Salam dears… Kasih ibu tiada ganti, jasa ibu tidak terbalas. Sebab tu kalau boleh, setiap hari nak lafazkan penghargaan pada ibu. Tapi kadang tu kekangan masa dan urusan lain buat kita alpa…terlupa nak menzahirkan kasih dan rindu, padahal dalam hati sentiasa ingat, kan?
Jadi sempena Hari Ibu yang hampir tiba ni, apa kata kita hadiahkan sesuatu kepada ibu tersayang? Ye, ye…tiap tiap hari pun boleh tunjukkan kasih sayang pada wanita yang bergelar ibu tu, tapi apa salahnya bila satu negara meraikannya pada 14 Mei nanti, kita pun join sama, ye dak?
Nak Bagi Apa Sebagai Hadiah Hari Ibu?
Mama pun dok fikir ni, apa nak bagi sebagai hadiah Hari Ibu nanti. Keronsang? Dah banyak. Tudung? Pun dah banyak. Fikir punya fikir punya fikir…haaa Cosmoderm!! Zasss terus buka website Cosmoderm, tengok tengok ehh ada promosi sempena hari ibu lah! Harga pun sangat berbaloi, yayyy!
Tapikan…dalam yahoo yahoo tu aii terpening plak, tak tahu nak pilih yang mana. Sebab Mama ni kan pengguna tegar Cosmoderm. Kalau tanya Mama, semua pun best! So…nak pilih set yang mana ni?? Cer korang tengok, rasa rasa yang mana paling sesuai eh?
Set 1: Active Mom Set

Active Mom Set – Advance Moisture Therapy Cream dan Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion
Advance Moisture Therapy Cream (50 gm)
Penyelesaian cepat untuk tumit merekah dan tangan kering
– Melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras
– Memulih kulit merekah dengan cepat dan meredakan kepedihan disebabkan oleh rekahan
– Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak
Kandungan: Vitamin E, Tea Tree Oil and Herbal Extract
Cara guna: Sapukan krim di tumit yang merekah dan tangan kering
VANITY’S FAVOURITE Deep Heat Lotion (100 ml)
Kombinasi minyak tradisional untuk pemulihan dalam bentuk losyen
– Rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot-otot yang lenguh
– Losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan
– Tidak berminyak atau melekit
– Membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat
Kandungan: Sunflower Seed Oil, Peppermint Oil and Ginger Root Oil
Cara guna:
Ratakan di bahagian badan yang sakit dan urut mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya digunakan selepas mandi atau sebelum tidor. Tidak perlu dibilas dengan air. Elakkan terkena mata.
Harga Promosi = RM38 (termasuk gst)
Set 2: Beautiful Skin for Mum Set

Beautiful Skin Set – Vitamin E Magic Exfoliating Gel dan Vitamin E Moisturising Mask
Vitamin E Magic Exfoliating Gel (30 ml)
Skrub gel untuk membersihkan sel-sel mati, bintik hitam dan bintik putih dengan lembut dan berkesan
– Sel mati, bintik hitam dan bintik putih dieksfoliat secara lembut dan berkesan tanpa merosakkan kulit
– Mengecil dan menghaluskan pori
– Memudarkan parut jerawat, parut demam campak dan pigmentasi
– Sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan kering
Kandungan: Aqua, Hibiscus Sabdariffa Flower, Aloe Vera and Witch Hazel
Cara guna:
Letakkan sedikit Vitamin E Magic Exfoliating Gel di tapak tangan, sapukan sedikit demi sedikit di muka dan gosok muka dengan lembut. Seeloknya gunakan seminggu sekali selepas mencuci muka (tidak digalakkan jika mempunyai masalah jerawat).
Vitamin E Moisturising Mask (100 ml)
– Tambah kelembapan kepada sel-sel kulit supaya ia menjadi lembut, lembut dan berseri.
– Sapukan pada muka dan leher, biarkan selama 30 minit dan bilas.
– Guna dua kali seminggu.
Harga Promosi = RM47 (termasuk gst)
Set 3: Pamper Your Mom Set

Pamper Your Mom Set – Vitamin E Body Serum dan Vitamin E Body Exfoliating Scrub
Vitamin E Body Serum (125 ml)
Losyen badan harum menawan untuk kulit lembut dan licin yang diperkayakan dengan madu dan Vitamin E
– Mudah diserap tanpa rasa berminyak
– Kulit rasa lembut dan licin
– Memulih dan menyihatkan kulit
– Anti-bau badan dengan deodoran asli
Kandungan: Sunflower Seed Oil, Rosehip Oil and Honey
Cara guna:
Selepas mandi, sapukan sedikit Serum Badan Vitamin E ke seluruh badan, terutamanya bahagian lengan dan kaki.
Vitamin E Body Exfoliating Scrub (125 ml)
Merangsangkan penjanaan sel kulit baru untuk kulit sihat dan berseri
– Untuk kulit bersih, cerah dan berseri
– Eksfoliat dengan lembut untuk buang sel-sel kulit mati
– Mencegah jerawat badan
Kandungan: Cucumber Extract, Witch Hazel, Rosehip Oil dan Honey
Cara guna:
Picitkan sedikit Skrub Eksfoliat Badan Vitamin E dengan Minyak Rosehip ke atas tapak tangan yang lembap. Urutkan badan yang telah dibasahkan secara lembut dengan cara berpusing-pusing untuk menanggalkan sel-sel permukaan kulit yang mati. Tumpukan perhatian pada bahagian yang kasar terutamanya siku, lutut dan tumit. Bersihkan dengan air.
Harga Promosi = RM35 (termasuk gst)
Set 4: Mom’s Favourite Set

Mom’s Favourite Set – Vanity’s Favourite Perfumed Body Lotion dan Perfumed Shower Gel
Vanity’s Favourite Perfumed Body Lotion (150 ml)
Losyen wangi eksklusif diperkaya dengan Vitamin E
– Untuk kulit lembut, lembap, licin dan berbau harum sepanjang hari
Kandungan: Sunflower Seed Oil, Vitamin E, Vitamin A and Rosehip Oil
Cara guna:
Selepas mandi dengan Gel Mandian, sapukan sedikit losyen pada seluruh badan, terutamanya pada bahagian lengan dan kaki.
Vanity’s Favourite Perfumed Shower Gel (150 ml)
Mandian eksklusif dengan haruman yang tahan lama
– Membersihkan kulit dengan lembut
– Kulit segar, lembut bak sutera dengan haruman menawan
Kandungan: Aloe Barbadensis Leaf Extract
Cara guna:
Tuangkan sedikit ke atas tapak tangan, tuala atau sepan. Buihkan dan ratakan keseluruh badan dan bilas dengan air.
Harga promosi: RM34 (termasuk gst)
Yang Mana Satu Pilihan Hati?
Hmm diantara barang yang ada dalam semua set tu, Mama memang guna Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion dan Vitamin E Magic Exfoliating Gel. Malah, Deep Heat Lotion tu dah jadi benda yang wajib ada dah kat rumah ni. Bila lenguh lenguh atau kembung perut, Mama sapu tu je. Sapu sebelum tidur, perghhh lena aii tell u! hehe

Salah satu produk Cosmoderm kesukaan Mama 🙂
So…persoalannya sekarang, nak bagi set yang ada barang Mama dah biasa guna, atau set yang lain? Haaa nanti aii boleh tumpang cuba guna jugak. Ehhh tak salah kan, ‘tumpang’ guna barang mak kita. Eleee macam lah korang tak biasa buat, kan..kan? hahahaa 😉
Ehhh jap..jap…Mama pun ibu juga, nak hint hint kat Ayah laa suh beli untuk aii. Tak pun, beli sendiri je lah. Alang alang dah harga promosi ni haaa. Reward myself gitteww 😉
Ohh yaa…promosi ni sehingga 20 Mei 2017 ni saja tau. Boleh beli dari website Cosmoderm, Lazada, 11Street dan Shoppee. So tunggu apa lagi? Jom shoppinggg…yahooo! 😉
Maklumat lanjut di:
Website: Cosmoderm
Facebook: Cosmoderm
Instagram: Cosmoderm
5,028 total views, 2 views today
ai macam dah tahu jer u nak pilih yg mana …..ekekekeke
yg mana eh? heheheh
hari tu termimpi beli cosmodem utk diri sendiri sbb byk post pasak cosmodem ni dekat bloglist..XD
jadikan mimpi itu kenyataan hehehhee
Menarik semua set tu, beli semualah kat mak.
Di samping boleh kongsi kebaikan produk² Cosmoderm dengan mak kita kan?
Kannn…alang alang tgh harga promo ni
Idea bagus untuk hadiah buat Mak ni.. satu penghargaan untuk Mak.. Tq kak bagi idea..
Yup, mesti mak suka
waa.. idea yang best nih.. selalu bawak mak g makan kat luar jek.. hee~
atiehilmi dot com recently posted…KEMPEN DARIPADA IBU KEPADA IBU MERINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL
Haa sesekali bagi benda yang mak boleh guna, best tau
Hmm..bagi mak set camnilah. Selain bawak pi makan.. Asyik bagi baju and perfume aje selalu.. hehe.. tq mk3
nor hazmira recently posted…Manfaat Collagen Powder Shaklee
Yup sekali sekala bg set camni best
bagi cosmoderm senang kan,
Betul, benda elok boleh guna