memandangkan Mama tak berapa gemar makan lodeh tapi dah anak anak suka kuah lemak lodeh tu, jadinya Mama cuba buat Ayam Masak Lemak Kuning guna santan kotak je.
Macam biasa lah, sebelum masak tu mengGoogle cari resepi yang paling mudah, paling simple nak buat. Orang tak pandai masak camni lah kan hehe. Mama ikut resepi dari Blogopsi, tapi disebabkan bahan tak cukup maka Mama bantai je masak ikut apa yang ada.
Ehh ok lah, meh nak tulis sini resipinya, untuk rujukan diri sendiri gak ni. Maklumlah masak pun jarang jarang, ada yang esok lusa diri sendiri lupa resepi hahaha *malu aihh*

Ayam Masak Lemak Kuning yang mudah tapi sedap!
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning Mudah
Bahan-bahan:
10 ketul ayam – Mama guna bahagian drumstick ja
2 biji kentang – kupas dan potong 4
1 kotak kecil santan jenama M&S (200ml) – asingkan 1/4 bahagian ke dalam cawan untuk dijadikan santan pekat dan yang selebihnya tu campurkan dengan 4 cawan air sebagai santan cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (ikut suka nak letak banyak mana, nak warna kuning lebih, bubuh lebih sikit)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar/Tumbuk Halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
Segenggam ikan bilis (nak guna udang kering pun boleh)
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau wangi.
2. Masukkan ayam dan kentang, gaulkan bagi kena bahan tumis tadi. Biar sehingga ayam dan kentang sedikit empuk.
3. Masukkan santan cair dan asam gelugor, biar hingga mendidih. Boleh tambah air kalau rasa kuah dah makin kurang tapi ayam dan kentang belum betul betul empuk.
4. Masukkan santan pekat dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan serbuk kunyit juga kalau nak bagi kuah lagi kuning.
5. Biar mendidih, guna api kecil je. Bila ayam dah masak elok tu tutup api, angkat dan hidangkan, siap!
Kalau korang suka makan pedas, tambah lah cili padi ke dalam masak lemak kuning tu. Si kembar ni tak makan pedas, jadinya Mama langsung tak letak cili. Tapi Mama makan dengan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai favourite Mama, perghhh terangkat aii tell u hehehe
Bertambah Tambah Nasi Sebab Ayam Masak Lemak Kuning Ni!
Hmm walaupun cara Mama buat Ayam Masak Lemak Kuning ni tak lengkap, tak ada serai dan daun kunyit semua tu, tapi rasa tetap sedap! Ikut tekak kitorang ni lah sedap, si kembar makan banyakkkk sangat. Bayangkan lah…Mama masak ayam 10 ketul dan nasi 3.5 pot, habis licin sekali makan je tau!

Budak dua orang ni makan banyakkk!
Si Fahmi dan Faris lah yang paling semangat makan, bertambah tambah 3 ka 4 pinggan nasi sorang. Si Faris tu haa bedal sampai 3 ketul ayam! Siap angkat pinggan dan hirup kuah lagi wehhh. Fuhhh terasa diriku umpama Chef hebat gitu bila anak anak kata “Mama masak sedap sangat ni!” *kembang montot aii hahaha*
11,268 total views, 19 views today
pebret kami sekeluarga jugak,anak-anak kalau makan ni,memang dia suka..
Geng! hehe
memang sedap, anak2 saya pun suka
raihanah recently posted…Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan Berkesan
Geng lah kita hehe
sedapnyee.. nengok warne je dah menarik ni
Sedappp (puji sendiri hahahah)
Saya suka sangat masakan ayam masak lemak ni. My anak pun suka.. Tapi tak boleh masak selalu sebab nanti kolestrol tinggi. Hihi
Haa betul gak eh, kolestrol. Kena control gak tu
Kalau anak² masak lemak camni memang diaorg suka, tapi ai lemak cili api lagilah bertambah² makan. Hehehee!
Aii pun suka lemak cili apa, tapi terpaksalah ikut tekak anak anak sbb malas nak masak asing haha
haha, lawak la kak nani ni, memang suka kan tengok budak2 kalau makan kemain pelahap makanan yang kita masak. kalau makan sikit selalu fikir tak sedap ke ibu masak hari ni? IQ nak try untuk anak IQ la, macam sedap je ni. =)
Tu laa, bila diorang makan sikit mesti terfikir camtu gak hehe
air tangan ibu memang terbaik untuk anak-anak..btw..tq share resepi..
Iye la kan, masak simple pun anak suka dah
Aduh.. Sedap ni… Saya kongsikan Idea simple je.. Unuk ibu ibu buat pada anak dibawa ke sekolah.. hahaha
A aah kan, buat bekal sekolah pun ok
Suka tengok kembar akak makan banyak…ohhh diorang suka makan ayam masak lemak kuning ye sedapppp…kalau juju suka tambah cili padi sikit perghhhhhhh
Tambah cili padi mama nya yang makan bertambah tambah haha
Resepi tu….pinjam yer kak…hihi
Sila sila 🙂
Wah sedapnya. Memamng masakan favorit keluarga kami.
Boleh geng lah kita hehe
sedapnye.. warne kuning tu menggoda betul hihihi
Alhamdulillah sedap hehe
Assalamualaikum. Nak tanya, kenapa ayam saya tak kuning mcm dlm gmbar tu? Hehe
Wsalam. Tak pasti plak, mungkin kena masukkan lebih serbuk kunyit untuk kuning.