Salam dears… Semalam kitorang pergi Sogo. Nak belikan seluar jeans dan baju untuk si kembar. Kira baju raya gak lah ni. Saja beli awal, Mama ni jenis malas nak bersesak sesak shopping masa puasa.
Selalu Mama tak bawa si kembar ni kalau nak shopping baju, sebab selalunya kalau ada diorang jadi kecoh ja hehe. Tapi nasib baik lah semalam bawak jugak diorang. Sebabnya…Mama dah tak pandai nak agak saiz diorang dah! Kalau beli tanpa cuba, ntah ntah salah saiz ja huhu

Macam semalam, masa ambil seluar jeans…Mama angkat saiz 10 nampak macam besar sangat. So ambil saiz 8. Pastu suruh si Fahmi cuba dan rupa rupanya ketat! Nak zip pun tak boleh, perut moncit sangat hahaha. Pastu try saiz 10 baru muat, padahal Mama ingat saiz 10 tu besar dan panjang giler kot…
Adehhh dah besar panjang dah rupanya anak anak Mama ni. Mama je yang dok nampak diorang kecil lagi. Masih terbayang tiga orang bayi terkodek kodek dalam baby cot, gitteww hehehe *sindrom mak mak*
Hmm…tak lama je lagi…dah masuk sekolah menengah, pastu universiti. Pastu bekerja dan punya keluarga dan kehidupan sendiri. Haishhh cepatnya masa berlalu!

Rindu masa si kembar baby dulu…
Harap harap Mama & Ayah sempat habiskan masa sebanyak yang mungkin dengan si kembar ni. Quality time. Jangan lah kami terlalu leka dengan kerja dan urusan harian, sampai tak cukup perhatian untuk anak anak. Sebab pejam celik, pejam celik…anak anak dah besar! Masa tu, menyesal pun dah tak guna…
6,327 total views, 1 views today






Haah kan.. sekejap betul masa berlalu…
Kena dapatkan adik untuk si kembar ni.. 😉
anuar recently posted…Hadiah Hari Guru 2017
Belum ada rezeki huhu
betul… time dah besar nanti anak dah bz dengan kawan2 dia
lisak recently posted…Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
kan…
Nanti lama-lama..masing-masing akan pilih ikut citarasa sendiri…mama dengan ayah tunggu kat kaunter je…
Tu la kan, Mama Ayah jd tukang bayar je hehe
Betul tu, kejap je anak² membesar. Macam anak dara Mas tu, dah tinggi dari mamanya dah, hehehee!
Mama maintain muda hehe
sogo ada sale tak bahagian pakaian kanak2? cadangnya nak pegi soping baju raya anak2 kat sana wiken ni..lama betul dah tak pegi sogo almost 8thn kot
Yup ada, masa Sabtu lepas ada sale situ. Tapi tatau sampai bila sale
Ada anak ni banyak nikmat Allah bagi
Semakin mereka membesar semakin kita sedar usia kita meningkat
Bayangkan kalau kita tak ada anak
Masa berlalu sunyi je.
Betul tu, nikmat yg tak ternilai. Alhamdulillah 🙂