Salam dears… Korang dah tukar kad debit Maybank yang baru tak? Setelah berbulan bulan tangguh, akhirnya Mama dah buat hari Jumaat lepas, yayyy! Tu pun sebab kawan Mama bagitahu boleh tukar kad debit Maybank di kiosk je.
Mama ni jenis malas sikit nak pergi menunggu kat bank tu. Kononnya nak buat online tapi tak buat buat juga. Bila tahu ada kiosk dekat dengan ofis Mama, berdesup terus pergi.
Tukar Kad Debit Maybank di Kiosk
Cara nak tukar kad Debit Maybank di kiosk ‘Maybank Express Debit Card Replacement Kiosk’ ni mudah saja, hanya perlu bawa kad bank lama dan kad pengenalan MyKad. Pastu ikut je arahan yang dipaparkan di skrin.
Mula mula masuk kad lama dan nombor pin, lepas tu masukkan kad pengenalan MyKad dan tekap cap jari kat ‘scanner’ yang ada kat situ. Tunggu beberapa saat je dan tadaaa keluarlah kad debit yang baru.
Sangat cepat dan mudah buat kat kiosk, hanya beberapa minit je kad siap! Terbaik lah Maybank! Cumanya kiosk ni hanya ada dibeberapa cawangan saja, rujuk gambar kat bawah ni…

Cawangan yang ada kiosk untuk tukar Kad Debit Maybank. Kiosk beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Update: Senarai lokasi Kiosk Kad Debit Maybank
Kalau korang berdekatan dengan cawangan yang ada tu, haaa pergi lah buat. Serius senang!
Mama buat kat kiosk di KL Sentral. Masa tu orang tak ramai sangat, jadi berbaris pun kejap je.
Ohh yaa…kalau nak tahu cara cara untuk tukar kad Maybank secara online, boleh rujuk entri di blog Lisa Mawar Biru ye. Kalau korang belum tukar kad tu, eloklah cepat cepat buat sebelum 31 Disember 2016 ni okey?
Amboiii mentang mentang lah Mama dah pergi tukar kad Debit Maybank di kiosk tu, berlagak kemain plak ye hahaha 😉
Psstt…jom baca tentang ekzema pada bayi.
26,931 total views, 5 views today
wah. bagus entri ni. sy tak tau plak leh buat kt kiosk jugak,heheheh
YB Shehan recently posted…KLMFW 2016 : TERUJA PERTAMA KALI ATTEND FASHION SHOW
Mungkin tak ramai tahu sebab tak banyak cawangan yg ada kot.
mujur husna tak ada akaun Maybank, kalau tak senang je tukar kat kiosk..
husna zahidi recently posted…Tabiat Dari Kecil Makan Nasi Lemak Dengan Kicap
Yup senang & cepat
Ish… baru tahu tentang kiosk ni… sebelum ni yang saya tahu tukar dkt kaunter dan secara online.. terima kasih di atas perkongsian info..
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Sama sama 🙂
haritu ade baca juga boleh tukar dekt kiosk..memang mudah
nadia johari recently posted…GLAMOROUS DEVOTION : KOLEKSI TERKINI ZACHEELA PENUH GAYA
Kan bagus kalau bank lain pun buat kiosk camni kan
Sy buat scra online je. Masa bln 9 hritu. Buat awal, takut terlupa. Hihi
Syamimi recently posted…Box Of The Joy | Suprise Dari Lazada Sempena Lazada Online Revolution
Bagus u dah buat awal awal
Saya buat secara online..tapi blm sampai2 lagi..berdebar pulak rasanya…kalau kiosk dekat ..blh la buat kat kiosk je
jida recently posted…Dugaan Disember 2016 : Ibu Masuk Hospital
Buat online mmg ambil masa sikit nak sampai, InsyaAllah ok tu
Thanks very nice blog!
Kiosk kawasan kl central bahagian mane eah ?
Dekat bahagian Departure, area belakang kaunter check-in MAS, depan kedai 7E
Terbaiklah, saya ingat nak ke sana buat debit kad, last2 minit nie branch berhampiran penuh, fuhh letih nak menunggu
Yup buat kat kiosk lg senang
semalam nampak beratus depan kiosk. bagus gak mcm ni ..tkde la alasan tak sempat la ini la itu la. kalaulah semua bank buat mcm ni kan senang . tk perlu beratur. Thanks sebab backlink 😀
Lisa recently posted…Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan
Tu laaa kalau bank lain pun sediakan kemudahan camni kan bagus
Klu kita dh tukar kad kat kiosk tu.. Jika nk online perlu tukar apa2 tak
Rasanya untuk Maybank2u tak perlu. Tapi untuk CIMB Clicks, masa kali pertama login lepas tukar kad, akan disuruh update no kad baru.
LoL.. penat beratur hari tuuu..baru tau guna kiosk ja bleh. huhu takpa la benda dah lepas
imnajmi recently posted…Rahsia di sebalik rahsia De Javu
Takpa lah janji dah tukar kad kan 🙂