Salam dears… Kali pertama Mama ke Design Village Outlet Penang ni ialah masa bulan Disember tahun lepas. Masa tu Mama rasa macam tak berapa best je, sebab tak banyak kedai yang dibuka. Tapi…masa cuti Hari Raya Cina baru baru ni, alang alang dah balik kampung di Kedah tu, Mama ajak Ayah dan parents Mama ke sana lagi. Dan kali ni…huwaaaa dua kali aii repeat pun masih tak puas bershopping di Design Village Outlet Penang ni tau!
Sebabnya kali ni, banyak dah kedai buka. Dan mungkin juga sempena Raya Cina kan, memang promosi jualan murah sales gila gila lah. Banyak kedai yang diskaun sampai 70%! Huiyooo tengok tu je Mama dah teruja sangat dah hehehe.

Cuaca panas terik masa kitorang ke Design Village Outlet Penang tu
Tapikan…sebab pergi dengan si kembar ni, lebih banyak masa dihabiskan main kejar kejar ngan diorang daripada tengok barang hehehe. Budak budak ni dengan gumbira dan tak segan silu lari jerit sana sini, siap main askar tembak tembak dalam kedai! Malu aii tau huhu.
Masuk kedai minyak wangi pun dok lari lari dan pegang botol tester itu ini, sudahnya Mama kata keluar! Semua keluar…dengan Mama sekali keluar! Apa pun tak beli huhu. Takpa lah, aii pakai De’Xandra pun dah setanding ori dah, so no hal lah hehehe
Disebabkan hari pertama tu tak puas membeli belah, Ayah dok teringat nak beli kasut dan Abah Mama plak nak beli perfume, jadi hari Isnin esoknya kitorang pergi lagi. Sampai kat sana tengok huiyooo ramainya umat manusia! Masuk kedai kasut pun tak dapat nak belek betul betul kasut yang ada. Tapi dalam sesak tu sempat laa gak aii rembat 2 pasang kasut. Tengok harga murah, cuba saiz ok, terus bayar dan keluar dengan senang hati hehehe.
Apa Yang Best di Design Village Outlet Penang?
Mama ni memang suka shopping, tapi tak kisah sangat tentang barangan ‘branded’ atau berjenama. Tapi…kalau dapat beli barang berkualiti pada harga murah atau berpatutan, tentulah Mama suka. Ehh ada ke orang yang tak suka kalau barang macam tu?
1. Kedai Barangan Berjenama
Ada banyak kedai jenama terkenal di Design Village Outlet ni, termasuk lah Adidas, Nike, Clarks, Hush Puppies, Obermain, G2000, Bonia, Sembonia, Carlo Rino, Converse, Timberland, Padini, Cotton On, Brands Outlet, Superdry, Levi’s, Pony, Akemi dan banyak lagi lah.
Tapi Mama rasa Design Village Outlet ni kebanyakkannya adalah jenama yang orang kata ‘branded’ tapi bukanlah jenis ‘premium & high end’ sangat macam yang ada kat Mitsui Outlet Park Sepang atau Johor Premium Outlet tu. Jenama terkenal macam Bally, Coach atau Versace tak nampak pun kat sini.
Jadi bagi Mama yang bajet tak besar mana ni, ada laa benda yang boleh beli dan tak lah setakat terliuq tengok pastu balik tangan kosong je sebab benda ‘high end’ sangat kan 😉
2. Harga Promosi dan Diskaun
Pandang kiri, kanan, depan belakang….semua kedai ada promosi! Mungkin juga kebetulan Mama pergi tu masa musim Raya Cina kan, jadi memang diskaun gila gila lah! Rata rata kedai ada potongan harga dari 50%-70%, mau tak terjegil mata tengok?
Merata rata sale!!
Selamba je si kembar melepak kat sini hehe

Rembat t-shirt murah kat Padini Store kat Design Village Outlet Penang ni, si kembar seronok pilih sendiri hehe
Tapi Mama lebih banyak beli barang untuk si kembar ni berbanding untuk diri sendiri. Secara keseluruhannya, dikira masih waras dan dapat kawal diri hehe. Padahal tak sempat meroyan shopping sebab dok sibuk kejar anak anak hahaha
T-shirt, seluar jeans dan reket badminton untuk si kembar, kasut NYC tu je Mama punya
Disebabkan berkenan tak tau nak pilih warna apa, dua dua aii rembat! Nasib baik sales, harga RM35.90 sepasang, ok lah kan?
3. Kedai Makanan & Minuman
Kalau lapar dan dahaga, boleh makan kat situ ja. Mama tak nampak plak medan selera atau ‘food court’, rasa macam tak ada je. Tapi kat satu kawasan ni ada beberapa ‘food truck’ dan gerai jual makanan yang dah siap dimasak atau ‘pre-packed’. Harga tak lah mahal sangat, boleh laa nak isi perut anak beranak kat sini.
Hari tu Mama makan sepinggan nasi putih, ayam + sayur RM5. Si kembar plak makan set ayam goreng 2 ketul + kentang goreng, satu set tak sampai RM10 kalau tak silap. Kira ok juga lah kan? Cuma tak berapa selesa sebab tempatnya di kawasan terbuka jadi kipas pun tak terasa sangat. Terlupa plak nak snap pics masa kat situ, sebab kelaparan terus makan je hehehe
Masa Mama pergi tu cuaca panas yang amat, fuhhh macam duduk dalam oven gak lah rasanya masa makan kat situ. Hasilnya, lepas ke Design Village Outlet tu Mama demam dan tak ada suara. Haaa tu dia baru betul shopping sampai demam! hehehe
Ohh yaa kalau nak duduk makan dalam kedai yang beraircond pun ada ja. Boleh lepak kat Coffee Bean, Starbucks dan Dome. Tapi harganya korang tau je lah macam mana kan? Nak makan satu keluarga ramai ramai, siap duit secukupnya lah ye.
4. Kemudahan untuk kanak-kanak
Kat Design Village Outlet ni ada taman permainan mini untuk kanak-kanak. Masa Mama pergi tu, memang meriah laa taman ni, si kembar pun sakan enjoy main kat sini. So kalau pergi bawa anak anak tu boleh laa korang bergilir gilir sorang pergi shopping, sorang duduk kat taman jaga anak anak. Tak lah budak budak boring sangat dok ikut mak pak shopping ja kan. Tapi, jangan tinggalkan anak anak kat sini tanpa dipantau ye.

Taman permainan mini untuk kanak-kanak di Design Village Outlet Penang
Untuk yang ada anak kecil pula, boleh sewa stroller dari pejabat pengurusan. Tapi Mama tak tahu berapa harganya. Masa tu tak teringat nak pergi tengok harga, maklumlah anak anak aii dah besar hehe.
Laluan luas dan banyak gak tempat duduk, jadi kalau letih bershopping tu boleh laa melepak jap dulu
Hmm…ikutkan hati ni, masih rasa tak berapa puas shopping kat Design Village Outlet Penang tu, sebab hari tu tak sempat nak jenguk 100% kesemua kedai yang ada kat sana. So…lain kali balik kampung, Mama mesti nak terjah lagi! Tapi…harap harap masa tu ada sales gila gila macam hari tu lah. Kalau tak, aii is window shopping only lah jawabnya hehehe 😉
Design Village Outlet Mall
733, Jalan Cassia Barat 2,
14110, Bandar Cassia, Penang
Malaysia
Business Hour: From 10am -10pm
Tel: (6)04-5899888
Fax: (6)04-5899168
Email : sayhello@designvillage.today
7,957 total views, 1 views today
ooo..macam johor premium outlet jugaklah kan…rambang mata kalau pegi ni..lagi2 lah sales tu…
Lebih kurang, tapi JPO lagi besar
wow… cam JPO kan sis… harus kena pg lag tu sis 🙂
Plan next visit dah hehe
kalau dah sales sampai 70% sape tak eksaited kak. hihi
Tau takpa!
JPO dah pernah pergi..
Dekat sini belum pernah sampai lg…
Bolehlah mark dulu.. bulan Mac nanti mungkin boleh singgah masa pergi icompex dkt Polimas jitra..
anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat Blog
Haaa sila lah buat lawatan hehe
wah… semakin banyak tempat… ramai peroleh ruang untuk membeli
Pencari Makan recently posted…Gulai Kampung Masak Lemak Negeri Sembilan Di Bandar Baru Bangi
Yup makin best shopping hehe
Tu laa pasal kann
wah, syoknya..sempat lagi shopping sambil kejar-kejar anak yer.
ema recently posted…Dapatkan Name Cards Percuma Dari Pixajoy Jangan Lepaskan Peluang Ini
Shopaholic mmg cekap hehehe
oo menarik gak ni, kalau ke penang kena singgah ni
raihanah recently posted…9 Tanda Amaran Serangan Jantung Anda Perlu Waspada
Sila sila.. hehehe
memang best lah bagi kaki shopping…
Betul betul hehe