Salam dears… London. Satu destinasi yang akan sentiasa ada dalam senarai tempat yang ingin Mama lawati. Mama pernah ke sana 19 tahun yang lalu, dan 19 tahun adalah satu jangka masa yang terlalu lama kan? Namun sampai ke hari ini, kenangannya masih segar dalam ingatan. Macam baru semalam ja Mama kat sana. Sebab London adalah tempat percutian menarik yang tidak mudah untuk dilupakan! Betullah pepatah omputih mengatakan ‘collect memories, not things’…kerana kenangan itu akan dibawa hingga hujung nyawa…
#MyTravelokaEscapade Bawa Ku Jalan Jalan di London!
Bagi Mama, keinginan untuk kembali ke London lagi tidak pernah pudar. Teringin sangat sangat nak bawa si kembar tiga ke sana juga. Terbayang betapa terujanya diorang kat sana nanti…melihat suasana, budaya dan merasai cuaca yang berbeza dari Malaysia. Cuma…setakat ni belum ada rezeki saja lagi. Tapi mana lah tahu, impian Mama ni akan tercapai tak lama lagi dengan Traveloka.com.my.
Kalaulah Mama dapat kembali jalan jalan di London, inilah diantara perkara Mama nak buat kat sana. Okeh marilah mulakan angan angan bercuti di kota London…
Melawat Tempat Menarik di London
London Bridge atau Tower Bridge
Sebut London je, mesti teringat London Bridge juga kan? Satu mercu tanda yang wajib dilawati bila ke sana. Katanya pemandangan di sekitar Sungai Thames dimana London Bridge ni terletak pun cantik. Boleh laa jalan jalan berpegangan tangan di tepi Sungai Thames kan. Hmm berpegangan tangan, atau berlari larian mengejar si kembar je yang lebih? hehehe
Cantiknya! (sumber gambar)
Zaman kurus. Gambar pun blur je. So nak kena pergi kesana lagi ambik gambar baru lawa lawa hehe
Menara Big Ben
Ini tempat yang wajib dilawati bila pergi jalan jalan di London, tambah pula kalau pertama kali ke sana. Mungkin ada yang kata “ehhh bangunan lama je kot, beratus tahun dah tak berubah pun!”. Tapi percayalah, kau akan rasa ‘sesuatu’ bila dapat bergambar berlatarbelakangkan Big Ben. Rasa macam… “Omaigoddd aku kat London! Aku kat London!” (sebut sambil lompat joget joget tau hehe). Lepas tu terus upload ke Instagram dan Facebook dengan hashtag #MyTravelokaEscapade #KembaraKBBA9 di #London hahaha
Haa tengok tu, punyalah teruja nak bagi nampak Big Ben sampaikan diri sendiri nampak sikit je dalam gambar hehehe
London Big Ben and traffic on Westminster Bridge (sumber gambar)
Buckhingham Palace
Masa Mama ke London dulu, Mama tak sempat nak tengok upacara ‘Changing the Guard‘ atau pertukaran waktu bertugas pengawal di Buckingham Palace. Rasa rugi sangat sebab dah berada di sana tapi tak dapat menyaksikan sendiri upacara rasmi yang popular ni. Jadi, kalau Mama dapat kembali ke London nanti, Mama tak akan lepaskan peluang untuk pergi tengok pak-guard-baju-merah-topi-hitam ni bertukar!
Mama akan jadi salah seorang pelancong yang teruja ambil gambar dan rakam video pak guard ni (Sumber gambar)
Lepas tu nak masuk ke ‘Guard Museum’ untuk cuba pakai topi ‘bearskin’ pak guard tu. Hmm…kot kot nasib baik, dapat selfie dengan pak guard yang encem untung juga kan, kan? Ehhh mau kena jeling dengan Ayah kot masa tu hahaha 😉
Kalau suruh si kembar menari joget joget Oppa Gangnam Style depan pak guard tu, dia akan gelak tak?
London Eye
Masa Mama disana, London Eye belum wujud pun lagi. Jadi nanti Mama tak akan lepaskan peluang untuk menaikinya dan masuk dalam kapsul tu untuk menikmati keindahan kota London. Tapi kan…Ayah tu mungkin kena pujuk sikit suruh naik, sebab dia gayat! Kang kalau naik tutup mata je rugilah kan? Hahaha
Nak tengok kota London dari dalam kapsul ni (gambar dari Google)
Madame Tussauds
Masa Mama ke sana dulu, teruja yang amat sebab dapat bergambar dengan Jon Bon Jovi. Kalau dapat peluang ke Madame Tussauds lagi, misi Mama hanya satu – nak bergambar dengan Shah Rukh Khan! Tak dapat jumpa dengan orangnya, dapat jumpa dengan patung lilinnya pun jadilah.
Gambar dengan Bon Jovi tak jumpa, yang dengan Sir Cliff Richards ni ja yang ada. Tapi memang serius kagum tau sebab setiap patung lilin ni nampak sangat ‘real’, sampai ke bulu roma pun ada. Memang penyabar dan teliti betul lah orang yang buat ni.
(gambar dari Google)
Kalau tak silap Mama, patung lilin Shah Rukh Khan dah di ‘make over’ jadi Gaurav, watak dalam filem FAN. Tak kisah lah, janji tetap Shah Rukh Khan! hehe
Kidzania London
Ini untuk si kembar. Diorang dah merasa dan sangat enjoy di Kidzania Kuala Lumpur. Tentu diorang akan rasa sangat sangat teruja bekerja di Kidzania London pula kan? Uishhh bayangkan…anak anak aii kerja di London uolss… kerlasss ko! hahaha 😉
Kalau ada duit lebih masa kat London, boleh laa bawa si kembar enjoy kat sini kan? (gambar dari Google)
Membeli Belah di London
Oxford Street
‘Kaki shopping’ macam Mama ni haruslah ke sini. Terbayang kesoronokan berjalan menyusuri Oxford Street sambil mata melilau tengok kiri kanan. Walaupun tak mampu nak membeli belah, tapi dapat ‘window shopping’ pun dah cukup nikmat dah bagi aii hehe. Lagipun Mama suka tengok ‘window display’ kedai kedai di Oxford Street tu. Memang boleh menggamit memanggil manggil “masuklah…masuklah…masuklah…”.
Bayangkan Mama yang tengah berjalan keluar masuk kedai di Oxford Street tu, bestnyaaa! (gambar dari Google)
Hmm seingat Mama masa Mama kat sana dulu, kalau bertembung dengan orang Malaysia kat Oxford Street mesti akan bertegur sapa walau pun tak kenal, sebab teruja jumpa orang Malaysia di perantauan. Hmm masih macam tu ke sekarang ni agaknya?
Marks & Spencer
Ini diantara tempat kegemaran Mama semasa menetap di Glasgow, Scotland dulu. Suka barangan toiletries macam sabun mandi, syampu, minyak wangi dan losyen Marks & Spencer. Lagi satu, sukaaa sangat popcorn caramel yang dijual kat situ. Walaupun di KLCC dah ada cawangannya, tapi kalau dapat ke London Mama nak singgah juga Marks & Spencer kat sana. Pasti koleksi barangannya lebih banyak daripada yang ada di KL ni kan?
Marks & Spencer Flagship Store di Oxford Street, nak masuk ‘cuci mata’ di sini! (gambar dari Google)
Primark Oxford Street
Kawan kawan yang dah ke London kata kat sini lah tempat untuk beli baju murah tapi berkualiti. Sesekali dapat pergi London, nak lah juga bawa balik sehelai dua baju dari luar negara, walaupun sekadar t-shirt pakai kat rumah ja haha
Katanya kat Primark ni baju semurah 1 pound ja pun ada! (gambar dari Google)
The Harrods
Mesti korang biasa dengar nama The Harrods London kan? Teringat betapa rasa macam kanak kanak ja teruja beli aiskrim dan coklat di Harrods. Ye laa kan…Harrods kot tu, diantara kompleks membeli belah paling gah disana. Nak bershopping dengan jayanya kat situ Mama memang tak mampulah. Tapi disebabkan nak kan beg plastik Harrods, beli coklat je pun jadilah hahaha. Aduhai…kenangan mengusik jiwa sungguh!
Mama dan adik, posing pun skema ja. Lain kali pergi nak kena posing stylo sikit hehe
London’s Markets
Teringat lagi betapa seronoknya Mama membelek barang barang kat pasar di sekitar London atau ‘London’s Markets’. Ehh bukan setakat pasar jual ikan ayam tu tau, tapi ‘London’s Markets’ ni jual macam macam benda. Baju bajan, cenderahati, barang antik, barang kemas dan macam macam lagi lah! Diantara yang popular ialah….
Boleh cuci mata dan cari cenderahati di Camden Lock Market (sumber gambar)
Convent Garden Market (sumber gambar)
Mesti sedap buah buahan dan sayuran segar di Convent Garden Market ni kan? (gambar dari Google)
Jalan Jalan Cari Makan di London
‘Food blogger’ macam Mama haruslah nak jalan jalan cari makan di London juga kan. Kat sana tak perlu risau, sebab banyak makanan Halal dan pastinya Mama akan menikmati makanan yang popular di London macam English Scones dan Fish & Chips.
Bayangkan keenakan English Scones ni, yummy! (gambar dari Google)
Fish & Chips (gambar dari Google)
Nak makan Fish & Chips di London! Seingat Mama dulu rasanya sedap lain macam, kentang goreng gemuk gemuk. Salutan ikannya rangup, memang sedap! Setakat Mama dok makan kat sini, tak jumpa lagi yang rasa seenak tu. Hmm mungkin juga sebab makan panas panas dalam cuaca sejuk, jadi feel nya lain kot? Atau pun…poyo lebih sebab makan kat London kannn? hahaha 😉
Malaysia Hall Canteen London
Kalau dah perut Melayu tu kan, jauh sampai ke London pun mesti nak cari masakan Melayu juga. Mama yakin, kalau Mama ke London nanti pasti Mama akan singgah juga ke Malaysia Hall Canteen ni.
Malaysia Hall London (gambar dari Google)
Nak makan nasi lemak kat sini, tapi masa makan tu sila jangan fikirkan pasal harganya dalam nilai ringgit…kang tercekik plak kang hehe (sumber gambar)
Kenapa Mama Nak Bercuti Jalan Jalan di London Lagi Dengan #MyTravelokaEscapade?
Dah pernah ke London, tapi masih ingin kesana lagi? Tentulah! Sebab hanya kenangan manis yang Mama bawa pulang dari London 19 tahun yang lalu. Teringin nak merasainya lagi sekali. Teringin nak mengukir memori indah disana bersama suami dan anak anak pula.
Lagipun kan orang kata dulu lain, sekarang lain. Jadi Mama nak sangat tengok dan merasai sendiri apa yang dah berubah di London tu, sambil mengimbau kenangan lalu. Kalau dapat pergi lagi bersama keluarga, tambah pula dengan Traveloka, pasti akan ku kenang hingga ke hujung nyawa!
Dulu kan…Mama tak banyak ambil gambar, dan gambar yang ada pun dah makin pudar. Jadi kalau dapat ke London lagi, Mama akan pastikan ambil gambar dan rekod video sebanyak yang mungkin! Dan lepas tu akan share di Facebook, Instagram dan tulis dalam blog….buat entri bersiri #MyTravelokaEscapade di London gittew hehe
Hmm mungkinkah Mama akan kembali ke London bersama sama #MyTravelokaEscapade? Terima kasih Traveloka! Ehh terucap terima kasih awal awal plak dah… Takpalah, kata kata tu kan doa? Jadi doa doakan lah moga Mama dan keluarga akan dapat bercuti ke London yer. Muahhhh!
Traveloka… I need a holiday lah! 😉
10,242 total views, 3 views today
Wowwww 👍👍 bila nak bawa kita jln2 Nani?
Jom start tabung jalan jalan London hema 😉
whishlist ni.. bawa ku terbang ke London bersama mu Nani 😘😘😘
Jom ke London dengan Traveloka jommm
Sy baru google pasal London.. teringinnn.. hehe
Jom pasang angan angan hehe
Sweet memories! Nak pi lagi & lagi & lagi! 😁 #MyTravelokaEscapade pls take us there. 😘
Jom buat tabung jalan jalan London jommm hehehe
Seronok baca…terbayang2 pulak kita kt sana hehehehe. Kita xde rezeki masuk contest traveloka. Dh ttp dah …
NUR AZLINDA AZMAN recently posted…RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT
Lain kali kalau Traveloka buat contest boleh join lagi
Assalam.saya kak aza ex student London 30 tahun lepas.kak ingat kak seorang yg rindu London sampai mimp mimpi sejak tahun lepas. so kak kumpul duit now.
Untuk explore 2017 London lepas 30 tahun. !
Sementara tu ,survey research data dikumpul dalam IG :
londonjalan2017 . InsyaaAllah
InsyaaAllah angan angan tercapai. Amiin
Moga moga tercapai impian Kak Aza, Aminn… 🙂
Amiin. tq😍