Salam dears… Pagi pagi lagi si kembar ni dah bikin Mama hangin satu badan! Dah laa kelam kabut sebab terlewat bangun sahur, boleh plak dak tecik ni buat perangai yang mencabar kesabaran. Haishhh memang mak ko ijo laa jawabnya!
Disebabkan terlewat bangun, Mama tak sempat lah nak masak. Nak mudah dan cepat, suruh semua makan cereals ja. Si Faris terus buat perangai “haa makan ini je? Mana nasi lauk?”. Mama explain laa dah lewat, suruh makan je apa yang ada, daripada tak makan langsung kan.
Tapi makin menjadi jadi plak dia buat perangai. Bising bising tak nak makan cereals tu. Mama apa lagi, memang blood go upstairs lah, dah laa tengah kelam kabut kan. Terus si Faris menangis! Sudah…satu hal plak nak pujuk. Tapi pujuk gak lah sebab kang kalau dibiar nangis ja bila nya nak makan?
Bila dah reda nangis tu, dia sambung buat perangai lagi komplen susu tak sejuk lah, dalam cereals dia ada semut lah ada benda kotor lah apa lah. Ok fine, tak nak makan cereals sudah, Mama ambil ja biskut suh dia jamah gak. Tapi…dia dok laa merengek ntah apa lagi, masih buat perangai. Ishh sungguh kesabaran ku dihujung tanduk dah lah masa tu!
Dan boleh plak, pada masa yang sama si Fauzi plak tumpahkan susu! Hoihhh memang bertambah hangin lah Mama, habih semua kena tempik! Agaknya jiran jiran pun terkejut kot, dengar suara raksaksa gorgon memecah keheningan subuh huhuhu
Terkial kial lah si Fauzi ambik tisu lap susu yang tumpah. Si Faris pun terkebil kebil lah ngap gak biskut yang Mama ambil tadi. Dalam sedu sedan tu telan lah juga beberapa keping. Takut lettew. Nak pandang muka Mama pun dia tak berani masa tu hehe
Hmmm Mama marah tu bukan apa, si kembar ni dah biasa makan sahur. Risau kalau tak makan apa apa langsung untuk alas perut, kang diorang tak tahan plak nak berpuasa. Setakat ni diorang berjaya puasa penuh, sayang lah kalau ada ‘lompong’ satu hari kan? Tapi tu lah, silap besar lah buat perangai pada hari yang tengah kelam kabut kejar masa, kan semua dah kena tempik huhuhu
Bila tengok wajah masa tidur ni, rasa kesian plak kat diorang sebab marah marah tadi. Biasa lah kan budak budak sekali sekala buat perangai, dah namanya pun budak lagi. Kita yang dah dewasa ni pun kadang emo tak tentu pasal bila tak dapat apa yang dihajati, inikan pula budak budak, kan?
Hmm Mama kena belajar untuk lebih sabar melayan kerenah anak anak. Anggap diorang nak bermanja je tu. Nanti diorang dah besar, dah tak duduk serumah, tinggal lah Mama Ayah makan sahur berdua je huhuhu. Masa tu nanti, mesti rindu kekecohan makan dengan anak anak kan…
2,946 total views, 1 views today
Sesekali..menambah warna warni ramadhan…esok-esok mereka dah dewasa..boleh cerita semula…tapi mama bersyukur sebab anak-anak menangis nak sahur..nak makan…ada segelintir ibu ayah yang nangis paksa anak makan sahur…
Betul gak tu kan, ada anak anak yang kena paksa utk makan huhu
Hahaha…kan mama…serius kalau geram tu…aihhh suaraaaa….tapi lepas marah mesti mai rasa kesian sangat….huaaaa..rasa bersalah pun ada..mula lah minta maaf banyak banyak masa anak tgh tido..ahaha
Kan, masa marah ikut hati huhu