Salam dears… De Rhu Beach Resort Kuantan – satu tempat yang dah lama Mama teringin nak pergi. Semuanya gara gara tergoda tengok gambar kat instagram Ben Ashaari lah. Terpikat dengan pemandangan pantai yang indah dan kolam renang yang pastinya si kembar akan suka. Akhirnya…hujung minggu lepas kitorang sampai juga ke sana pabila keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) berkumpul mengadakan Family Day. Dan ternyata De Rhu Beach Resort tempat menarik untuk hari keluarga KBBA9!
Satu keluarga besar yang havoc, di tempat yang cantik dan selesa, wahhh memang seronok sangat sangat lah! Kitorang gerak ke sana pada hari Sabtu dan check-in pukul 3 petang. Memandangkan hari pertama tu aktiviti bebas, maka lepas ambil kunci bilik kitorang keluar makan kejap dan lepas tu terus terjun kolam, yayyy!
Ehh sebelum bercerita tentang aktiviti kitorang, meh nak bagitau kenapa De Rhu Beach Resort tempat menarik untuk Hari Keluarga, reunion, atau apa apa majlis lah. Jom tengok pics yang sempat Mama dan geng KBBA9 ambil semasa kitorang kat sana.
De Rhu Beach Resort Tempat Menarik Untuk Hari Keluarga dan Reunion
1. Bilik penginapan yang selesa
Pertama kali melangkah ke dalam biliknya, Mama rasa wahhh luaslah! Kitorang menginap di bilik ‘Superior’ ada 2 katil ‘super single’ yang cukup selesa untuk kitorang 5 beranak.
Luas dan selesa. Kalau nak tambah katil pun muat lagi tu.
Malam tu kitorang rapatkan kedua dua katil tu so muat elok untuk kitorang 5 beranak golek ramai ramai hehe.
Lengkap dengan seterika, ‘ironing board’, sejadah dan senaskah Al-Quran pun ada tau. Memang memudahkan.
Nak minum minum pun senang, air mineral pun ada tapi Mama dah simpan dalam peti ais.
Tandas bersih. Paling lega sebab ada paip kat sebelah tandas tu. Kalau jenis yang moden moden sangat Mama tak reti guna hehehe
Tak perlu risau kalau terlupa bawa sabun yer.
Kat De Rhu Beach Resort ni ada sebanyak 162 bilik penginapan, dengan 4 jenis bilik iaitu Superior, Superior Deluxe, Junior Suite dan De Rhu Suite. Kitorang sempat laa dibawa melawat tengok beberapa jenis bilik yang ada…
Ini Junior Suite. Ada dua bilik yang bersambung. Satu bilik katil king, satu lagi 2 katil super single. Untuk famili besar memang sesuai sangat lah Junior Suite ni.
Ini pula De Rhu Suite. Suasana dan dekonya yang romantik sesuai untuk jadi Honeymoon Suite gak ni. Bilik ni besarrr…
Romantika d’amor sungguh kan? 😉
2. Dewan dan bilik mesyuarat
Kalau nak buat seminar ke, mesyuarat ke majlis makan malam ke, De Rhu Resort ni ada 10 jenis dewan dan bilik mesyuarat untuk korang pilih. Nak dewan kecil ka besar ke, InsyaAllah ada yang sesuai untuk majlis korang tu. Buat majlis perkahwinan kat sini pun sesuai juga. Lepas kenduri, boleh terus ‘photoshoot’ kat tepi pantai dan sekitar resort ni. Pemandangan kat sini memang cantik. Boleh ambik gambar romantik masa ‘sunset’ kan, kan?
Ada beberapa dewan dan bilik mesyuarat yang Mama tak snap gambar, tapi memang banyak pilihan kan?
3. Kemudahan untuk aktiviti riadah di De Rhu Beach Resort
Bila bercuti bersama keluarga atau buat ‘family day’, ‘reunion’, atau ‘team building’ ka, mesti nak buat aktiviti riadah gak kan? Haaa kat sini banyak aktiviti yang korang boleh buat tau. Nak karaoke, lepak tengok bola, bersenam di gimnasium, main ATV atau buat acara sukaneka pun boleh. Semua kemudahan tu ada kat sini.

Bilik karaoke yang luas di De Rhu Beach Resort Kuantan
Ada lagi 2 bilik karaoke yang kecil juga.
Boleh lepak lepak kat sini, ada skrin besar boleh layan tengok bola.
Gimnasium pun ada untuk korang yang rajin bersenam. Mama ni takat masuk ambik pics ja, pastu tak jejak dah kat gym ni hahaha 😉
Nak main ATV boleh sewa kat sini.
Teringin nak naik tapi hari tu tak sempat, sebab si kembar sibuk nak mandi kolam je. Lain kali pergi nak cuba naik ATV ni.
Padang yang luas untuk buat acara sukaneka. Hari Keluarga haruslah ada acara sukaneka baru lah meriah gitu.
4. Kolam renang yang luas dan mesra kanak-kanak
Haaa ini benda yang paling paling paling syiok untuk si kembar! Dan juga untuk Mama si kembar ni hehehe. Sebabnya ada banyak kolam dan luas. Kolam untuk kanak-kanak tu dah macam kat taman tema je gayanya tau. Kolam renang kat sini terbuka untuk awam juga, maksudnya kalau tak menginap di resort ni pun boleh je datang nak mandi kolam. Tapi kena bayar lah ye – RM7.00 untuk kanak-kanak dan RM10.00 untuk dewasa. Harga yang berbaloi bagi Mama. Sebab kolamnya sangat best! Meh aii tayang pics meh…
Luas
Kolam kanak kanak siap ada slides, best!
Kolam kanak-kanak
Kolam dewasa dan kanak-kanak
Ni kolam khas untuk pelanggan yang menginap di hotel ni saja. Kolam yang besar tu paling dalam, 9 kaki kalau tak silap Mama. Nak mandi kat kolam ni kena pakai pakaian renang yang lengkap. Tak boleh pakai t-shirt ngan seluar biasa je.
5. Pakej Rehlah dan Reunion
Kalau nak buat ‘family day’ atau ‘reunion’ kat sini, ada pakej istimewa yang disediakan. Harga pakej nya memang menarik sebab lengkap dengan penginapan untuk satu keluarga (2 dewasa + 3 kanak-kanak), 3 kali makan dan acara sukaneka pada harga RM300 saja! Murah kan? Tak hairan lah kalau itu lah pakej yang paling laris kat De Rhu ni…
Pakej istimewa yang ditawarkan menjadikan De Rhu Beach Resort tempat menarik untuk Hari Keluarga
Diantara hidangan yang disajikan dalam pakej semasa Family Day KBBA9 hari tu. Lauk pauk Melayu yang memang menaikkan selera. Si kembar makan bertambah tambah tau, kena dengan selera tekak diorang lah tu hehehe.
Kitorang sangat happy dan puas hati menginap di De Rhu Beach Resort ni. Si kembar dah minta nak pergi lagi ni. InsyaAllah ada rezeki pasti kitorang akan ke sana lagi. Mama dok tunggu nak beli voucher murah masa MITA dan MATTA Fair nanti. Pegawai kat De Rhu tu kata akhir bulan Februari ni diorang akan buka booth semasa MITA Fair di The Mines, Seri Kembangan. So…apa lagi…jom laa terjah! 🙂
Maklumat lanjut:
Website: De Rhu Beach Resort
Facebook: De Rhu Beach Resort, Kuantan
Instagram : De Rhu Beach Resort
LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my
48,285 total views, 72 views today
Best sangat datang, semua kemudahan cukup lengkap. Anak² ai pun paling teruja dengan kolam, 3 jam dok berendam, hahahaa!
Sampai hujan pun tak peduli nak mandi kolam gak kan haha
Baru perasan..tetiap tahun kami kesini. Hehehe Dhia pun sampai ingat swimming poolnya yg the best kebabommmm
NUR AZLINDA AZMAN recently posted…BELUM PUASA LAGI, DAH SIBUK CERITA BAJU RAYA. SINDROM MAK MAK
Ohh port wajib laa ni linda ye? Jom pi lagi
WAHH BEST TU KALAU ADA SEJDAH AND IRON SEKALI. WANITA MEMANG SUKA TU .HAHAHA TK PERLU RISAU TUK IRON TUDUNG ,,
lisak recently posted…Kelemahan iOS 10.2.1 Bateri Lambat Cas
Tau takpa! Rasa nak joget joget masa tgk ada ironing board tu hehe
Memang nampak selesa dan bersih
Swimming pool tuu….. bestnya!
Nina Mirza recently posted…Jom ternak lemak… Macammana nak masak Nasi Lemak yang Sedap
Nina bawak laa your kids, mesti depa suka. Jom pi MITA fair nnt beli voucher murah hehe
Baru tau betapa susahnya nak suruh kembar bergambar bertiga.. Panggil sorang 2 lagi xder ada dua orang satu lagii lambat.. hehhe
umminani recently posted…Wajarkah Dego Ride diharamkan?
Hahahaha tu lah masalahnya nak suh depa jadi model haha
Cantiknya pool dia… Ada yg open to public plak tu. Rooms pun look nice & spacious. Bila kita nak pi, buat family day anak beranak En. Zubir & Pn. Minah? Hehehehe…
Jom plan pi ramai ramai, terjun kolam semua hahaa
Sabar ya kembar sayang..tunggu mama awak beli voucher ekonomi..insyaAllah nanti boleh bergembira lagi..yeyy
Perdu Cinta recently posted…Sampai Waktu Bertemu Juga
InsyaAllah… Mama nya pun sama naik tak sabaq ni hehe
alhamdulillah, masa berkualiti bersama keluarga ^_^
Yup, best dpt habiskan masa gembirakan anak anak 🙂
Bonde target nak pergi lagi… aim honeymoon suite tu… hu hu hu
Amboihhh hehehe
Waa bestnya..seronok ka kat sini..tak sabar nak datang lagi hehe..anak2 seronok mak ayah pon seronok jugak..mmgvsemua kemudahan terbaik dan berbaloi menginap kat sini..
Besttt! InsyaAllah kitorang nak repeat lagi
i x terjun kolam.hari tu..nak p semula nak main juga..kes baju x cukup..hahahah
umminani recently posted…Mama Kembar Tiga Super Parenting Model
Rugiiii ummi tak mandi kolam, konpem kena repeat tu
Wah bestnya…. Boleh bawa anak-anak bercuti dekat sini…
Anuar recently posted…Mengenang 2 Ulama’, Promosi Cinta dan Perkahwinan
Memang best utk bawak anak anak ke De Rhu ni
Bestnyaaa!
adeeya/mrsmayrz recently posted…Wordless Wednesday
Best! Bawak laa your daughter pi, mandi kolam tu besttt
Wah bestnya korang…ruginya tak dapat join korang…
Best! Next time jom laa join
WoW!!! Bestnye….
Memang bestt!
De Rhu Beach Resort is a fine, cool and most of all a very clean modern hotel in Kuantan.
Yes it is a very nice hotel 🙂