Salam dears… Korang suka mandi kolam? Anak anak suka main air? Haaa meh Mama nak cerita pasal Singgah Santai Resort, Hulu Langat, satu tempat menarik untuk bawa anak-anak mandi kolam di Selangor ni…dan harga tiket masuk ke kolam renangnya pun murah saja! Haaa bab tiket murah tu yang buat lagi best tu untuk orang yang anak ramai macam Mama ni hehehe

Si kembar dah sampai kat Singgah Santai Resort, yayyy!
Mandi Manda di Singgah Santai Resort, Hulu Langat, Selangor
Mama dapat tahu tentang Singgah Santai Resort ni lepas baca kat blog Kak Long Saidila. Sebelum tu, tak pernah dengar pun, padahal tak jauh daripada rumah kitorang ni haa. Lepas dah ke sana, terus rasa uishhh ruginyaaa…awat laa tak tahu awal awal? Sebab memang boleh jadi tempat yang syiok untuk bersantai bersama keluarga dan kawan kawan di hujung minggu tau. Kenapa? Haa meh nak cerita mehh…
Harga tiket yang murah
Bagi Mama harga tiket untuk masuk mandi kolam kat Singgah Santai Resort ni sangat berpatutan. Tiket untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5, dan umur 1 tahun kebawah percuma. Kitorang 5 beranak, tiket masuk RM35 ja. Aii like sangat sangat bab tiket murah ni yahooo! Ehh ada ke orang yang tak suka harga murah camni hehehe.
Tapi kan…dah bayar harga tu je, korang jangan laa expect kolam dan slides yang gah macam kat Sunway Lagoon tu plak. Aii cubit kang baru tau hehehe
Kolam renang untuk kanak-kanak
Ada 5 kolam mandi kat sini dan 3 adalah kolam kanak-kanak. Jadi budak budak memang enjoy lah puas banyak kolam nak berkubang. Bagi Mama kolamnya agak luas juga dan selesa untuk mandi manda. Ada satu kolam tu rasanya memang sesuai untuk budak budak umur 2-3 tahun sebab air cetek dan kat tempat berbumbung jadi tak panas. Meh nak tayang gambar naa…

Masuk je terus nampak kolam kanak-kanak ni

Kolam kanak-kanak

Kolam kanak-kanak

Slides kat kolam kanak-kanak

Kolam renang untuk kanak-kanak kecil, berbumbung jadi sejuk je kat sini

Luas, bersambung dengan kolam dewasa yang dalam. Ada dinding pemisah tapi kena sentiasa hati hati pantau anak anak.

Budak yang dah besar cam si kembar ni ok lah mandi kat kolam ni. Budak kecil mesti guna pelampung tau

Kolam renang dewasa ni dalam, Mama pun tak sampai nak jejak kaki

Pakat masuk kolam dewasa juga, memang kena pantau anak anak setiap masa kat sini

Sambil turun slides pun pegang kamera, anak blogger betul lah hehehe
Harga makanan dan minuman yang berpatutan
Biasa laa bila masuk resort atau kolam mandi berbayar macam ni mesti tak boleh bawa makanan dan minuman dari luar kan. Kena beli kat dalam tu je. Tapi kat Singgah Santai Resort ni tak risau sangat bab ni, sebab harga makanan dan minuman yang dijual kat kafeterianya adalah berpatutan.
Nak kata murah giler tu tak lah, tapi InsyaAllah mampu nak beli. Kitorang 5 beranak makan minum hari tu dalam RM40++ kalau tak silap, bagi Mama sangat berbaloi.

Kafeteria di Singgah Santai Resort, ada makanan goreng-goreng

Si kembar nak fries sorang satu, tapi ok sebab banyak dan boleh ulang ulang makan.

Nasi Goreng Kampung dengan telur mata ni RM7 saja. Teh ais tu pun gelas besar. Kenyang…burppp!

Harga makanan dan minuman di kafeteria di Singgah Santai Resort, cilok dari blog Saidila
Kemudahan lain di Singgah Santai Resort
Bab kemudahan lain…tandas dan bilik persalinannya ok lah. Tak kotor, tapi nak kata bersih bersinar sinar pun tak juga. Maklumlah tandas awam kan. Tapi ok lah, tak lah rasa geli geleman nak guna. Mama guna tandas yang dekat dengan kolam dewasa tu. Dalam tandas ada ‘shower’ juga. Bab ni aii like, sebab lepas guna tandas boleh terus basahkan/basuh badan sebelum nak terjun semula ke dalam kolam. Rasa bersih sikit camni kan.
Surau pun ada, luas dan selesa. Kalau nak tidur bermalam kat sana pun boleh, ada bilik penginapan dan juga homestay. Harga Mama tak tahu, sebab tak tidur situ. Rumah dekat je kot, orang kata kentut pun leh dengar, jadi balik rumah je lah hahaha 😉
Ohh yaa kat tepi tepi kolam tu ada meja dan kerusi untuk duduk lepak sambil pantau anak anak. Kat kawasan kolam kanak-kanak ada gazebo juga.

Ada meja & kerusi untuk duduk tepi tepi kolam tu
Singgah Santai Resort – Kami Pasti Kembali!
Kitorang satu famili memang puas hati lah bermandi manda main air kat sana. Sampai hitam legam laa kulit masing masing ‘sunburn’ huhuhu. Bayangkan, dari pukul 10 pagi sampai 3 petang berkubang, ko rasa? Dah balik rumah baru sedar, apsal hitam semacam je anak anak aku ni. Pastu pergi tengok muka sendiri kat cermin, aiseh hidung berbelang sudahhh hahaha.
Haaa lain kali pergi, kena pakai ‘sunblock’ dulu lah jawabnya. Ehh lain kali? Yup, InsyaAllah kitorang akan repeat lagi pergi Singgah Santai Resort ni. Sebab dengan bajet bawah RM100, dah boleh enjoy satu famili 5 beranak termasuk makan minum, sangat berbaloi lah bagi Mama. Sebulan bajet kumpul RM50, lepas dua bulan boleh laa repeat lagi. Bijak tak aii? hehehe 😉
Maklumat lanjut:
Website: Singgah Santai Resort
Alamat: Lot 7141, Jalan Felcra Semungkis, Sungai Gahal, Batu 14, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 013 – 372 7706 / 019 – 676 8454
Email: singgah.santairesort@gmail.com
31,212 total views, 2 views today




Info yang menarik..
Kalau ada masa boleh bawa anak2 mandi dekat sini..
Haa bawak lah nnt
best jugak ni m, dekat dengan cafe.. biasanya tempat mandi manda jauh dari cafe.. lapar je boleh terus makan hihi
lisak recently posted…Budak Sekarang Memilih Kerja !
Betul betul betul, siap boleh bawa & makan kat meja tepi kolam gak
best jgk tu. tak jauh dr shah alam ni
Boleh laa try pi
Okeh! Cun!! Boleh bawa Amrafahan mai sini!!!
Pi jangan tak pi, mesti depa enjoy main ayaq hehe
nanti pasti bawak anak2 ke sini, macam best aje!
Jom Singgah Blog Kak Y
Bawak laa 🙂
menarik..boleh bawak fariza dekt sini
Bawak la, mesti fariza enjoy
Saya pnh bawa ank2 2 then kos..kos 2 minggu ank2 adik demam x surut2..g klinik dah..last terus g hpital sbb demam 2 minggu x baik2..kena tahan wad..rupanya kena kencing tikus..
Alahai siannya anak anak u. Nasib baik masa kitorang pi tak kena huhu