Salam dears… Sejak bulan lepas lagi Mama dok ajak Ayah pergi naik MRT tapi asyik bertangguh je. Lagi pun sebab bulan lepas kan si kembar balik kampung, jadi tunggu lah dulu. Tapi bila teringat yang promosi tiket MRT percuma ni dah nak habis, petang semalam lepas shopping kat Jalan Jalan Japan kitorang terus bawa si kembar ni pergi naik MRT pula. Teruja nak bawa anak anak jalan jalan merasa benda baru, rugi lah kalau tak rebut peluang #JomNaikMRT percuma tu kan?
Naik MRT Percuma dari Semantan ke Sungai Buloh
Kitorang naik dari stesen MRT Semantan sampai lah ke Sungai Buloh, lepas tu patah balik. Tak turun jalan ke mana mana pun, memang semata mata naik tren saja. Tapi itu pun dah cukup untuk buat anak anak teruja. Dan cukup untuk buat Mama fenin sebab si kembar ni tak reti nak duduk diam! hehehe

Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) (kredit foto Fareez Fadzil)

Stesen MRT Semantan yang selesa dan bersih. Harap kekal bersih macam ni laa selepas dah lama beroperasi pun nanti.

Masa kitorang naik tren ni tak ramai sangat orang. Mungkin ramai yang dah naik masa promosi tiket MRT percuma ni baru start bulan lepas kot?

Tren MRT ni rasanya gerabaklebih luas daripada tren LRT, selesa!
Tapi Mama rasa macam tak cukup ‘hand handle’ untuk pegang kalau masa orang ramai. Alaa tempat yang kita nak pegang bergayut tu. Kalau dapat ditambah lebih banyak ‘handle’ untuk penumpang pegang semasa berdiri lebih bagus. Terutama sekali kat tengah tengah gerabak, boleh terhuyung hayang juga kalau tak ada tempat pegang.

Seronok si kembar tiga dapat naik MRT. Mama nya lagi seronok sebab tiket percuma hehehe 😉

Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang.
Yang kitorang naik semalam tu ialah untuk laluan stesen MRT Fasa Pertama. Ada 12 stesen iaitu:
- Sg Buloh
- Kampung Selamat
- Kwasa Damansara
- Kwasa Sentral
- Kota Damansara
- Surian
- Mutiara Damansara
- Bandar Utama
- TTDI
- Phileo Damansara
- Pusat Bandar Damansara
- Semantan
Berhati Hati Bila Bawa Anak Naik MRT
Kebetulan masa naik semalam tu kitorang terserempak dengan kawan Ayah yang bekerja dengan MRT Corp. Kawan Ayah cerita ada beberapa kes anak tertinggal dalam tren. Mak bapak dah turun, tapi anak tidak! Jadi berhati hatilah bila bawa budak budak naik MRT atau apa apa pengangkutan awam tau. Sentiasa pastikan anak anak ada dekat dengan kita.
Biasa laa kan budak budak memang laa tak boleh duduk diam, lari sana sini. Tapi ibubapa kena lah peka. Bila tren berhenti dimana mana stesen, elakkan anak anak daripada berdiri kat depan pintu. Pastu bila dah dekat nak sampai ke destinasi, pastikan anak anak ada dengan kita. Jangan pintu dah buka baru nak kelam kabut panggil cari anak anak. Kang tertinggal terpisah naya ja kan.
Macam ni si kembar ni lah, mentang mentang gerabak luas dan orang tak ramai, maka kehulu kehilir lah diorang berjalan dalam tren. Jenuh Mama dok jerit panggil diorang suruh duduk setempat. Pastu pakat dok main main berdiri tanpa pegang apa apa dan dok bergayut kat ‘hand handle’ juga. Si Fahmi tu lah, sampai Mama marah “ingat ni kat gym ka?”. Dah laa masa tu Mama tengah sakit kepala, migrain. Nasib baik lah ada bawa minyak angin FreshCare, terus sapu sikit bagi lega sebelum sempat ‘my blood go upstairs’ hahaha
MRT Percuma Sampai Bila?
Ohh ya kalau korang nak merasa nak MRT percuma ni, esok hari terakhir tau. Sempat lagi ni kalau nak naik, tren terakhir pukul 11.30 malam.

Jadual tren MRT. Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok kat website MRT Corp.

Harga tambang MRT
Kalau tak sempat nak naik MRT percuma ni pun, boleh juga bawa anak anak naik lain kali. Boleh je jadikan aktiviti hujung minggu bersama anak anak, biar diorang merasa pengalaman baru. Bagi kita yang dah setiap hari naik tren LRT ke komuter ke, mungkin anggap perkara biasa je. Tapi untuk anak anak, ianya sesuatu yang mengujakan tau. Apa salahnya bawa anak anak merasa kan? 🙂
11,939 total views, 1 views today





jauh sangat dari johor ni nak mencuba mrt nih.
hoho
titan recently posted…A Fullmetal Heart
Kalau datang KL boleh laa try nnt
Alhamdulillah seronok kembar…mesti sampai rumah cerita lagi…excited 🙂
Perdu Cinta recently posted…Tiada Salahnya Menjadi Penagih..Bolehkah?
Memang pun PC hehe
seronok naik ketapi la anak2
raihanah recently posted…Jaga Makan Tapi Kenapa Masih Kena Penyakit Kritikal?
Yup diorang enjoy 🙂
Betul tu…SA pun nak bawak anak naik ni..blom bawak2 lagi…
Bawak laa SA, aktiviti murah hehe
mcm nak bwk anak2 aida gi la.
diorang memang suka naik public transport ni.
apa pun la, sure over excited 🙂
adianiez AIDA recently posted…Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
Bawak laa aida, sure enjoy
Test run dah habis ke atau belum? I nak bawa anak I pergi duduk MRT jugak jika lagi sempat utk hujung minggu ni.
fahrel recently posted…Pakaian Tradisional di Malaysia Untuk Kaum Berlainan
Tiket percuma dah habis dah
alahai blom cuba lagi….
Hujung minggu pi laa bawa anak anak merasa