Salam dears… Bila ada kawan yang baru melahirkan atau dapat anak, Mama selalu fenin memikirkan nak bagi hadiah apa ye…yang sesuai untuk baby? Kalau ada kawan jemput ke majlis harijadi anak kecil diorang pun macam tu juga, apa nak bagi ni?? Tambah plak, masa bajet tak berapa nak ada huhu. Nak yang best, tapi pada harga murah…haishh acaner tu? Hahaha… Itu pasal lah bila Shiqa cadangkan selimut kanak kanak atau blanket baby ni…ehhh menarik lah!
Hadiah Menarik Untuk Bayi dan Kanak-Kanak
Terus Mama terjah Instagram si Shiqa tu, cuci mata tengok apa yang ada. Dan Mama rasa memang sesuai sangatlah nak jadikan sebagai hadiah. Sebab boleh guna buat alas kat katil ke baby cot ke tempat tidur baby gak. Nak bentang tengah rumah buat lapik tempat anak nak golek golek pun okay.
Lagipun selimut ni boleh guna lama, sampai umur cam si kembar ni pun ok. Huishhh bukan main suka lagi dak tecik tiga orang ni ada selimut baru tau. Masa sampai tu, belum sempat basuh dah pakat kalut mintak nak guna. Tiap tiap hari tanya “selimut kita dah basuh ke Mama?”. Selagi tak basuh, selagi tu lah dok ulang soalan tu sampai naik stress Mama hahaha. Mana tak nya, corak diorang pilih sendiri hokeyyy, mau tak excited kannn? Hehehe

Tiga dak tecik yang excited ada selimut baru, yayyy!

Tak menyempat nak ambil gambar, si Fauzi dah sibuk nak golek golek atas selimut kanak kanak ni hehehe

Pilihan hati si Faris 🙂

Fahmi nak yang ni, ada bintang bintang katanya hehehe

Fauzi pilih yang ceria dan comel! hehe
Selimut Kanak Kanak Murah dan Berkualiti
Mama sukaaa selimut kanak kanak patchwork dan puas hati lah dengan kualiti dan harganya. Kain cotton yang lembut dan selesa, jahitan pun kemas je. Warna dan corak selimut patchwork ni plak comel comel belaka, mesti budak budak suka punya lah! Ehhh mak budak pun suka gak ni…sebab harganya cuma RM35 ja sehelai. Bagi Mama, harga tu ok sangat untuk kualitinya, aii like! hehehe

Kemas jahitannya
Haaa blanket baby ni buat hadiah harijadi pun lawa gak ni. Selalu pergi birthday party, Mama asyik dok bagi mainan atau buku je. Lain kali nak bagi selimut ka cadar camni plak lah, baru lah lain daripada yang lain kannn?

Comel kan? Nak bawa travel pun senang, lipat lipat masuk balik dalam beg tu ja
Ohh yaa…kalau korang nak tengok lagi banyak koleksi yang ada, boleh usha kat Instagram Shiqa. Cadar dan toto patchwork yang comel comel, lawa lawa pun ada wehhh. Mama ni dok menahan ja daripada terrrbeli cadar lagi hahaha. Hmm bersiap sedia untuk mengorder lah yer hehehe 😉
Website: Blanket Kanak Kanak
Instagram: shiqanawar_blanket_
Facebook: BlanketBaby
Whatsapp No: 019-3364821
Email: shiqa.nawar@gmail.com
4,031 total views, 3 views today
Boleh usha-usha ni kalau nak bagi hadiah kat baby kawan hehe tqqqq
Sila sila usha hehe
Menarik gak tu.. comel dan simple.. boleh jer dijadikan sebagai hadiah… tentu kawan mami suka..
anuar recently posted…Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
Kan…buat hadiah comel ni
comelnya..buat anak dara kita pun ok gak ni
A ahh sesuai ni utk fariza