Salam dears… Tak lama lagi dah nak cuti sekolah, korang dah ada idea ke nak bawa anak anak jalan ke mana? Haaa meh Mama nak cadangkan satu tempat yang menarik untuk korang pergi bersama keluarga. Kalau anak anak korang suka main air dan suka watak kartun Nickelodeon, mesti diorang akan enjoy sangat di Nickelodeon Lost Lagoon (NLL) di Sunway Lagoon ni. Tambahan pula, ada sambutan ulangtahun Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash, bertambah best wooo!

Nickelodeon Lost Lagoon dah umur setahun lah!
Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash
Hari Sabtu lepas Mama sekeluarga diantara yang bertuah dapat hadir untuk merasai sendiri kemeriahan Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash di Sunway Lagoon ni. Fuhhh memang meriah! Bila muzik berkumandang dan para ‘dancers’ mula menari je, terus terasa nak joget joget jugak hehehe.

Bersemangat diorang ni menari, terhibur aii hehehe

“We are pulling out all the stops and holding nothing back to ensure a celebration that visitors will not forget for a very long time” kata Mr. Sean Choo, General Manager Sunway Lagoon (kredit foto Shiqeen Sattar).
Haa korang kenal SpongeBob, Teenage Mutant Ninja Turtle dan Dora The Explorer? Ishhh tak kan tak kenal kot? Si kembar ni memang minat sangat dengan Ninja Turtles…err sebenarnya Mama pun minat. Dok layan kartun tu sejak kecik kot. Jadi bila dapat jumpa dengan Leonardo, Mikey, Ralph dan Donny hari tu, tentulah Mama teruja yang amat!
Bila Ninja Turtles sampai dengan kenderaan diorang “Shellraiser” tu…wahhh Mama punyalah excited! Selalu tengok dalam TV dan panggung ja, ni ada depan mata…memang rasa nak joget joget macam budak budak lah hahahaha

Hai Leonardo!

Teruja tengok Dora, Patrick, SpongeBob, Ninja Turtles dan opkos kek tu juga hehehe

Kanak-kanak dari rumah kebajikan dan rumah anak yatim turut dijemput untuk merasai keseronokan di Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash.

Diantara geng KBBA9 yang turut hadir hari tu – Julia Johari, Shiqeen Sattar, Ben Ashaari dan Sohoque.
Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah
Ohh yaa…Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash ni akan berlangsung sepanjang cuti sekolah dari 18 hingga 26 March 2017 nanti tau. Ada pelbagai aktiviti menarik yang dirancang khas sempena sambutan ulang tahun pertama taman hiburan yang bertemakan Nickelodeon ni.

Pelbagai aktiviti menarik sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash sepanjang cuti sekolah nanti
Setiap pagi akan ada ‘Celebratory Bubbles’, pastu nanti ada permainan ‘Colour Balls Bingo’, ‘Slime Dunk Tank’ dan ‘Bubble Field’. Dalam pukul 3 hingga 4 petang plak ada ‘Birthday Party’ kat ‘Explorer’s Campsite’ dimana ada ‘party games’, ‘face painting’ dan ‘temporary tattoos’. Setiap pengunjung akan dapat ‘party pack’, belon dan juga ‘cupcake’, best kan?

Bubble Field (kredit foto Aznan)

Kelam kabut si kembar ni nak tangkap buih buih tu semua hehehe

Siapa nak merasa kena ‘dunk’? hehehe (kredit foto UmmiNani)

Face painting & temporary tattoos

Great Slime Deluge! Mama tak sempat nak rasa kena siram dengan slime hijau ni, rugiii (kredit foto Aznan)
Haa benda yang paling dinanti nantikan tentulah sesi ‘Meet & Greet’ dengan watak watak kartun Nickelodeon ni. Tapi bukan setiap masa diorang ada kat situ, jadi pastikan korang tengok jadual dan tunggu diorang pada waktu yang ditetapkan ye.

Best woo dapat bergambar dengan watak kartun kesukaan ramai ni. Nak tahu pukul berapa diorang akan muncul, boleh tengok kat website Sunway Lagoon.

Hi five Mikey! 🙂
Lepas dah bergambar dengan Dora, SpongeBob dan Teenage Mutant Ninja Turles tu jangan lupa kongsikan gambar di media sosial untuk kontest ‘It’s Time to Celebrate!”. Mana tau, kot ada peluang nak menang FAMFun Packages dan SpongeBob Run Tickets, best wooo…
Apa Yang Menarik di Nickelodeon Lost Lagoon?
Apa yang best kat sini? Ada 14 tarikan kat Nickelodeon Lost Lagoon ni. Memang boleh layan dari pagi sampai petang lah! Macam kitorang hari tu, sampai pukul 5.30 petang pun masih dok berkubang lagi..padahal pukul 6 dah nak tutup dah. Jenuh dok ajak si kembar naik salin baju, pakat tak nak! Last last kena ugut kang Sunway Lagoon tutup korang tidur lah situ, baru lah masing masing kalut keluar hahaha…

Tarikan yang ada di Nickelodeon Lost Lagoon

SpongeBob Splash Adventure ni best! Ada banyak slides dan tube yang sesuai untuk budak budak.

Splish Splash ni sesuai untuk budak budak kecil, air cetek je.

Jungle Fury. Ayah ngan si kembar naik ni. Best!

Ni namanya ‘Monsoon 360’. Kitorang tak naik pun, takuttt hahahaha (kredit foto Sunway Lagoon)

Kubarango!

Ada kiosk jual makanan dan minuman juga kat situ. So tak payah risau kebuluran, siap duit je lah hehe

Gerai aiskrim pun ada. Panas panas pekena aiskrim memang best!
Tarikan Lain di Sunway Lagoon
Sunway Lagoon ni luas betul lah, penat juga kalau nak menapak pusing semua tempat dalam tu. Selain daripada Nickelodeon Lost Lagoon, ada juga Water Park, Extreme Park, Scream Park, Amusement Park dan Wildlife Park.

Nasib baik ada ‘Express Train’ ni, tak lah penat sangat kena jalan kaki merata.
Tapi hari tu kitorang fokus main kat NLL dan Wave Pool kat Water Park saja, sebab si kembar ni…bila nampak air dah tak nak pergi mana mana dah, nak main air je! Aii nak pergi Waterplexx 5D pun tak dapat huhuhu. Memang nak kena ulang pergi lagi lain kali ni…
Pakej Istimewa Sempena Cuti Sekolah dan ‘Earth Hour’
Ada tawaran harga tiket istimewa sepanjang cuti sekolah nanti tau. Kalau nak pergi bersama keluarga atau dengan kawan kawan, berbaloi grab pakej FAMFun atau pakej 4-To-Go ni…. Pakej ni khas untuk pembelian online, boleh beli dari website Sunway Lagoon “School Holiday Deals”.

Harga tiket Sunway Lagoon dengan pakej istimewa sempena cuti sekolah.
Sempena ‘Earth Hour’ nanti plak, Sunway Lagoon juga akan mengadakan ‘Blackout Beach BBQ’ pada 25 Mac 2017 ni. Boleh laa nak merasa ‘feeling’ berBBQ di tepi pantai, tapi kat dalam KL je sebenarnya hehehe. Berminat? Tiket boleh beli kat website Sunway Lagoon ye.

Makan malam di tepi pantai 😉
Oklah dah panjang membebel ni hehe. Nanti Mama akan cerita lagi tentang aktiviti kitorang seharian kat Sunway Lagoon yer. Memang syiokkk sangat! 🙂
Maklumat lanjut:
Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash
18 – 26 Mac 2017
Website: Sunway Lagoon Malaysia
Nickelodeon Lost Lagoon
Facebook: Sunway Lagoon, Malaysia
Instagram: Sunway Lagoon Malaysia
7,123 total views, 3 views today
nak gi lagi lah… mmg best
shiqeen sattar recently posted…Mentor Milenia 2017 : Black Dedah Rahsia Siapa Designer Pakaian Beliau?
Jommmm!
Best! Area mana derang buat ni.. x terbayang pulak
AZni recently posted…15 Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat
Nickelodeon Lost Lagoon ni masuk dari belah Sunway Resort Hotel
Menarik sangat Nani..ingat nanti nak pergi lagi..
Kak Sue recently posted…Chewies Malaysia Book Of Records di Sunway Lagoon
Jom repeat kak sue
Best sunway lagoon ni kan kak nani…nickelodeon tu fun sgt2…abam Qi suka mandi kt situ ramai kawan2 hehe
JULIA JOHARI recently posted…Tawaran Cuti Sekolah Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st #birthdaybash Sunway Lagoon !
Teringat muka excited Abam Qi main belon hehe
Seronoknya… happy derang!!
Nina Mirza recently posted…Oooo… Lain rupanya rasa Pulut Sekaya ngan Seri Muka
Alhamdulillah mmg happy sangat
Memang seronok datang Sunway Lagoon ni, terutama anak². Berendam berjam² pun mereka sanggup, hehehee!
mas saari recently posted…Cosmoderm Emoji Contest
Sampai kecut pun tak mau balik! hahaha
Menarik nya tempat ni.. Terus teringat muka anak2..
ERAZ FADLI recently posted…Siti Nordiana – Terus Mencintai
Anak anak sure enjoy kat sini
Wah bestnya .teringin nak pi
Pi laa Yanie, cuti sekolah nnt ada harga promo tu
Bestnya kalau dapat join..kembar 3 pasti suka sakan tu kan nani..seronok seseklai buat anak2 happy bawak diaorang kat tempat2 camni kan nani
Lya recently posted…Alhamdulillah Menang Tempat Ke Empat Artikel Terbaik Contest iLancee
Yup betoi, berbaloi bawak anak anak, happy sgt!
Sakan mak2 ni..
Lagi ceria dari anak2
Cik za recently posted…Le Meridian Kuala Lumpur Tawarkan Penginapan Mewah Dengan Harga Paling Rendah
Tu la pasai, sama naik excited hahaha
woahhh. best lahhhhhhh tapi jauh sangat. hehe.
IK Tia recently posted…Jodoh sebelah UiTM
Kalau bila bila u datang KL, boleh laa pi Sunway Lagoon, best!
seronok sangat..sampai teringat-ingat ni ha
nadia johari recently posted…KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG DAN JIWA TENANG
Sama! Si kembar ni dah dok ajak pi lagi ni
alaaaaa jelesnya kitaaaa……teringat dulu pernah jumpa DORA….
saidila@kaklong recently posted…Konsert Kemanusiaan MERCY Muzik4Humanity , Istana Budaya
InsyaAllah nnt ada rezeki kak long bawak famili pi Sunway Lagoon, Aminn
wow. best nyer nani!
Memang besttt!
sgt sesuai bawa anak2 di sini.
Yup betul. Anak anak enjoy sgt
Dah lama tak pergi sunway lagoon. Dulu pernah pergi tapi kena pakai banyak duit. Semua food n drink tak boleh bawa masuk kan susah sikit utk yg ada anak ramai.
Kena beli makanan & minuman dalam tu je. Memang kena bajet betul betul & siap duit secukupnya kalau bawak anak ramai.