Salam dears… Masa lunch break semalam, tiba tiba dapat panggilan telefon daripada cikgu kelas si Fauzi. Hati Mama dah berdebar debar dah fikir apa hal laa plak cikgu nak telefon ni? Bila cikgu bagitahu yang rambut Fauzi kena chewing gum, Mama rasa macam fuhhh lega…bukan benda serius sangat kan. Lepas tu Mama pun mengGoogelah cari petua hilangkan chewing gum pada rambut, sebab ingat nak balik cuci bagi bersih je rambut dia. Aii relek je lagi masa tu hehe
Tapi…sebaik saja tengok rambut Fauzi tu, terus Mama decide potong rambut terus lah! Sebabnya rasa macam satu hal plak nak dok mengadap cuci rambut tu. Rasa geli pun ada gak huhu. Lagipun cikgu cakap dia dah cuba dah bersihkan guna ais, tapi masih ada saki baki chewing gum kat rambut tu.

Ini bukan fesyen. Ini rambut kena chewing gum! Haishhh!

Tiga tiga kena potong rambut, baru seragam gitu hehehe
Nasib baik lah rambut si kembar ni agak panjang, jadi masih nampak elok lepas di potong. Kalau masa kena chewing gum tu rambut pendek, ada yang kena botakkan terus kot hehe.
Hmm macam mana boleh kena chewing gum kat rambut tu? Katanya kawan dia punya kerja! Main main laa kununnya ni. Budak budak kan, mungkin tak fikir panjang…pergi tepeknya chewing gum kat rambut orang. Fauzi kata cikgu dah marah dan warning kawan dia tu dah. Harap harap budak tu ingat dan tak buat lagi dah laa, naya orang je kan?
Petua Hilangkan Chewing Gum Pada Rambut
Alang alang dah Google tu, meh nak kongsi petua hilangkan chewing gum pada rambut yang Mama jumpa. Aii copy paste jer ni… (sumber)
1. Minyak – Minyak masak adalah satu alternatif yang paling berkesan bagi menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Ini kerana, minyak bertindak sebagai pelincir dan melicinkan rambut yang sekaligus menanggalkan gula-getah tersebut dari terus melekat di rambut. Caranya mudah sahaja. Ambilkan satu sudu besar minyak dan sapukan di bahagian rambut yang terkena gula-gula getah tadi. Kemudian, dengan menggunakan sikat yang besar atau mempunyai gigi yang jarang, sikat pada rambut yang terkena gula-gula getah sehingga ia tanggal dengan sendiri. Mudahkan.
2. Peanut Butter – Selain itu, peanut butter atau kacang pea yang biasanya disapu di atas roti digunakan sebagai pelincir untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Hanya sapu satu sudu besar peanut butter di bahagian yang terkena gula-gula getah tersebut dan keluarkan dengan sikat.
3. Ais – Ais juga digunakan sebagai salah satu kaedah untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Letakkan beberapa ketul ais di rambut yang terjejas dan tanggalkan dengan sikat. Cubalah sendiri.
4. Alkohol – Alkohol juga digunakan sebagai pelincir untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Ia bertindak dengan melicinkan rambut seterusnya menanggalkan gula-gula getah tersebut dari rambut.
Mama tak pastilah menjadi atau tidak petua tu semua, tapi kawan kawan kat Facebook pun cadangkan benda yang sama so berkesan lah kot. Mama punya petua? Kasi potong saja! Hehehe 😉

Lepas tu guna lah shampoo Tyzara bagi rambut bersih dan wangi. Selesai masalah hehehe
P/S – Shampoo Tyzara ni bagus untuk masalah rambut gugur dan gatal kulit kepala tau. Berminat nak cuba? Meh Whatsapp Mama di 013-3935052. Jangan risau, aii tak makan orang lorr hehehe 😉
Psttt…jom baca cara merawat ekzema dan psoriasis.
9,788 total views, 12 views today
Potong terus je rambutnya, lg senang kan? Hehe
Tu lah, potong terus je
klu sy pun sy potong ….bdk2 ni klu bermain2 mcm akalnye …. risau
Tu lah kan
Boleh pulak budak-budak main chewing gum? Takpelah. At least boleh jadi pengajaran dekat yang lain kan. Kot lah lepas ni chewing gum are not allowed dah.
Dalam sekolah mmg tak ada jual. Masalahnya ada je org jual kat luar sekolah tu, bdk bdk bawak masuk cikgu pun tak sedar huhu
Alahai… kesiannya…macamanalah boleh jadi macam tu..
anuar recently posted…Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Budak budak…main tapi tak pikir kesannya kan
Haduhai.. kembo oh kembo..haha
nor hazmira recently posted…Apa yang Membuat Resveratrol Antioksidan Yang Unik??
Sabaq je lah hehe
one fine day mesti my kembar pun akan ada stage macam ni, skrang baru nakal2 manja ni, hehe
Bersedia lah ye hehehe
Ia boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkann bagi saya jika rambut saya telah terperangkap dengan chewing gum. Ia adalah amat sukar untuk I membuangkan dan membersihkan rambut I.
RG recently posted…Renown Gift Business Hour on 2017 Public Holidays
Ya betul, geli pun ada
ha ha gini pun ada ekk 🙂
sabo jer la anak2 bertiga…
adianiez AIDA recently posted…Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
Bertabahlah! hehehe
ha.. klu chewinggum melekat kat baju n kasut pn leh guna ais. ehehehe
YB SHEHAN recently posted…MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..
Tak pernah try lagi, tapi banyak petua kata lagu tu
Anak lelaki senang berambut pendek je..kalau kena kat anak perempuan..macam mana kan…
Suria Amanda recently posted…Lunch Daging Merah LoqStaq Zuan Melodi….
Kalau budak pompuan tetiba kena potong rambut pendek camni mau nangis kot