Salam dears… Dah laaama dah beli, tapi ni baru teringat nak cerita. Mana laa tau kot ada diantara korang yang dok mencari cadar kanak kanak murah kan, boleh laa usha kat Lazada ni haa. Sebab Mama dah beli dan puas hati, ok laa berbaloi dengan harganya.
Hmm dari dulu lagi Mama teringin nak belikan cadar gambar kereta untuk si kembar. Tapi selalu dok tengok, kalau cadar untuk kanak kanak je…harganya agak mahal. Bila masa sales pun, susah nak dapat bawah RM50 satu set kan? Untuk yang kain cotton laa, kalau kain jenis licin apa nama ntah tu mungkin ada.
Sebenarnya bagi Mama ni, itu pun dah agak mahal sebab nak beli 3 set serentak kan. Mama nak yang satu set dalam RM30-RM40 ja, kalau dapat lagi murah lagi bagus. Dan akhirnya Mama jumpa! Kat Lazada je pun, seller nya Cotton Home. Tak banyak design, tapi yang penting ada yang gambar kartun kereta, yayyy!

Mama beli cadar kanak kanak murah kat Lazada je. Dapat gak yang corak gambar kereta, yay!

Comel kan? Aii like hehe
Bila cadar ni sampai, Mama puas hati lah sebab materialnya kain cotton. Kalau yang jenis kain licin tu, cadar mudah tercabut dari tilam kan, jenuh nak kemas pasang balik tiap pagi.

Corak ni pun ok gak. Yang penting budak budak mesti suka…dan harga pun murah. RM29.00 je ni, ok laa kan?
Serius rasa macam nak beli lagi je, buat spare kot yang ada sekarang ni tak sempat kering bila basuh. Cuma tu lah…tak banyak sangat pilihan gambar kartun untuk boboi. Tapi…tak kisah lah kan, asalkan dapat beli cadar kanak-kanak murah aii dah puas hati dah hehehe
5,986 total views, 2 views today
wah..lepas ni boleh survey untuk anak dara kita pulak
~ Kisahsidairy~
Sila sila hehe
Alahai.. Comelnya cadar ni.. Sesuai untuk anak-anak kembar 3..
Anuar recently posted…18 KOLEKSI SURAT PERJANJIAN POPULAR
Kannn…sesuai utk boboiboy hehe
Amat comel cadar ni. Tapi sesuai utk kanak laki. Jika ade cadar utk kanak perempuan blh tunjuk jugak.
Raisha recently posted…How to Choose and Personalized Your Storage Boxes
Rasanya ada gak cadar untuk budak perempuan, cer tengok kat Lazada
Dulu suka beli cadar…sekarang dah hilang dah rasa suka cadar tu…lebih kepada pinggan mangkuk plak
Suria Amanda recently posted…Dua Hari Makan Sedap Orang Belanja
Minat dah berubah eh? Nnt I pun sama laa kot hehe
Lawa cadar tu.. nampak kemas dan ceria.
Mesti anak2 suka kan..
dedauncomel.coom recently posted…Senarai 53 Blog Menarik Untuk Blogwalking dan Dilawati
Iya depa suka 🙂
Dah macam dorm. Tahniah, nampak kemas dan menarik.
Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.
TQ 🙂
kain dia cotton ek? selalu takut nak beli online sbb tak boleh tau kain dia jenis apa. apapun boleh try la
Yup yg beli ni cotton. Sebelum beli selalu baca description detail dan juga review dr previous customer. Kalau review ok baru konfiden skit nak beli.
waa bboleh la shoping cadar ni kat lazada … tq sharing sis
Aizah Azlem recently posted…Senarai Cawangan Atau Branch Shaklee Di Malaysia
Welcome 🙂
cantik dan murahhh.. boleh usha untuk anak2 ni.. hehe
Sila sila kot kot ada yg berkenan hehe