Salam dears… Masa bulan Disember tahun lalu, ada sekali tu rumah kitorang tak ada air. Jadi Mama ajak Ayah…jom tidur hotel nak? Tapi nak cari hotel murah di Kuala Lumpur ni je. So survey lah di Booking.com dan terus tempah bilik di V Garden Hotel ni sebab tengah ada promosi giler murah yang masa tengok tu Mama sendiri tak percaya tau! Hehehe
Nasib Mama memang baik betul lah masa tu. Sebab serentak ada ‘special deal’ dan juga ‘secret deal’ khas untuk ahli Booking.com. Patutnya harga ‘special deal’ ialah RM90++. Tapi disebabkan login sebagai ahli, dapat ‘unlock secret deal’ jadi harga hanya RM42.25!
Bila dah tambah tax pun, harga jadi RM49.90 saja. Uishhh murah giler kan? Rasa nak joget joget je masa tu hehe. Tapi ada risau juga, hotel bajet murah camni, ntah ok…ntah tidak kan? Tengok gambar dalam website memang laa lawa, tapi….
V Garden Hotel Murah di Kuala Lumpur
Masa mula mula sampai kat kawasan hotel tu, terpinga pinga sikit “betoi ka hotel kat sini?”. Sebab di kawasan kedai yang err…macam kurang menarik. Pastu, parking khas hanya ada 2 lot je. Masa tu memang fikir “bantai je la, hotel RM49.90 nak harap hebat macam mana sangat kan.” Tapi bila dah masuk dalam hotel…wahhh cantik! Meh nak tayang gambar meh….

V Garden Hotel murah di Kuala Lumpur. Murah tapi selesa 🙂
Ni kat lobi hotel. Deko yang ringkas tapi menarik.
Ada mini-taman kat tengah hotel ni. Cantik! Boleh lepak lepak kat sini. Hmm kalau tengok taman ni, tak terasa pun yang hotel ni kat kawasan deretan kedai je kan?
Sebaik masuk ke bilik plak, terus Ayah kata “ehh okeh sangat laa ni”. Walaupun biliknya kecil dan deko ringkas je, tapi Mama rasa memang berbaloi dengan harganya!
Ada TV ‘flat screen’, ada Astro. Ok la kan? Tilam dan bantal tu bersih dan selesa.
Pose wajib ni hehehe
Tak ada almari, tapi ada laa tempat untuk gantung baju.
Bilik air pun bersih dan selesa
Buka pintu terus nampak pokok hijau, Mama suka!
Taman mini ni yang Mama rasa buat V Garden Hotel ni jadi lebih menarik kan? 🙂
V Garden Hotel Murah, Bersih dan Selesa
Mama rasa, kalau setakat nak buat tempat tidur semalam dua, memang sesuailah V Garden Hotel ni. Kot rumah tak ada air ke (macam aii), atau datang jalan jalan ke KL yang memang nak meronda sepanjang hari dan hotel tu setakat nak rehat kejap, salin baju, mandi, tidur…memang berbaloi lah dok sini. Murah, bersih dan selesa!
Macam macam anugerah juga yang V Garden Hotel ni dapat
Ohh yaa satu je yang kureng sikit – parking hotel sangat terhad. Tapi korang boleh je parking kat mana mana tempat yang kosong kat kawasan rumah kedai tu atau park kat Menara PGRM seberang jalan depan V Garden Hotel tu. Kat sebelah Menara PGRM tu ada parking berbayar satu malam RM10. Harga sekali masuk Mama dah lupa plak hehehe
Bab makan minum, boleh order ‘room service’ je. Tengok menunya harga tak lah mahal sangat. Tapi Mama tak order pun sebab keluar pergi makan kat kedai mamak di Menara PGRM tu. Dan juga pergi merayau kat Jusco Taman Maluri yang berdekatan.
Haaa lagi satu yang Mama suka ialah V Garden Hotel ni dekat dengan stesen LRT Maluri, jalan kaki dalam 5-10 minit je. Jadi senanglah kalau nak gerak ke mana mana naik LRT. Tu yang buat Mama rasa lagi berbaloi duduk sini.
Tapi kalau korang tu jenis nak pergi berehat di hotel yang ada spa, ada kolam renang semua tu…sila duduk hotel lain lah ye hehe. Ohh ya kalau nak cari hotel bajet di Kuala Lumpur yang ada kolam renang, boleh cuba Citrus Hotel KL. Kitorang pernah duduk situ dan Mama puas hati.
V Garden Hotel
No 21, Jalan Pudu Ulu,
Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: +603 9285 8522
+603 9202 3615
Faks: +603 9285 8622
15,386 total views, 3 views today
cantik!! sangat memuaskan husna tgk suasananya.. tempat bermalam mcm tu pon cukup dah.. sesuai laa dgn harganya..
Yup, berbaloi dgn harga
Cantik juga hotel ni! 😀 murah pun murah.
adeeya/mrsmayrz recently posted…Oh yes…
Yup murah & berbaloi dgn harga
Boleh tahan juga ya..sesuai dengan harga..
Yup nsb baik masa tu dpt harga tu
Best tu kak. Ok la dgn hrga 50 tu. Hihi..
Yb Shehan recently posted…CARA MEMILIH TRAINING CUP YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK | ETHISSA OXO TOT
Betul betul betul hehe
jarang pegi hotel kat kl.
melainkan kalau ada event.
titan recently posted…Cashback Kedua dari Shopback.my
Mama sesekali bawa gak anak anak dok hotel dalam KL ni. Walaupun dekat diorang seronok.
Wow! Super duper murahh… rasanya macam nak cari je nt.. bilik pun selesa environment pun okeh.
Cik za recently posted…Chinese New Year Megasales @ http://www.nile.com.my
Rajin rajin lah tengok kat Booking.com tu, kalau ada promo je grab terus
Cantik laaa…!! Beruntung dapat harga promosi. Sangat berbaloi
Nina Mirza recently posted…Selalu masak sambal harus tahu tips ni…
Yup memang berbaloi, nasib baik sangat masa tu ada promo.
Macamana nak jadi ahli yg dpt hrga secret deal tu ye.. hehe
nor hazmira recently posted…OmegaGuard Shaklee
Register je di website http://www.Booking.com. Pastu pastikan log-in masa nak search hotel.
Ni dah kira superb ni..dah macam bukan hotel murah dah..eh cantik la…deco pun moden je
Suria Amanda recently posted…Resepi Kupang Goreng Berlada..
Yup, cantik & selesa