Salam dears… “Bukan blogger pilihan”. “Tak sangka lah dia yang menang!”. Haaa ramai yang terkejut bila keputusan kontest ‘Kenapa Aku Pilih Tyzara’ diumumkan. Ishhh bukan orang lain je surprised, Mama sendiri pun sama naik terkejut hokeyyy.
Serius tak sangka boleh menang. Sebab masa Mama masuk kontest tu bukan sebab nak menang. Tapi niat lebih kepada nak berkongsi cerita tentang kebaikan Tyzara, shampoo soya yang telah berjaya merawat masalah rambut gugur Mama!
Harap ada peluang untuk menang tu ada lah, tipu laa wehh kalau masuk kontest langsung tak dak seciput pun harap nak menang kan? Tapi..setakat harap je lah, tak dak target atau aim nak menang pun.
Terkejut Terketar Ketar Tangan!
Itu yang bila keputusan diumumkan, aii terkezut yang amat! Ketaq ketaq tangan masa baca blog Ben Ashaari dan wassap dari kawan kawan. Rasa nak nangesss pun ada. Siap lari pergi sembunyi kat tandas sebab takut bos nampak aii nak lompat lompat hahaha.
Mama punya tahap tak percaya tu, sampai tanya orang lain…apa istimewanya artikel aii? Melainkan senyuman manis si Faris dalam entry tu hehehe. Sebab artikel lain hebat hebat belaka! Dengar katanya saingan sengit wooo… Mama konpem lah juri tu tensen tak tidur malam stress nak memilih pemenang nya, sebab ramai yang layak!

Tak pernah mimpi nak dapat IPhone7. Tapi kan…kalau dapat Nokia 3310 pun Mama tetap happy jugak, sebab kemenangan itu yang buat aii terharu…
Sampai ke hari ni, walau pun hadiah dah dalam tangan, Mama masih rasa macam tak percaya…errr aku menang?? Biar betul aku menang! *cubit lengan*tampar pipi*joget joget* hahahaha
Rezeki Semata Mata
Apa apa pun, Mama sangat bersyukur atas rezeki yang tak dijangka ni. Yakin je lah bak kata kawan kawan, rezeki tak salah alamat. Kecuali Ahmad Rezeki tersalah pergi rumah orang lain hahaha 😉
Setinggi tinggi penghargaan kepada Tyzara kerana menganjurkan kontest ni, dan kepada juri misteri yang sudi memilih artikel Mama. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari, yang selalu berkongsi ilmu bagaimana untuk memperbaiki penulisan dan memantapkan blog. Sungguh…banyak yang Mama belajar daripada korang semua tau.
Dan tentu lah terima kasih kepada si Faris sebab sudi lukiskan gambar Tyzara dan bagi testimoni puji rambut Mama hehe. Semalam kan masa bagitau dia kan, dia terus kata “haaa macam tu handphone tu Faris punya lah!”. Hamboihhh pantas je ko nak ye hahahaha
Akhir kata, tak lupa juga sekalung tahniah kepada para pemenang lain Shiqeen Sattar, Razzwey, Saidila, Shehan dan Lisa. Kita menang wehhh, kita menang! *lap air mata*

Terima kasih Puan Ezza, founder Tyzara kerana mencipta shampoo soya yang berjaya merawat masalah rambut aii 🙂
10,623 total views, 2 views today
terbaik kak.. tahniah hihi yeyy geng ipong opss
Oppsss hahaha
Tahniah sekali lagi ni. Rezeki tu!
Betul tu mas, TQ!
Tahniah akak. minggu depan kita selpiaqqqq banyak2
Okeh settt hehe
wow..tahniah..tak sangka kan..rezeki kan…alhamdulillah..
Alhamdulillah 😊
Tahniah.
Terima kasih 😊
Tahniah mama… rezeki mmg tak pernah salah alamat kan..
Alhamdulillah. Tq Dilah
tahniah kak. rezeki besar . semoga terus murah rezeki 🙂
Amin. TQ kechik
wahhh bestnya, Alhamdulillah tahniah
Alhamdulillah 🙂
terharu baca…nama disebut oleh si juara ….sekali agi tanpa jemu nak ucap tahniah kawannnn…..hahahahaha
alahai jgn laa sebut juara, segan plak rasa hehehe
Alhamdulillah tahniah sangat sangat..boleh bayangkan betapa happynya bila dapat sesuatu diluar jangka…syukur..
Tu lah hehe. TQ PC 🙂
tahniah.
bukan sonang tu nak menang.
hoho
Terima kasih! Alhamdulillah rezeki 🙂
Tahniah…
Lepas ni tentu semakin bersemangat nak tulis blog..
anuar recently posted…Hadiah Terbaik untuk mu….
TQ. Harapnya camtu lah hehehe
Alhamdullillah Tahniah. I desrve it! #jeles
InsyaAllah next contest kita join lagi SS
Syukur. iPhone tuu.
Alhamdulillah, syukur sgt 🙂
tahniah sis!
Terima kasih 🙂
Makin hebat blog mama ni.. Tahniah ! iPhone7 tu bukan senang nak dapat.. Terbaik
Alhamdulillah, rezeki. TQ! 🙂
Tahniah…wah Iphone 7 laaaa
Alhamdulillah, rezeki. TQ SA 🙂
Tahniah..iphone tu
TQ Nad 😊