Salam dears… Hari Isnin lepas, balik je dari sekolah si Fauzi tunjuk mata belah kanannya merah. Katanya dia gosok mata sebab masuk habuk. Mama pun relek je lah, sebab tengok tak merah sangat pun.
Tapi pagi Selasa bangun ja tengok mata dah bertambah merah, pastu bertaik mata sikit. Dah sudah…sakit mata ke ni? Terus Mama terpanik sikit memikirkan kalau sakit mata tu susah lah…kang berjangkit kat lagi dua orang macam mana? Nak hantar taska pun mesti cikgu tak bagi kan. Dah laa Mama ngan Ayah dua dua orang tengah bizi giler kat ofis.
Nasib baik lah mak mertua Mama tinggal berdekatan. Ayah terus call tanya boleh tak tolong jagakan si Fauzi dan mak mertua kata ok no hal. Pastu Mama mintak dia tolong bawa Fauzi pergi klinik. Doktor check…konpem sakit mata! Conjunctivitis.
Alahai…teringat Mama pernah kena juga dulu, masa zaman stadi dulu. Sampai 2 minggu lebih baru nak baik. Memang seksa sangat, nak sujud pun sakit. Masa tu housemate Mama pun pakat pakat kena. Sorang tu, sampai kena pergi jumpa pakar mata untuk rawatan lanjut sebab condition teruk sangat. Hmm Mama harap sangat jangan laa berlarutan terlalu lama sakit mata si Fauzi ni.
Nasib baik lah Fauzi ni ok ja, tak dak meragam ka apa ka. Ubat berlambak pun dia senang je telan. Dia lagi syiok tak payah pergi sekolah dan dapat lepak kat umah nenek dia ada lah hehehe. Pagi ni tengok mata dia dah makin ok, dah kurang merah. Doakan moga dia cepat sembuh dan jangan lah berjangkit kat sesiapa dah yer…
7,522 total views, 1 views today
syafakallah Fauzi… 🙂
Thank u 😊
Moga Fauzi cepat sembuh ya…betul la mama…waktu nak sujud tu..nacam nak copot biji mata…kalau panas terik pun..lain macam peritnya..
Perdu Cinta recently posted…Moga Menjadi Jentera Hebat Kelak
Kannn…seksa huhu. Tq PC
Hesem jugak pakai spec mata hitam tu..
Semoga lekas sembuh..
anuar recently posted…Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Dia lagi suka dpt pakai spek hehe
Semoga cepat sembuh dari kami 🙂
Amin… Terima kasih
Sakit mata memang bahaya klau x di rawat dengan cepat
Tu laa. Nasib baik cepat detect