Salam dears… Disebabkan dah janji ngan si kembar ni nak tengok wayang, tapi tak dak mood nak tengok Power Rangers, maka semalam kitorang pergi tonton movie Kong Skull Island je lah.
Mama ni tak berapa suka sangat cerita King Kong. Movie Kong sebelum ni yang Jack Black berlakon tu Mama tengok separuh jalan je dah hilang minat. Tapi…Kong Skull Island ni…fuhhh dari awal sampai habis, memang layannn…
Sebab ceritanya lain daripada cerita King Kong yang biasa tu. Kali ni bukan Kong saja yang bersaiz gergasi, ada banyak monster lain yang lebih menakutkan daripada Kong! So bagi Mama Kong kali ni memang best. Berdebar debar sepanjang dok tengok, sebab tak tahu monster apa plak yang akan muncul…tau tau je dah kena ngappp!

Kong Skull Island best…tapi boleh jadi agak menakutkan untuk kanak-kanak kecil.
Hmm bagi Mama Kong Skull Island ni ganas dan menakutkan jugak lah. Si kembar ni suspens ja sepanjang tengok Kong, ntah berapa kali menjerit terkejut. Ngan Mama sekali lah menjerit tu hehehe. Si Fauzi siap sembunyi bawah ketiak Mama pastu dok tanya “monster apa plak nanti Mama? Fauzi takuttt…”. Adeh…hilang konsentrasi aii hehehe
Tapi si kembar ni kira ok lah juga, lepas tu diorang dah lupa. Tapi kalau budak yang lagi kecil rasanya tak sesuai tengok, takut kang tidur malam termimpi mimpi kena makan ngan monster plak huhu.

Hensem plak Tom Hiddleston dalam filem ni… (pic dari Google)
Apa apa pun, kitorang enjoy tonton movie Kong ni. Memang best! Kalau belum tengok, pergi lah tengok. Pastu bila movie habis, jangan keluar terus tau…tunggu sampai penghujung ending credits tu tau. Tunggu tauu…
7,198 total views, 2 views today
king kong lagi beso…hehe
lokmanamirul recently posted…5 Sukan Termahal Di Dunia
Yup king kong dulu besar giler
Sekarang banyak filem kena remake/reboot.. rajin juga mama tengok movie ni kan 😀
dedauncomel.coom recently posted…Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
Mama mmg movie buff hehe
Hahaha siap menyorok bawah ketiak mama takut ya nak tgk aksi seterusnya…kalau abam Qi sure dah keluar padang sebab dia dah la takut gelap…haihhh bila la nak pi tgk wayang cm anak2 sis hehe
Julia Johari recently posted…Minyak Tok Mudim Migraine Penawar Sakit Kepala Teruk !
Ohh Abam Qi takut gelap eh? Comeii hehe
Plan nak tengok power rangers, tapi dah review kata cite ni best, bolehlah tukar plan tengok Kong Skull Island. Hehehe.
Sila sila..best!
tengok pula kat skrin besar…nampak macam berada kat depan-depan lah kan.
ema recently posted…Steamboat Maeps Bistro Makan Sampai Kenyang
Tu yg buat lagi terkejut tu hahaha
Alamak….kena tengok la kalau macam ni nak tau yang part last tu pasal apalah agaknya
Suria Amanda recently posted…Dua Hari Makan Sedap Orang Belanja
Hahaha sila pi tengok hehe