Salam dears… Ceria dan meriah, tapi pada yang masa mengundang seribu satu rasa! Itulah yang terdetik dalam hati Mama semasa mengikuti program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang pada hari Sabtu lepas. Walaupun gembira mendengar gelak tawa anak anak yatim dan asnaf yang diraikan, tapi pada masa yang sama hati tersentuh melihat mereka.
Tambahan bila teringat anak anak sendiri di rumah, hati sayu memikirkan disaat anak anak sendiri dimanjakan, ada kanak kanak lain yang mendambakan belaian kasih dan sayang insan bergelar ibu dan ayah. Serius Mama rasa syukur dan bertuah kerana dapat jadi sebahagian daripada mereka yang memberi sedikit sinar kebahagian untuk anak anak tu, walaupun cuma seketika saja…
Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang Bersama Anak Anak Yatim dan Asnaf
Untuk pengetahuan korang, program Sentuhan Kasih Ramadhan ni adalah satu rancangan yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam. Sempena bulan Ramadhan ni, Kopi Badang telah bekerjasama dengan PWID Design&Build, Arte Grande dan produksi RTM untuk menjayakan episod Konvoi Amal Meniti Raya.

Program ini adalah satu program bantuan bagi golongan asnaf dan anak anak yatim dalam membuat persediaan menyambut Syawal.
Ohh yaa program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang kali ni meraikan kanak kanak dari rumah Teratak Kasih Opah Hasnah, Klang. Sebenarnya program bermula seawal jam 4.30 pagi semasa sahur lagi tapi dalam pukul 2 petang baru lah Mama berkesempatan untuk turut serta, masa tu sesi membeli baju raya yang ditaja oleh Pusat Pakaian Hari Hari di Ole Ole Shah Alam, Selangor.
Haa barisan duta-duta kecil artis Kopi Badang termasuklah Ronnie Hussien, Maya Matahari, Zur Eda, Nizam Laxmana dan Along Exists pun turut hadir untuk meraikan anak anak ini tau. Bertambah seronok lah budak budak tu, ada artis melayan diorang hehe.
Masa memilih baju raya tu, macam macam keletah anak anak ni tau. Ada yang excited pilih baju, ada yang malu malu ikut je apa ibubapa angkat pilihkan dan yang control macho, control ayu pun ada hehe. Yang pasti, terpancar kegembiraan di wajah masing masing. Sungguh Mama tumpang rasa bahagia tengok diorang hari tu 🙂

Kitorang nak shopping, yayyy! 🙂

Sesi taklimat dulu, pesanan penting – jaga anak anak masing masing tau hehehe








Hati Tersentuh Melihat Mereka…
Hmm sebenarnya masa tu kan, tersentuh hati Mama melihat anak anak tu memilih baju bersama ibubapa angkat diorang untuk hari tu. Yang buat Mama lagi terharu, pabila anak anak tersebut memanggil ibubapa angkat masing masing dengan gelaran Mama, Ummi, Ibu, Ayah, Abi…
Dan ibubapa angkat plak dok cakap “jap anak aku tengah try baju tu”, “cuba yang ni sayang, ni cantik”, “mana lagi sorang anak aku?”. Owhh saat tu Mama berharap sangat moga anak anak kecil tu gembira dapat merasai belaian kasih ibubapa, walau pun sekejap cuma. Dan hati berbisik doa, moga moga ukhwah yang terjalin pada hari tu akan kekal selama lamanya… Okeh…cari tisu jap *lap mata*.

Meriah!
Berbuka Puasa di Ruang Event Space, Shah Alam
Lepas dah puas shopping, anak anak comel ni dibawa pula ke Ruang Event Space di Shah Alam untuk majlis berbuka puasa bersama Opah Hasnah. Disamping tu mereka turut dihiburkan dengan mini-konsert daripada para artis duta kecil Kopi Badang.
Fuhh memang meriah dan terasa suasana macam dah nak Raya je masa Zur Eda, Ronnie Hussein, Nizam Luxmana dan Along Exist buat mini-konsert tu. Lagi best, anak anak tu turut dapat duit raya, yayyy!

Sebahagian daripada konvoi yang turut serta pada hari tu. Seronok budak budak ni dapat merasa naik kereta sport. Mama pun rasa nak tumpang je hehehe

Luas dan selesa, memang sesuai lah dinamakan ‘Ruang’ 😉




Dapat duit raya, yayyy!





Sedap sungguh suara Ronnie Hussein ni tau. Meremang bulu roma aii tengok dia perform live ngan Along Exists
Teratak Kasih Opah Hasnah
Mama kagum dan respek sangat pada wanita bergelar Opah Hasnah ni. Kenapa? Sebab pada usia 75 tahun ni dia masih gigih menabur bakti membesarkan lebih daripada 20 orang anak anak yatim dan asnaf, dirumahnya sendiri!
Dan dia melakukannya dengan sumbangan derma dari orang ramai dan elaun bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat saja. Jadi sesekali ada pihak korporat seperti Kopi Badang yang sudi menghulurkan bantuan, pastinya dapat meringankan sedikit beban Opah Hasnah ni kan?

Big boss Kopi Badang bersama Duta nya dan Opah Hasnah
Hmm sepanjang program berlangsung malam tu, Mama nampak kemesraan Opah Hasnah dan ‘cucu cucu’ nya. Ada sorang budak perempuan ni kan, asyik laa nak berkepit je dengan Opah. Tanpa segan silu dia selamba je pergi duduk ngan Opah kat meja VVIP. Dan Opah pun melayan je dia makan. Syukur Alhamdulillah, masih ada insan yang berhati mulia seperti Opah untuk anak anak tu menumpang kasih… *lap mata*
Dan terima kasih Kopi Badang, kerana menaja program sebegini. Mama bangga dapat jadi sebahagian daripadanya. Moga akan lebih banyak program program sebegini di masa hadapan, InsyaAllah.
Ohh yaa…korang jangan lupa untuk menonton program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang ni pada hari Khamis 15hb Jun 2017 ini, jam 8.30 malam di TV1 ye. Jangan lupa naa! Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh usha kat Facebook Kopi Badang Oficial juga ye 🙂
3,884 total views, 2 views today






kalau join, silap2 saya nangis kat ctu gak..
Kalau hati tisu, mmg boleh gugur air mata. Akak pun menahan ja hari tu…
dah habis shopping dah.
penat berjalan dari satu kedai ke kedai.
Penat tapi settle shopping ok laa tu hehe
rindunyaaaa nak join aktiviti macam ni sob sobs
InsyaAllah lenkali peluang Sue plak untuk join
Wahh..meriah sangat majlisnya. Pasti anak2 itu sendiri gembira dengan kehadiran mereka yang meraikan mereka.
Sebak juga. Huuu
Alhamdulillah nampak diorang happy
alhamdulillah dapat baju baru diorg
Alhamdulillah 🙂
Program sebegini memang boleh buat hati kita tersentuh kan? Tapi bila lihat anak² ini gembira kita pun rasa seronok.
Yup betul
Sayunya baca…. Good job mama…
Dorsett Pink recently posted…Cara Baru Beli Top-up Pra-Bayar
Alhamdulillah… 🙂
At first sy mati2 ingat kak nani join event ni since sahur kul 4.30 am… 😁😁😁
hehehe akak sempat join dari petang je
alhamdulillah daapt baju baru. mesti seronok kan budak budak tu
Alhamdulillah diorang nampak happy
Tahniah Mama , teringat pernah join projek iqra punya shopping raya .. terjelas kegembiraan di wajah mereka .. alhamdulillah
Alhamdulillah, tgk diorang happy yg best tu