Salam dears… Ingat kan dah move on, rupa rupanya belum! Bila tengok gambar, masih nak tersenyum…sambil rasa macam ehh ehh lawa juga aku ni ye hahaha *perasan!*. Walaupun cantik tu hanya kerana makeup, tapi tetap rasa macam Cinderella – berubah daripada si comot…menjadi sang puteri gitteww hahaha. Umpama magik je… dan pari-parinya ialah Makeup Artist (MUA) Faeezah Pija. Bagi Mama, dialah MUA terbaik di Selangor dan KL ni!
Misi Mencari MUA
Masa mula mula dapat tahu ada Photoshoot Raya #KBBA9, Mama tak terfikir pun nak cari MUA. Tapi bila semakin dekat harinya, kawan kawan yang lain makin teruja bercerita tentang MUA…maka Mama pun tiba tiba rasa kalut. Ehh kang orang lain semua lawa lawa makeup, tak kan aku sorang ja nak biasa biasa? Huhh tak boleh jadi ni…kelam kabut aii mencari MUA tau.
Gigih skodeng Instagram dan Facebook mencari #MUABangi, #MUASelangor, #MUAKL. Pulun tengok gambar hasil kerja MUA ni semua, dan Mama terpikat dengan apa yang Mama nampak di Instagram MUA Faeezah Pija.
Terus Mama tanya Pija dan nasib baik lah pagi tu dia free, boleh solekkan Mama. Tapi dia kena balik awal katanya sebab tengah hari dia ada tugas makeup model kat studio plak. Fuhhh rasa nak joget joget sangat masa tu! Leganya laa haii dapat MUA yang kita nak, feeling dia macam menang hadiah ja tau hahahha

Mula mula keliru nak memilih Glamz Look atau Dolly Look, dua dua lawa!
Merasa Juga Jadi Cantik…
Walaupun Mama ni tak pandai tentang makeup, tapi Mama tahu yang tak semestinya semua MUA boleh hasilkan solekan macam apa yang kita nak. Paling risau kalau makeup buruk gila. Sebab Mama pernah mengalaminya sendiri, lain diharap tapi lain yang jadi huhuhu.
Ingat lagi, solekan di hari penting plak tu. Baru sekejap ja makeup dah bercapuk nampak tak sekata dan crack, buruk! Dan sebab itu lah, kali ni Mama rasa puas hati sangat sangat dengan hasil sentuhan Faeezah Pija ni. Nahh korang tengok lah sendiri hasilnya…

Akhirnya Mama pilik Glamz Look, dan kawan kawan kata cantik, yayyy!
Hmm Mama rasa bukan setakat dapat apa yang Mama nak, malah sentuhan magik si Pija ni mampu mengubah Mama daripada yang biasa biasa menjadi luar biasa! Sampai ada yang tak cam sebab macam anak dara katanya. Waahhh bertambah kembang montot aii bila diorang kata camtu, nasib baik tak terkoyak skirt hahaha 😉

Sebelum dan selepas. Macam langit dengan bumi kan…magik!

Macam anak dara katanya…auwww hehehe
Sampai Ada Yang Tak Kenal!
Serius Mama sendiri pun tak sangka tau, yang muka Mama berbeza sampai gitu sekali. Patut lah lepas dah siap bersolek tu bila Mama jumpa geng KBBA yang lain, ada yang takat pandang dan senyum senyum je…tapi tak datang tegur borak borak pun. Rupa rupanya diorang tak cam tu siapa, ingatkan ahli baru katanya hahaha.
Geng yang dah biasa jumpa pun, bila dengar suara baru cam itu Mama. Adehhh…nampak sangat kalau tak makeup tak lawa hehe. Tapi tak kisah lah, janji masa sesi photoshoot tu makeup yang cun telah berjaya buat aii fefeeling model Muslimah gitu hahaha 😉

Inilah dia pari pari Mama, MUA Faeezah Pija yang manis orangnya
MUA Terbaik di Selangor dan KL
Hmm…kalau korang ada apa apa majlis dinner ka photoshoot ka kenduri ka…atau nak cari MUA terbaik di Selangor dan KL untuk makeup tunang ka nikah ka sanding ka….Mama memang rekemen korang dapatkan khidmat daripada MUA Faeezah Pija ni.
Mama tak tahu lah apa jenama alat solek yang dia gunakan, tapi makeup Mama hari tu tahan elok sampai petang. Walaupun cuaca panas dan berpeluh peluh, tapi tak perlu touch-up pun makeup masih elok. Dan…kulit tak ada rasa gatal gatal atau naik jerawat lepas tu. Suka sangat bab ni.
Haa nak berurusan dengan dia pun senang, sebab dia ramah dan mudah mesra orangnya. Mama yang ‘buta’ bab makeup ni tanya macam macam soalan yang tak berapa cerdik pun dia layankan je hehe. Terima kasih banyak banyak lah ye Pija 🙂
Kelas Belajar Makeup di Kuala Lumpur

Kelas makeup murah di KL
Ohh yaa…Pija juga ada buat kelas belajar makeup tau. Jadi kalau korang nak belajar selok belok solekan ni, haaa boleh laa masuk kelas dia. Harga kelas pun Mama rasa sangat berpatutan tu, sebab semua alat solek disediakan. Boleh pergi kelas tu melenggang bawa diri sendiri je.
Mama ni pun macam teringin gak nak pergi belajar. Mana laa tau kot kot ada bakat terpendam, berseni tangan aii ni ke kan. Nanti boleh jadi freelance makeup artist kan, kan? Paling tidak pun, senang boleh solek diri sendiri je bila ada apa apa majlis. Ishh…macam teringin plak nak merasa jadi cantik lagi hehehe
Haa apa apa korang nak tau lebih lanjut, sila skodeng Instagram atau Facebook Pija ye. Atau korang Whatsapp je dia terus. Jangan risau, dia tak makan orang punya lah hehehe
Faeezah Pija MUA Terbaik di Selangor dan KL
Instagram: Faeezah_Pija
Facebook: Faeezah Pija
Whatsapp: 018-2221684
6,269 total views, 2 views today
uih..memang sangat berbeza selepas di make over…memang betul macam anak dara..terbaiklah MUA ni…
Yup MUA terbaik! 😊
Tahniah..
Pandai betul MUA Pija makup Mama..
Nampak cantik.. sekali tengok macam anak dara.. kalau first time orang jumpa mama masa tu, tentu ada yang tak percaya mama dah ada anak kembar 3 yang dah besar.. hehehe..
anuar recently posted…Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Tu lah terrornya Faeezah Pija ni kan hehe
hilang eyebag tu bes. hehehe.. mmg lawo.
Kannn…magik!
Lawanya!!!!! Tergoda sgt2 huwaaaaaaa…nampak tak berat sgt makeup tu look so natural kak nani…ohhh jatuh cinta!
Kan…nampak natural kan. Sbb MUA nya terror! hehe
Salam Ziarah & Salam Perkenalan..
cantiknya mama kembar 3 ni..selalu skodeng jer..hari ni tetiba rasa nak komennnn.. hehehe
Wsalam. Sebab makeup jer tu hehe
Memang comel makeup u masa tu, meletopsssss! Hehehee.
Meletopss sbb makeup jer hehe
mmg cantikkkkkkk sgt mama oiii,siyes tak cam heheee
Akak pun memula tak cam Sue tau, lawa!
wah
10years back.
Tak yah diet pun, terus nampak muda hahahhaha
hoho..
kena beelajar mekap la jawabnya ni.
Jom jom belajar mekap haha
Wow..bestnya mama..
Teringin jugak.. tapi tulah kan..risau kalau yang diharap lain, yg jadi lain..huhu
nor hazmira recently posted…Manfaat Collagen Powder Shaklee
Sebab tu kena pilih betul betul, tgk sample hasil kerja. Alhamdulillah dah jumpa yg the best 🙂
Murah jugak kelas dia ni…
Kan..I survey tgk banyak harga mahai dari ni
memang ramai yang nak tegur kak nani tu takut . sebab ingtkan blogger mana.. lawa gilerrr…
Gitu…hehehe. Hebat kan MUA akak hehe
memang lain sangat tengok kak nani! kalah anak dara sebenarnya. haha!
Perghh kalah anak dara terus hahahhaha
memang cantiklah
RAIHANAH AHMAD recently posted…Shaklee Collagen Powder Drink Terbaik Di Pasaran
Hasil kehebatan MUA 🙂
cantik sangat kak nani oii
TQ tq 🙂