Salam dears… Beberapa bulan lepas, ofismate Mama kena. Semalam, isteri Ben Ashaari plak yang kena! Diorang terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali, kata ada hutang bank lah…ada kes polis lah…dan disuruh transfer duit ke dalam akaun pemanggil tu. Dan yang terima panggilan ni…mengikut saja apa yang disuruh, macam kena pukau ja!
Cuma bezanya…ofismate Mama dah habis transfer RM4000 baru sedar. Tapi isteri Ben (namanya Zila) sempat tersedar sebelum habis semua duit dalam bank. Syukur! Bayangkan, kalau sampai kesudah dia ikut saja, nangis tak berlagu wehhh!
Mengikut kata Ben Ashaari, mula mula isterinya terima panggilan kononnya dari Hong Leong Bank (03-7626 8899), katanya ada hutang yang tak dilangsaikan. Lepas tu suruh cakap dengan pegawai bank…lepas tu disambung kan plak ke IPK Pulau Pinang kononnya (04-222 1152).
Dari situ, macam macam cerita direka oleh pemanggil. Kata Zila terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan penyelewangan wang haram lah apa lah. Dan suruh transfer duit. Ohh yaa, yang bercakap tu bukan sorang tau. Tapi main passing call dari sorang Sarjan ke sorang Inspektor lah apa lah. Situasi..macam real ja!
Tapi nasib baik, dalam proses nak ke ATM untuk transfer duit tu Zila tersedar ada sesuatu yang tak kena. Terus dia pergi ke Balai Polis Putrajaya. Dan pegawai polis kat balai tu kata, memang ramai dah terkena…terbaru ni kena tipu sampai RM50,ooo! Giler lah! Banyak tu!
Kalau nak tahu cerita sepenuhnya, korang pergi baca sendiri kat blog Ben Ashaari ‘Bila Isteri Aku Disabitkan Dengan Dadah!‘ Kecut perut wehhh Mama baca, berani sungguh scammer ni buat cerita macam macam kasi orang cuak!

Bank Negara pun pernah keluarkan amaran tentang scam melalui telefon ni.
Okeh…dah baca? Sila block terus nombor nombor yang terlibat – 03-7626 8899 dan 04-222 1152 tau. Dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk elak daripada jawab panggilan yang tak dikenali dan kena pukau melalui telefon, cuba install app Whoscall, aplikasi ni boleh bantu untuk kenalpasti nombor yang buat panggilan tu. Moga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada perkara yang tak diingini, Amin…
13,647 total views, 3 views today
Memang banyak dah kes penipuan camni, kat ofis ai siap Unit Keselamatan hantar emel suruh alert pasal perkara ni. Zaman sekarang kita kena lebih dan lebih berhati². Ai pun pernah terima call, kononnya kata nak buat pengesahan untuk keselamatan kad debit bank. Siap mintak nombor kad bank, tapi ai tak bagi. Ai cakap tak pernah pulak pihak bank mintak selama ni, dah bertahun pakai kad. Pastu ai cakap nak husband dulu dan tipu cakap husband polis, terus dia letak telefon.
Nasib baik Mas pandai cakap camtu, selamat!
siap kata kita ada jenayah, tu yang buat cuak tu
RAIHANAH AHMAD recently posted…Ketua Saintis Shaklee Menjawab Salah Faham Tentang Landmark Study
Tu lah pasal
haih.. merisaukan. risau org tua2 jgk..aduhaiii
tu lah kena alert kan parents semua
sekarang ni keadaan terdesak, macam-macam jenis jenayah timbul… huhuhu.. *kesian rakyat marhaen* heh!
Mungkin gak kan, desakan hidup huhu
Ya Allah,kenapa saya tak terbaca artikel ni sblom ni..smalam sye habis rm1500 melalui panggilan telefon..sama situasi mcm kat atas..sedihnya😭😭
Alahai…sedihnya huhu. Moga Allah murahkan rezeki u, Amin…
Balai Polis Kg Ampang Call Saya Pun Saya Tak Angkat. Lepas Tu Bertalu-Talu Call Masuk Daripada Pelbagai Perkhidmatan Selular Tetapi Tak Angkat. Save No Tengok WhatsApp Muka Macam Polis Je. Tak Berani Nak Angkat Takut Panggilan Tersebut PALSU Tetapi Menggunakan Nombor Yang Betul.
Biar lah berhati hati drpd terkena